Monday, December 21, 2009
Banjir dan Raya Haji 2009
Beberapa minggu sebelum aidiladha baru2 ni, umah mertua saya di landa banjir.. bukan sekali, tapi 3! Penat lah cuci rumah.
Banjir terakhir dan terdalam surut beberapa hari sebelum Raya Haji. Memang penat lah penduduk kampung tu. Dek kerana penat kemas rumah, ayah mertua saya yang biasa nya buat ibadat korban pada hari raya pertama, menunda program ke hari raya ke dua. Lagi pun ramai sedara yang balik dari KL sampai lambat sebab jalan jem.... ramai yang terpaksa solat sunat aidiladha dlm perjalanan!
Oleh kerana itu tahun ni dapat la saya berhari raya pertama kat umah umi ayah saya! =)
Friday, December 18, 2009
haliza , mid and idza kawen
Bismillah.
Lama dah tak update blog ni. Hehe... cam malas sket semenjak dua menjak ni.
Gambar banyak yang diperam dalam komputer je..
Ni masa kenduri kat KL... mid and idzawanis my uia prens kawen. Seronok betul masa tu sebab dapat jumpa kawan2 lama.
Masing2 dah ada anak... at least sorang. Setakat ni Dianah Hadi je ada 3.. Ameen tgh waiting the 3rd one. Yang single still ada jugak.. Seronok tengok anak masing2 yang dah besar..
my hubby yang tak seronok.... sebab kena tunggu lama..hehe
Ni pulak kenduri Haliza my cousin kat Machang. masa tu baru cuti sekolah. Punye lah jam jalan. Perjalanan dari KB-Machang yang pada masa2 normal nya hanya 30 minit perjalanan, jadik 2 jam time tu. Penat sungguh.
Bertolak kul 2, sampai kul 5... pengantin pun dah sallin baju.... tak sempat nak amik gambar..huhu. Gambar kat atas tu gambar majlis tunang sebenarnya.
Thursday, November 5, 2009
Musim Tengkujuh
Sekarang hujan lebat di Pantai Timur.
Dah 3 hari berturut3 asyik hujan je.. Berenti kejap, hujan lagi, berenti, hujan lagik.
Bilik gerakan banjir dah bukak dah.... watch out for flood.
Kalau banjir , bestnya kalau tak payah keje... balik umah mertua kat kg laut,main banjir. Dulu kat umah moktok banjir, tapi sejak pindah umah baru, dah tak payah risau pasal banjir lagi dah...
Hujan2 gini bestnya tido.
Monday, October 26, 2009
Tulang belakang Mujahid
Mujahid masa Raya Aidilfitri sebelum eksiden
Sewaktu di Hospital Kuala Lipis
Savvy baru yang dah jadi besi buruk
About 3 weeks plus ago, on the 4-5th days of Syawal, Mujahid, Adam and Naif alleged an accident. They all were in Adam's car, on their way to KL. Their car turned upside down 3 times before landed in a drain.
Alhamdulillah, no open wound. Adam and Naif only got soft tissue injury, but Mujahid had broken vertebrae from T11 to L1. Quite a number. Also with some neurological symptoms- he had pain on his right leg as a result of compression on T11 and T12 nerve.
He was admitted to Hospital Jengka half day, then my hubby went there, asked to be transferred to H.Kuala Lipis sebab Jengka takde specialist. Stay at Lipis overnight then my hubby insisted to be transferred to K.Bharu. My mother in law was too shocked to be in the long journey to see her son.
BIla sampai kat HRPZII (aka HKB).. we all semua dah tunggu kat sana,tak sabar nak tengok mujahid macamana keadaan dia. Walaupun dia terbaring je atas katil dalam casualty (A&E), tapi bila tengok dia senyum, we all feel glad. Alhamdulillah mujahid tak dalam kesakitan.
Kat Lipis, Mujahid was put on POP ( simen la kalau melayu panggil) kat badan. Susah nak bernafas, katanya. Seksa la sikit, but with that, he was then allowed discharged.
The story was not finished yet. Mujahid was planned for CT scan- to get better view of his spine bone. And in the ward then he felt pain, which made surgeons satisfied with their decision to operate and correct his vertebrae.
On the last week, he was operated. Alhamdulillah successful. But recovery phase quite some times. He keep on feeling pain on his right leg, even more painful than before operation was done. Masa ni memang kesian tengok mujahid, nak senyum pun payah sebab sangat sakit. If not, he was before a sweet charming brother who always smile. So he stayed longer in the ward, about a week. Miserable jugak that week. Sebab his siblings yang lain dah start study, keje, exam PMR. My hubby pun asyik ulang alik k.krai ke K.bharu utk tengok adik dia (now I know my hubby is such a good loving brother.. hehe)
Mujahid was discharged few days ago. Still having pain, but tolerable. And he now can walk slowly with an afford. Skarang tengah risau sebab kena postpone 1 semester kat MIAT.
