Wednesday, March 21, 2012

Kusut seperti benang..

Dikala hati ini..
dan fikiran ini..
terasa berat..
kusut..

ku melabuhkan sujudku kepadaMu..
mengharap..
dan berserah..

Tuhan,
leraikanlah kekusutan ini..
mengapa..
kurasakan terlalu berat..
dugaan ini
padahal ku tahu..
masih ada yang diduga
dengan ujian yang lebih lagi..

Tuhan,
berikan aku cahaya..
pengharapan..
kekuatan..
ketabahan..
kebahagiaan..
ketenangan..

Tuhan,
leraikan kekusutan ini..
ringankan fikiranku..
dan dadaku..

Tuhan,
seakan hampir aku
berputus asa..
dan buntu...
kuterus bermohon dan ..
selamanya memohon..

jadikan aku semakin kuat..
semakin dekat..
kepadaMu..
jangan pula jadikan aku lemah..
dan menjauh..
daripadaMu..

Tuhan,
berikan aku semangat,
dan keyakinan..
untuk terus memohon..
dan memohon..
kerana kutahu..
Engkaulah sumber cahaya itu...

Kerana kutahu..
Tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu..
sia-sia..
dan tidak pula sesuatu apa pun
mampu menghalang apa yang
Engkau takdirkan..

Cuma Tuhan,
kuatkan keyakinan ini..
dan semangat ini
agar aku
tidak berputus asa
dari rahmat Mu..


Tuesday, March 6, 2012

Moga dapat ku beri saat berharga untuk anakku

"Anak2 tak selamanya kecil. Kalau Allah beri mereka umur yang panjang, sebelum habis kekuatan kita utk berjalan dengan tegak dan berbicara dengan suara lantang, anak2 kita yang kelmarin merengek meminta perhatian kita itu sekarang mungkin sudah sibuk memenuhi jadual kegiatannya yang sangat padat.
Anak2 yang kelmarin menangis kerana kita tidak mahu mendampingi mereka untuk membacakan cerita,hari ini mungkin kita yang harus belajar menahan diri kerana sangat ingin mendengar cerita mereka dari lidah mereka sendiri"
 " Terimalah yang sedikit daripada anak, maka setiap anak akan menjadi istimewa di mata kita. Kelebihannya yang sedikit akan nampak berharga, sehingga kita bersemangat utk menyebut2nya, memupuk dan mengembangkannyaAnak2 kita boleh jadi tidak sehebat anak2 rakan kita. 
Akan tetapi, jika kehebatan yang kecil itu kita pupuk, dan kita terima dengan hangat, maka akan berubah menjadi kekuatan yang dahsyat. 
Maafkanlah kesulitan yang dihasilkannya, maka dada kita akan terasa lebih lapang menghadapi mereka. Kita lebih mampu menerima mereka apa adanya"
 "Banyak ibubapa yang berhasil mendidik anaknya bukan kerana kepandaiannya mendidik anak, tetapi kerana doa2 mereka yang tulus. Banyak orang tua yang caranya mendidik salah jika dilihat dari sudut pandangan psikologi, tetapi anak2nya tumbuh menjadi penyejuk mata yang membawa kebaikan disebabkan amat besarnya pengharapan orang tuanya. Diantara mereka ada yang selalu membasahi penghujung malam dengan airmata untuk merintih kepada Allah SWT.
Kadang2 seperti tidak berkait langsung, tetapi amal bergantung kepada niatnya. Seorang ibu menyedekahkan hartanya kerana mengharap redha Allah dan penjagaan iman ke atas anak2nya, lalu Allah tegakkan dinding dihati anak sehingga tak terjangkau oleh kerosakan yang ada disekitarnya"
((Petikan dari Saat Berharga Untuk Anak Kita karangan Muhd Fauzil Adhim))