Monday, December 12, 2011

Berita gembira adakah berakhir dengan kegembiraan?

Saya sekarang tengah menghabis kan cuti selama 2 minggu, setelah di beri mc juga selama 2 minggu. Perancangannya untuk ambil cuti tanpa gaji selama 5 bulan. Kenapa tak sampai term? sebabnya, hanya 150 hari je yang saya layak..huhu (setahun keje layak untuk 30 hari unpaid leave)

Ceritanya bermula 3 weeks ago. Masa tu saya ke kuantan bersama hubby n Damia'. Sungguh seronok sebab lama dah tak gi jalan2. Pegi rumah Aisyah yang baru dapat baby n Acik yang baru kawin (owh acik...Selamat pengantin Baru...haih, tak berkesempatan nak masuk entry pasal Acik n Anik kawen). Balik2, esok nya terus onkol. Tak de la stress sangat, sebab saya suka kat Labour room tu (dengan syarat tak de kes2 obstetric emergency la ..huu..), tapi malam tu memang pukul 2 pagi baru dapat rebah belakang kejap, since masuk keje dari pagi. Pastu macam biasa, pagi2 lagi kul 5 pagi dah bangun buat round and masukkan prostine. Tak cerita lagi setiap setengah jam kena kacau ngan houseman, inform problem2 patient. anyhow, compared to housemen's job, m.o lagi relaks la, tapi penat mentally. Sekarang ni lepas h.o dapat flexihours, mungkin lah H.o keje relaks kot... ntahla.

Hmm... esoknya, macam biasa, postcall, round dengan specialist kul 8,  dah nak habis round tu (nasib baik hanya ada 16 cubicle je... ) terasa hot blood came from below, dan memang sah PV bleeding!. Perasaan aku tak leh nak cakap.. terasa hampir putus harapan. Memang dah jangka, setiap kali pregnant akan threaten abortion cuma tunggu masa saja. Aku pun tak paham. masa pregnantkan Damia' yang sulung tu lagi penat, h.o O&G masa tu tapi alhamdulillah tak de masalah. Tapi pregnancy selepas dia, semua nya ada threatened abortion. Dan yang last sekali, lagi lah, silent abortion.Yang itu memang amat2 mengganggu emosi aku. Baru lah aku faham perasaan patient yang IUD (intrauterine death- anak mati dalam kandungan) terpaksa menanggung anak yang sudah tiada lagi merupakan satu penderaan emosi yang amat. Perasaan kacau bilau dan aku mudah nak marah2.

Ok, sambung citer, alhamdulillah masa tu dapat member2 yang understanding, dan masa tu ramai m.o. Dapatlah aku free-kan diri dari onkol. cuma yang tak bestnya, masa scan, tak nampak fetal heart, tapi specialist kata, probably early pregnancy.

Sepanjang dapat mc tu, selepas bincang2 dengan my parents dan my hubby, baiklah aku amik unpaid leave, specialist mungkin tak de cakap apa2, tapi, ini mungkin ikhtiar. Selepas semua investigation normal, dan  bagi specialist unlikely utk kata cervical incompetence. Doa dan solat hajat tak tinggal... terima kasih kepada ayahanda yang setiap pagi dan petang ajak aku berdoa dan bezikir bersama2 dengan tujuan menguatkan kandungan, moga2, dengan berkat doa ini kandungan ini dapat mencapai usia term sebelum keluar. Moga2, jantungnya masih berdenyut, mintak dijauhkan dari keguguran, mohon dijauhkan dari leaking awal (PPROM) atau keluar pramatang macam sebelum ini. Amin2 ya Rabb.

Dan semalam hari untuk repeat scan... ada perasaan takut dan berdebar, takut akan berlaku silent abortion lagi seperti sebelum ini. Kalau diikutkan bleeding hanya sekali, besar kemungkinan tak de apa2. Tapi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian keatas pesakit2 lain, memang benar, semuanya atas kehendak Allah. Kadang2, ada pesakit yang tak pernah bleeding langsung, tapi bila scan, jantung anak dah tak de. Ada pulak yang PV bleeding sampai sebulan, tapi jantung anak masih berdenyut kuat. Maha suci Allah, tiada yang Allah jadikan melainkan dengan kehendakNya. Maka aku berserah.... kalau Allah nak berikan aku zuriat lagi, maka adalah rezekinya. dan kepada Allah aku bertawakkal dan berserah. Moga2 aku tergolong dalam golongan orang2 yang redha dengan ketetapannya. Tapi aku berdoa tak putus2 agar janin ini baik2 saja... agar diberi nyawa dan di panjangkan usia hingga cukup bulan.


Dan semalam, bersama suami yang mc sebab demam (tq dear!), dan Damia', pergi jumpa Dr Sukri. Bagaikan ingin bersorak bila nampak fetal heart berdenyut2... syukur Ya Rabb. Damia' pun seronok sungguh dapat tengok fetal echo (fetal echo je pun..hehe) dalam scan 3 D tu... cakap banyak tak berenti dalm bilik specialist tu! hee... tak sabar dia nak dapat adik. Siap sayang pipi umi lagi sebab terlalu gembiranya dia. Ya Allah, mudah2an kandungan ini berakhir dengan kegembiraan...amin2...