Friday, September 9, 2011

Selamat Tinggal kuala Krai..

Dah transfer. Cuba apply ophthal, tapi tak dapat, penuh katanya..huhu... dan disuruh masuk ke dept yang kurang m.o.... cuba teka dapat mana????

O&G!!!! is it a fate??

 Disebabkan itu adalah cita2 ku di zaman student2 dulu, maka saya tak push mintak eye. Nak try la kunun2 boleh jatuh hati. Tapi, baru sehari di labour room, jiwaku sesak...

Saya rindu..
untuk balik tengahari, berehat2 di rumah, sambil masukkan kain dalam mesin basuh..

Saya rindu..
untuk ajar Damia' iqra di waktu malam dan temankan Damia' buat activity book nya..

Saya rindu..
Untuk balik sharp pukul 5 dan bergegas masuk dapur..

Saya rindu..
bersantai2 di hujung minggu bersama damia' dan suami

Saya rindu..
untuk berada dalam persekitaran, tanpa stress...

Istikharah dan terus istikharah.... adakah aku perlu keluar O&G dan push for eye?? (kalau dapat la..)
Adakah aku perlu stay dan cuba bercekal hati untuk mencapai cita2 lama? Seorang O&G specialist yang hebat??

Istikharah dan terus istikharah.

Ah, aku lupa nak dapatkan izin hubby, adakah dia benarkan aku adi o&G specialist??
Tanya punya tanya...Katanya... tak payah la, nanti tak jumpa pulak kita berdua ni...huhuhu.

Istikharah dan terus istikharah..

Kalau masuk O&G, paling2 minimum 3 bulan, tapi tak berapa expert kalau sedap2 pun maybe 6 bulan.. kalau nak masuk eye, perlu kekosongan post dulu. Kena ambik basic science dulu. (saya dah apply 2-3 bulan lepas dan bayar RM300, sebelum sedar yang bayarannya dah naik jadi RM500!! masa tu dah due date..so, tak ambik la basic science eye tahun ini) . May be itu adalah satu hikmah?

Istikharah dan terus istikharah

Hari ini, saya dah buat keputusan. Borang master di conteng2... pilihan: FMS. Dan hatiku tenang.
Akan di pos sebelum 30 september. Kalau dapat, that's the best for me... "tak akan kecewa kamu dengan istikharah".

Kalau tak dapat, kena pening kepala sekali lagi la jawab nya..heh..


" Ya Allah, aku bermohon petunjuk dari Mu. Bantu lah aku untuk membuat pilihan dengan ilmu2 Mu, dan  aku bermohon qudrat dari qudrat Mu. Ya Allah,aku bermohon daripada fadhilat Mu yang agung, Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa dan tidaklah aku mempunyai kekuasaan. Dan engkau lah maha Mengetahui, dan tidak lah aku mengetahui. Dan Engkau Maha Mengetahui hal2 yang ghaib.


Ya Allah, sekiranya engkau tahu perkara itu baik untukku agamaku, duniaku dan baik akibat perkara itu, berilah kekuatan dan permudahkanlah untuk ku. Dan sekiranya engkau tahu perkara itu buruk untukku agamaku, duniaku dan buruk akibat perkara itu, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, dan gantilah yang lebih baik untukku"