Ibu, ayah ngan miriah (my sister in law) with her husband pun tengah tunggu nak gi Haji yang tak tahu penerbangan ke berapa dapat.
Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.. moga apa yang berlaku ini mendekatkan kita kepada Yang Pencipta. Dan kepada Mujahid, moga cepat sembuh, dapat berjalan, berlari seperti sedia kala. Moga sentiasa bersyukur, bersabar dan redha kepadaNya. Amin.
Twin??
Saya sekarang dah 12wk POG (period of gestation). Dah berapa kali mc. Entah berapa kali dah pv bleeding.
Sekarang hanya mampu bertawakkal... berdoa yang terbaik.
Dapat survive sampai 12 wk pun alhamdulillah. Sign and symptoms of pregnancy masih ada. Makan pun makin banyak (huhu..).. bila tengok scan nampak baby aktif gerak, rasa lega.
masa mula2 bleeding ari tu, ada scan ngan OnG specialist, katanya nampak macam 2 sacs, 2 poles. Macam twin! Panggil sorang lagi specialist suh tengok.. dia pun kata sama.
hmm... tapi saya cam dalam hati.."betul ke ni? ke collection of hemorrhage je nampak cam sac'" maklumlah belah saya ngan suami mana ada family history twins.
pastu repeat scan lagi 2 weeks... then another 2 weeks.. Pv bleeding pun still on and off, on and off.. kejap keje, kejap mc, banyak mc daripada keje.
memang nampak sac tu lagi clear bila dah reach 10-11 weeks. satu pole tu ada embryo with fetal heart, tapi satu lagi cuma fetal pole. Takde fetal heart. Makin lama, sac yang contain fetal pole tu makin kempis... then skarang cuma tinggal thin layer je..
hmm.. gitu lah. skarang masih pv bleeding mungkin sampai sac tu takde agaknye...
Tak pe lah tak de rezeki twin pun, asalkan baby sorang lagi sihat, amin. (lagipun tak dapat nak bayangkan kalau nak jaga 2 baby, pastu nak uruskan Damia' lagi... macam nak kena cari bibik je kalau macam tu hehe)
Tuesday, October 13, 2009
Damia', pen dan pensil kaler..
Damia' sekarang sangat suka menulis, menconteng, mengkaler... Sebenarnya bukan sekarang je, tapi sejak umur setahun dan kenal pen.
Tengok la aksi Damia' ngan mak sepupu dia masa raya hari tu. Nak suruh duduk diam, senang je. Bagi pen ngan kertas, seronok lah dia.
Tapi yang tak seronok nya,dia suka guna pen daripada pensil.Habis sofa kami yang baru dibeli 2-3 bulan dah jadi 'kertas' dia...huhu.
Dinding rumah sewa kami pun dah di rasmi kannya.. harap2 tuan rumah tak marah.
Bukan sengaja bagi dia conteng, tapi sedar2, dah hampir jadik sebuah lukisan dah dia lukis... hehe
Tuesday, October 6, 2009
Saturday, September 12, 2009
Memburu Lailatul Qadar
Cepat nya masa berlalu, dah tinggal 7 hari je lagi akhir ramadhan.
Moga lagu2 raya, kuih2 raya tak melekakan kita, tak melalaikan kita untuk beribadat memburu lailatul qadar. Amin.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
G4P2+1 and Damia'sToilet Training
So, the next day, I do Upt test... and it was really positive! Although the second line was appeared weak, but it indeed had 2 lines. And it was a day before my expected menses day to come.
Tapi ujian Allah itu ada bermacam2 jenis, bermacam2 peringkat.
A week after that, during cooking, I had PV bleeding. Again! I'm soo depressed. After the 2 losses, I cant withstand the 3rd one.
I went to the O&G clinic. Was given duphaston. Scan- alhamdulillah so far so good. But don't know what will happen the next day. BUt shockingly the specialist said that the scan showed 2 sacs- which means it supposed to be twin. But one twin was demissed. I cant say anything.. nott really beleive anyway. I dont have any family history of twin pregnancy, neither my husband. BUt I hope the other one will stay safe.
With several episodes of PV bleeding, I was given break 2times, 5 days each. The first break, I went to my mother's house.
And I used the free time to rest.... and to train Damia' to pee in toilet. which means no pampers except during sleeping..! Nasib baik ada moktok ngan umi...tu pun dah kencing 2 kali dalam bilik, atas karpet lagi tu...berak 1 kali.. huhu
Rupa2ya bukan 2-3 hari, tapi 2-3 minggu baru pandai nak cakap kalau nak kencing. Buang air besar still dalam pampers lagi...
Monday, August 10, 2009
Ramadhan al Kareem!
H1N1 lagik...
