Friday, June 17, 2011
Damia' 4 tahun
Damia' main masak2. Ape kelas main mainan kecik.. eheh. Boleh la tolong umi besar nanti ye..
Alhamdulillah
Damia' sekarang sangat bijak. Dah baca buku iqraa`2 (di rumah) dan bacalah anakku 3 (disekolah).
Sangat seronok ke sekolah. Tak perlu paksa2, dan tak menangis lagi. Sekarang dah 6 bulan di Tadika Abim annisa'.
Pagi2, pukul 6.30 @7 pagi, kami akan kejut dia dan hantar dia ke sekolah. Pukul 12, saya atau ayahnya bergilir (mengikut kelapangan) jemput Damia' di sekolah dan hantar ke nursery yang dah pun hampir 3 tahun kat sana.
Dulu, masa awal2 tahun, penjaga dia yang ada kereta akan ambil dan bawak balik ke nursery. Tapi, sejak pengasuh dia tu berhenti kerja, terpaksalah kami bergilir jemput dan hantar dia. Nasib baik tadika dan nursery dekat aje dengan tempat kerja (5 minit ke tadika dan 10 minit pergi balik ke nursery).
Tapi, kalau time pesakit ramai, termengah2 jugak la. Apa pun, i'm happy to fetch my daughter and relief to see her face before and after school.
Damia' pun kelihatan sangat gembira bila sekarang kami yang jemput dia dari sekolah.
Missing her every second and afraid of losing her! (Ya Allah, aku sedar anak dan suami ini hanya pinjaman Mu sebentar cuma..).
Dulu, Damia ' sangat garang terhadap kanak2 yang tak dikenali, sukar berkongsi barang (syndrome anak tunggal), tapi sejak bersekolah ni, nampak friendly sikit. Tapi kena la kanak2 lain approach dia dulu (macam umi dia la..hehe), dan dia lebih prefer budak2 yang usianya lebih tua daripada dia! hehe. Mungkin sebab damia' ni tinggi dan matang macam dah umur 6 tahun kot.
Lagipun kat sekolah dia di tempatkan bersama2 murid berumur 5 tahun, memandangkan hanya dia dan beberapa orang murid saja yang berumur 4 tahun.
Berat Damia' sekarang 15 kg, sangat susah nak makan nasi. Amat berminat terhadap lauk pauk sahaja, especially, ikan yang tak digoreng garing, ayam bahagian peha dan tak garing.. dan sangat suka sup2, dan bihun sup! (like me! ehehe)
Suami saya sekarang ajar Damia' untuk pakai tudung setiap kali nak keluar rumah, ajak dia solat (walaupun banyaknya tak ikut, hanya bertenggek di tepi sejadah), dan hanya beli baju/seluar labuh.
No more short skirts/gaun atau nampak ketiak.. Damia' pun dah pandai malu kalau pakai pakaian larangan tu. Nampak aurat katanya =)
Saya tak pernah sebut lagi perkataan 'aurat' tu padanya. Mungkin dia belajar dia tadikanya kot. Inilah kelebihan menghantar anak ke tadika Islam.. kerana kita tak mampu ajar semua benda kepada anak2. Guru2 itu pembantu ibubapa dalam merealisasikan impian. Tapi jangan pulak lepas tangan harapkan cikgu je yang ajar pulak!
Kami cuba terapkan Aqidah secara beransur2... setiap penciptaan kami cuba hubungkan dengan Allah. Moga2 Allah permudahkan kami dalam mendidik anak2 kami menjadi anak yang soleh. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment