Thursday, June 16, 2011

Hospital Vs Health clinic






Selain kerja office hour (8-5), kes2 yang tidak emergency dan chronic (sesuai utk saya yang sangat terkesan dengan stress), bertindak sebagai boss di sesebuah KK yang takde FMS- (dan pening kepala dengan staff2 yang malas, culas, dan suka mencipta 1001 alasan), kerja di health site ni banyak terlibat kegiatan sosial masyarakat setempat.

Jadinya, staff2 termasuk saya sendiri pun berasa sedikit segan untuk marah2 pesakit, walaupun ada pesakit kencing manis (DM) yang dah default follow up sehingga bertahun dan datang dengan glucometer 33!!, ataupun seorang cikgu yang cholesterolnya 8, dah diberi antilipid,tapi tak turun2 jugak. Bila ditanya, barulah dia dengan angkuhnya dan dengan gaya cerdik pandainya mengaku yang ubat tu tak diambil pun, sebab takut side effectnya (komplikasi penyakit tak takut?), datang hanya untuk check saja.

Atau pun seorang pakcik yang sangat suka2 hati ubah dos ubat darah tingginya sampaikan darah naik 200/110!! macam2 jenis pesakit ni. Nasihat aje lah setakat mana si pesakit nak dengar... marah pun , kalau tak nak ikut, tak guna jugak.

Yang pastinya, bila dah kena stroke, atau serangan jantung, sudah pasti la tak datang ke klinik lagi.... terus aje ke hospital! hmm..

Ada juga aktiviti memberi ceramah kepada wargamas, kursus kahwin, PLKN etc (sesuai la untuk sapa2 yang suka naik atas pentas)


Satu lagi, aktiviti outdoor (saya sangat suka!)- lawatan sebulan sekali Klinik2 desa setempat (ada 7 buah semuanya di tempat saya. Jadi, seminggu 2 kali melawat KD) dan lawatan ke sekolah2 (unit sekolah).

Berada di health klinik banyak berjumpa dengan orang kampung yang susah. Kadang2, nak beri TCA (tarikh temujanji seterusnya) pun kena consider pesakit nak datang ke tidak (yang tak pernah dipeduli pun kalau kerja kat hospital.. ).

Hospital rules- patient must follow. Tapi health side rules- kita yang kena cari pesakit, jadi, kena pandai2 la ikut rentak pesakit.

Kalau bagi TCA tapi pesakit kata tak mau datang sebab tak de duit, takde sapa nak hantar, apa kita nak kata? (masih terngiang2 kata2 Dr Wan Zahanim OnG: jangan ingat dalam dompet orang lain, bukak je boleh dapat duit Rm30 kat dalam..).

Banyak membuatkan saya bersyukur dan menginsafi diri.

Walaubagaimana pun, yang urgent tetap urgent...no compromy!



* Gambar di atas ialah di sebuah pengkalan dan dalam sebuat bot menuju ke Pasir Kelang. Salah satu daripada 2 buah kampung yang tak berapa terpencil, tetapi terputus hubungan dengan kawasan bandar oleh Sungai Kelantan.

Lupa pulak nak ambil gambar di sekitar kampung. Jalanraya penuh dengan lubang. Kenderaan utama dikampung hanyalah motorsikal (walaupun khabar nya orang2 kampung kaya dengan hasil getah).

Amat kasihan kepada ibu2 mengandung yang terpaksa datang untuk check up dan mereka yang di jangka bersalin pada musim tengkujuh/banjir.

"Alangkah banyaknya nikmatMu kepadaku, Tuhan.

Ya Allah... jadikan lah aku dan keluargaku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan beramal soleh."

No comments:

Post a Comment