Tuesday, May 18, 2010

Kaya2 jugak, Akhirat jangan lupa..

>> Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasaannya; sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti??

Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (Syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi;* kemudian pada hari Kiamat dia termasuk orang2 yang diseret (ke dalam Neraka)?
<<

* iaitu orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak dipergunakannyauntuk mencari kebahagiaanhidup di Akhirat. kerana itu dia di Akhirat diseret ke dalam neraka.

(alQasas 60-61)

Sunday, May 16, 2010

Menjadi suami itu perlu Ilmu...

Ilmu agama jangan di pandang mudah!

Sebenarnya, sebelum kawin, sama ada dia tu lelaki (yang nak jadi suami), atau pun perempuan (yang nak jadi isteri) dua2 pun perlukan ilmu. Especially ilmu rumahtangga, ilmu untuk jadi suami/isteri yang baik. Tahu akan hak2 suami yang patut seorang isteri berikan atau hak2 isteri untuk suami berikan (bukan lah hanya tahu hak2 untuk dituntut, tapi untuk memberi...), lagi2 ilmu untuk mendidik anak- bukan lah hanya mengharapkan kelas fardhu ain atau ustazah2 di sekolah untuk mengajar ilmu agama kepada anak2, darah daging sendiri.

Kebanyakan mak bapak sekarang macam gitu la, sebab tu anak2 ramai yang bermasalah sosial. Sakit jiwa dan raga saya bila ramai remaja belasan tahun datang ke klinik untuk bukak kad mengandung. Bila diteliti2, ropa2 nya anak sebelum kawin. Na'uzubillahimin zalik! Mintak dijauhkan Allah dari keturunan kami, adik beradik kami, saudara mara kami Ya Allah.. Selamatkan kami semua dari perkara mungkar, maksiat lebih2 lagi zina. Jadikanlah kami dan katurunan kami dari kalangan yang solat dan beramal soleh, amin!

Setiap kali berhadapan dengan pesakit saya yang merupakan ibu2 mengandung, baby2 baru lahir, saya doa dalam hati, biarlah yang lahir nanti akan membesar jadi anak yang soleh/ah. Mintak di jauhkan daripada bertambahnya manusia2 yang rosak akhlak, dijauhkan dari menjadi penzina, pembunuh..


Ilmu tambahan untuk suami


Nasihat saya untuk adik2 lelaki yang baru nak kawen, untuk menjadi seorang suami yang bagus, perlu lebih ilmu. Bukankah suami ketua keluarga?? Ilmu tambahan yang wajib dia belajar ialah ilmu kesihatan dan fiqh wanita. Senang isteri dia nak tanya... pasal istihadhah ke, pasal haid, pasal darah nifas...etc. Jangan sampai dua2 pun sama2 tak tahu.... sama2 jahil, maka berlaku lah dosa2 yang tak sepatutnya berlaku akibat kejahilan sang suami mahupun sang isteri.. Jangan lah sampai tak tahu darah nifas itu maksimum 60 hari. Dan seumpamanya.

Pendek kata, tuntut lah ilmu agama sampai bila2... lagi kan yang dah tahu pun boleh lupa. Inikan pula yang tak tahu...