Wednesday, June 29, 2011

Ingat Mati, Bertambah Cinta

Berasa kurang cinta kepada suami? Bacalah blog ibu tunggal ini mawarnafastari... nescaya akan bertambah lah cinta dan rindu kepada suami kalian.

kepada Sang isteri-
jangan ditunggu kematian menjemput untuk membuktikan kesetiaan, kecintaan kalian. Usah menunggu kematian untuk menyesali kekurangan layanan kalian. Buatlah yang terbaik untuk suami setiap hari (ouch..! peringatan untuk diriku jua). Pohonlah ampun maaf setiap kesalahan.. semoga kita tidak menyesal dan menangis di kemudian hari. Semoga hanya kenangan indah yang tinggal..

Kepada sang Anak-
Jangan ditunggu ibu dan ayah terbujur kaku sebelum mahu mencium mereka. Ciumlah pipi mereka setiap hari, ucaplah terima kasih atas jasa mereka mencurah keringat membesarkanmu, basuh berak kencingmu sewaktu kecil, mengelap muntahmu. Berjaga sepanjang malam sewaktu kamu sakit dan demam. Resah gelisah sewaktu kamu keluar dan lambat sampai ke rumah.

Kepada diri ini, hamba Pencipta:
Jangan ditunggu ajal menjemput, untuk menyesali kurangnya amalan, kurangnya bersedekah, kurangnya dalam perkara sunat, mempersia2kan suruhan menutup aurat, mempersenda mereka yang berpegang kepada syariat Islam. Menyesal kerana melanggar suruhan yang Esa, memandang remeh ajaran dan sunnah Rasulullah, kekasihNya.

Sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti... hanya menanti saat dan ketikanya sahaja.
Setiap perbuatan, perkataan, percakapan, niat dan perlakuan setiap anggota akan di nilai.

Ya Allah, jadikan diriku sentiasa dalam keadaan bersiap sedia...



~Andai dia pergi Dahulu
...

No comments:

Post a Comment