Sunday, July 26, 2009

Pegang lilin menyalahi ajaran Islam?

Ekoran dari kematian secara misteri yang menggemparkan seluruh negara ke atas Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Selangor di Bangunan SPRM Selangor, dan membawa kepada beberapa sidang media dan perhimpunan yang diadakan diseluruh negara termasuklah yang telah dianjurkan olah Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dihadari oleh DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dan saya sendiri..

Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.

Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-

"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab.. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"

Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.

2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.

Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).

3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.

4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.

5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".

6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.

7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.

Allahu Aklam....

Kenyataan media pada 20 July 2009

Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak,

Saturday, July 25, 2009

Antara Keluarga dan Cita2...

MRCOG or FRCGP???

Thursday, July 23, 2009

Jangan biarkan masa melunturkan iman

Bismillah.

Hari hari Jumaat, penghulu segala hari.
Hari yang mulia, mandi sempena hari jumaat pun dapat pahala.
Hari ni juga dah masuk 1 Syaaban.

Teringat zaman student2 dulu, setiap jumaat kami akan berjemaah sama2, sambil bergilir jadi imam, bacakan surah Sajadah, sujud kepada Allah, penuh pasrah. Penuh pengharapan.

Banyak yang kita berharap masa kita student, masa kita belum berkawin, masa kita
tak banyak duit lagi. Masa kita tak ada kereta, rumah, tak capai cita2 lagi... tak ada anak yang comel yang menghiburkan hati.

Tapi bila dah ada keluarga, dah kerja, dah pegang duit, dah pandai jadikan sibuk sebagai alasan untuk lupa kepada Allah. Sibuk dengan anak2, sibuk dengan kerja, penat dengan oncall. Lupa untuk berjemaah, lupa untuk berdoa, sudah pandai jadikan sibuk dan letih untuk bangun malam. Sibuk untuk datang usrah juga. Aduh.... ingatan untuk diri sendiri.

Teringat lagu NowSeeHeart

Inspirasi
Album : Jalan Sehala


Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa

Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar

Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku

lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku

Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami

Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita

Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti

Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami

Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..





Masa banyak mengubah seseorang.... dari segi penampilan, dari segi perinsip hidup.
Tapi jangan biarkan masa melunturkan iman.

Usahakan agar iman kita lebih teguh pada hari ini berbanding semalam.

Agar pakaian lebih menutup aurat daripada semalam.
Agar ibadat lebih banyak dan khusyuk juga berkualiti dari semalam
Agar diri kita lebih peka akan dosa2 yang kita lakukan daripada semalam
Agar muamalat kita lebih terjaga, bukan lebih longgar daripada semalam (setengah orang, bila dah kawin dan ada anak, dah tak kisah dengan pergaulan dengan yang mahram)

Ya Allah... bantulah diri ini terlebih dahulu...




Firman Allah surah alKahfi ayat 32- 36

" Dan berikan lah (Muhammad) kepada mereka (orang mukmin dan orang
kafir) sebuah perumpamaan, 2 orang lelaki (seorang mukmin dan seorang lagi kafir ). Kami beri 2 buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua buah kebun itu dengan pohon2 kurma dan di antara kedua (kebun itu ) Kami buatkan ladang.

" Kedua kebun itu menghasilkan buahnya, dan tidak berkurang (buahnya) sedikit pun, dan di celah2 kedua kebun itu Kami alirkan sungai,

" Dan dia (lelaki kafir) memiliki kejayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang beriman) ketika bercakap2 dengannya: 'Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat'

"Dan dia memasuki kebunnya dengan sikap merugikan dirinya sendiri (kerana angkuh dan kafir), dia berkata ' Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama2nya,

Dan aku kira hari Kiamat itu tidak akan datang, dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini"

Moga kejayaan, kemewahan , pangkat dan kebahagiaan kita tidak akan menjadikan kita seperti lelaki kafir ni, amin..

Saturday, July 18, 2009

Macaroni and cheese

Weekend ni tetiba rajin pulak.. sebab tak balik KB- Hubby onkol.
Banyak lagi sebenarnya resepi tertangguh.... nak buat, tapi malas hehe. Campur ngan diet jugak...haiii... berat ni susah benor nak turun lepas bersalin itu hari. Itu yang berat hati nak cuba resepi best2 tu.

