Sunday, January 6, 2013

2012 berlalu..

Alhamdulillah, Damia' telah pun memasuki fasa persekolahan sekolah rendah selama seminggu. Sangat seronok dan teruja dia. Mula2, takut jugak kalau dia nangis nak pergi Pasti lama dia, sebab dia asyik duk sebut kawan lama dia. Alhamdulillah, berkat istikharah dan solat hajat mohon petunjuk Allah, yang mana satu harus dipilih... kekal di sekolah Pasti (sebab dia baru 6 tahun) atau terus ke darjah satu (sebab dia dah pandai membaca dengan lancar BM dan english juga simple math... terpilih untuk mewakili Pasti kawasan untuk pertandingan pelajar cemerlang, alhamdulillah. Ditambah dah 3 tahun berturut join tadika, takut dia boring pulak).. akhirnya Sekolah Rendah Islam dipilih.

Syukur, Allah permudahkan...hari pertama berlalu dengan mudah. Tak payah tunggu lama2, dia sendiri yang mintak umi dia balik...=).. masa tu Muhammad masih admitted di wad (kali kedua dengan sebab Pneumonia). Terima kasih tak terhingga kepada encik hubby kerana ambik cuti 3 hari untuk tukar shift menjaga Muhammad di wad, (setelah 9 hari daku keboringan bersama Muhammad melihat dinding dan misi2 di wad) sementara saya pulang menguruskan hal sekolah Damia'. Ahh... lega dapat lihat dunia luar.... (tapi Muhammad dan encik suami masih di hati..huhu)

Alhamdulillah ala kulli hal, pada hari ketiga persekolahan (total 11 days admission to complete antibiotic and given nebulizer every 2 hours), Muhammad dibenarkan pulang, dan semakin sihat dari batuk2 dan lelahnya (wheezing).

2012 sebagai housewife, nurse, cikgu Quran Damia'...agak keberatan untuk memulakan kerja pada Februari ini dengan Muhammad masih setia dengan oxygen concentrator nya. Mudah2an cepatlah paru2 nya kuat, dan cukup2 lah masuk wad...huhu.

Muhammad kini sudah 8 bulan (corrected age 5 bulan).. cita2ku untuk membukukan perihal premature masih belum nampak bayang dan hujung panngkalnya...huhu.. mungkin kena masuk kelas penulisan dulu kot. Muhammad sudah boleh ketawa (walaupun suara agak2 kedengaran), pegang2 barang (developed in hospital during 1st admission..hihi. which was 2 weeks before this admission. 1st admission warded for 9 days to complete antibiotics). Masih menggunakan susu perahan. Doakan diri ini sentiasa rajin untuk mengepam...kadang2 perasaan malas bertamu...mana taknya, mata kena sentiasa tengok jam, setiap 4 jam (kadang2 terlajak) kena mengangkut pam. Kalau ke mana2, mula risau tak dapat pam pada waktu yang sepatutnya. Sapa kata breast feeding itu mudah?? Mudah2an bila dah start kerja nanti dapat mencuri masa untuk mengepam.. Doa sentiasa di panjat supaya susu ibu ini cukup untuk Muhammad atleast 2 tahun, kalau lebih lagi elok, sebab dia bayi pramatang. Mudah terkena jangkitan kuman.

2013... mudah2an Allah berikan posting yang sesuai untuk saya bertugas, di department yang tak memerlukan komitmen yang tinggi dan onkol yang flexible. Sentiasa berdoa supaya Muhammad makin sembuh, membesar sebagai kanak2 normal dan sihat, dan dapat merealisasikan cita2 kami untuk melihat beliau membesar sebagai hafiz Quran dan hadith...sentiasa berdoa supaya Damia dan Muhammad juga zuriat keturunan kamu tumbuh subur sebagai generasi Quran, anak yang soleh solehah, penegak dan pejuang agama di waktu ramai yang semakin leka dan lalai. Juga sentiasa berdoa agar kami ibubapa sentiasa diberi hidayah dan petunjuk dari Allah untuk menjadi ibubapa yang soleh solehah dalam membentuk anak yang soleh solehah.Amin