Macaroni and cheese

Bahan utk sos daging

Tumis bwg besar 1/2 biji
Masukkan daging kisar 1/2 kilo
masukkan tomato puri 1 tin sederhana
garam + gula secukup rasa


Bahan untuk sos krim keju

Tumis bawang besar lagi 1/2 biji
Masukkan susu fresh milk 1 liter
tepung gandum 6 sudu- (kacau dengan air dulu sebelum masukkan)
garam gula secukup rasa
Kacau atas api sampai pekat berkrim

Bahan untuk topping

4 sudu butter
4 sudu tepung gandum
2 cawan susu fresh milk
5 keping cheddar cheese/ mozarella cheese
kacau atas api sampai creamy

Cara:
-Rebus dan sejat 1 plastik makaroni 500g
-Campurkan kedua2 sos
- gaulkan bersama mozarella cheese
-pastu curahkan topping kat atas
-Bakar


Friday, July 17, 2009

Tuesday, July 14, 2009

Aneh sungguh..


Aneh sungguh suami di zaman ini,
sanggup biarkan si isteri di hantar pulang oleh driver
apatah lagi kawan lelakinya
berdua2an dalam kereta
daripada jemput sendiri pulang ke rumah

Aneh sungguh suami di zaman ini
merelakan si isteri berdandan berkosmetik keluar rumah
malah berbau harum semerbak
tiada cemburu apatah lagi marah
malah rasa bangga apabila rakan lelaki memuji si isteri

Aneh sungguh suami di zaman ini
tiada perasaan apabila si isteri merajuk
sanggup biarkan perkahwinan di hujung tanduk
leka bermain game online di internet
daripada merendahkan ego, memujuk si isteri

Aneh aneh aneh..

Adakah isteri sudah tiada nilai di sisi suami?

Sunday, July 12, 2009

Brownies lapis cheese

Hari ni buat kek sempena acik ada kat umah. Resepi daripada myresipi.com. Lama dah tak buat, sebab diet hehe.
  • **ADUNAN COKLAT**-
  • 1 cawan tepung- ayak
  • 1 cawan gula halus-
  • 1 tsp baking powder-ayak
  • 1 tsp soda bikarbonat- ayak
  • 8 oz coklat masakan
  • 8 tbsp / 4 oz butter
  • 2 tbsp corn syrup (sy gune golden syrup.lgsg tanak gune pun xper)
  • 4 tsp vanilla
  • 1/2 cawan susu segar (panaskan skejap)
  • 4 biji telur grade A
**inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air

Cara-cara

  1. campurkan semua bahanuntuk adunan coklat dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek
  5. ##cara lapis##:
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil, pastu kukus dgn api besar.
Tadaa..!

Rasa dia... hmm... boleh tahan. Haha.. saya ni memang takde bakat buat kek la.
Tapi saya suka buat guna resepi kukus ni, tak bantat!

Saturday, July 11, 2009

Damia' kena chicken pox!



It's started 2 weeks ago, when one of Damia' buddy at her nursery got chicken pox..... and her mother still sent him to the nursery. And guess what, the mother is also a doctor... arrghh!

My hubby already warned Linda the nursery owner that the kid may spread the virus as the vesicles were just ruptured... i.e just activated! But Linda said it's okay, they will isolate him from the other kids. But with those kids staying in one roof, how far can you isolate him? That place is not a hospital.

Unfortunately, one week later, Damia' got the vesicles and she started to have temperature. Glad Linda told me earlier about that, so I don't feel very upset with her since she tried been honest to me.
No, this is not the boy



So last week, Damia' was sent to her granny (Tok Wan) for isolation. I just came back the weekend and nearly pour some tears when I saw her face, her body- full with vesicles. Even her lips got several vesicles which turned to lips ulcer- very painful on bottlefeeding and eating. No wonder she kept on drooling her saliva. With the fever, the itchiness, the mouth ulcer and all, her temper tantrum worsening... Especially at night! Need few extra hours before she able to go to sleep.

Look at the lips ulcer- it's worse before



The whole body, the back as well


Today, the vesicles dried up, her mouth ulcer improving, and she able to eat something.. her fever also settled up. She able to sleep more soundly since last 2 days.

And I was told by Linda, there were few others kids from the nursery infected few days back. Now, he nursery was empty to prevent the spread to the babies.

Just something to share about- when you put your children in a nursery, you cannot just only think about them, you should care about others children too..!