High-risk groups include children who are below five years; senior citizens 65 years and above; children and youths under 19 who have been taking aspirin on a long-term basis; pregnant women; those who suffer from asthma, chronic lung disease, organ failure, cardiovascular, liver and blood system diseases; diabetics; obese people; and those with a low immunity.
Death increase to 32 today.
Damia' demam hari ni.
Ya Allah... selamatkan kami staff2 kesihatan ni, keluarga kami daripada berjangkit, amin...
selamatkan semua umat islam amin.
Damia has completed her sentence
Before: Nanti ulu!
Now: Nanti dulu, Damia nak buat rumah ni ( ngan Lego dia).
Before: Umah amia!
Now: Dah sampai umah amia dah..
Sekarang tgh kumpul banyak vocab2 baru... so, i have to be extra careful on saying things, anddoing things in front of her!
hmm.. tak de pulak video dia. Bila nak amek gambar je, tak mau cakap plak dia..
Monday, August 3, 2009
Bahaya H1N1..
Bismillah.
Semenjak minggu lepas, banyak Ipt2, kem2 PLKN, sekolah2 di tutup disebabkan ada pelajar yang disyaki kena virus influenza H1N1= Swine Flu= Selesema Babi.
Semenjak minggu lepas jugak la KKB saya semakin laris dengan kunjungan2 kehormat dari pesakit2 yang rasa dia dah kena H1N1... pelajar2 IPt yang iPt dia ditutup, mak bapak pelajar2 IpT yang IpT nya ditutup, pelatih2 pLKN yang kem nya ditutup....
Yang lebih merunsingkan bila baca news hari ni- 8 kematian disahkan positive H1N1. Tapi menurut berita tu, secara keseluruhannya, kematian tu melibatkan kanak2, atau orang dewasa yang mempunyai penyakit2 kronik sampingan (underlying disease)- macam cardiac disease, Diabetic, renal disease- yang menurunkan imunisasi mereka.
Risau jugak kalau terlepas pandang kes2 yang menjadi isu macam ni. Semoga Allah pelihara dari kelalaian yang membinasakan, amin.
Antara panduan untuk pelajar2 yang dikuarantin kat umah tu:
Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
- * Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
- * Berehat dan meminum banyak air
- * Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
- * Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
- * Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
- * Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
- * Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
- * Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan
Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam
Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.
Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?
- * Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
- * Adab batuk yang baik (cough etiquette)
- * Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
- * Pengudaraan dalam rumah yang baik
- * Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
- * Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
- * Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
- * Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
- * Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
- * Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat
Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan? Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor. Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut |
Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula? Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam. | |
Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah? Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah. Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini. | |
Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa? Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain. Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Patient Home Assessment Tool The following patient home assessment tool designed to detect moderate or severe influenza can be used to guide the patient on the need to seek professional medical attention. Patients with ILI are advised to seek medical care should they develop any of the symptoms and signs listed as below:
Setakat ni semua rawatan untuk H1N1 kuarantin di rumah je- kecuali yang moderate-severe symptoms: ** Clinical assessment tool for moderate to severe influenza:
| |||||||||||||||||||
Sunday, July 26, 2009
Pegang lilin menyalahi ajaran Islam?
Isu yang sedang dibicarakan ialah mengenai tindakan kami berada dalam majlis yang kononnya memperingati kematian Teoh Beng Hock dan memegang lilin dan dikaitkan dengan tindakan kami yang kononnya bercanggah dengan ajaran Islam.
Berkebetulan sebagai seorang Cina Islam saya rasa terpanggil untuk menjawab isu tersebutAkhbar Sinar Harian edisi pada hari ini pada perenggan pertama, kedua dan ketiga menyiarkan kenyataan seperti berikut :-
"Tindakan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin memegang lilin semasa menyertai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock baru-baru ini, adalah luar budaya Islam
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab.. Majid berkata, sebagai pemimpin beragama Islam, Nizar tidak sepatutunya memegang lilin pada acara keagamaan itu, perbuatannya akan mempengaruhi masyarakat Islam kerana beliau adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
Kita bimbang soal haram atau halal diketepikan semata-mata mahu mengejar kepentingan politik parti tertentu didalam negara ini" Katanya kepada Sinar Harian semalam"
Berikutan dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti berikut :-
1. Saya menafikan bahawa gambar dan majlis yang didakwa sebagai majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pihak diatas. Gambar tersebut dan upucara menyalakan lilin adalah semasa sesi Sidang Media pada jam 11.00pagi 17 July , bertempat di wisma DAP Ipoh. Sidang Media tersebut dianjurkan oleh Skretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri oleh sekitar 20 ADUN PR dan pimpinan tertinggi parti.
2. Memegang lilin dan Colok bagi orang cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan. Kebetulan saya adalah bekas penganut agama Buddha selama 22 tahun sebelum memeluk Islam, saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China. Sebab itulah jika kita berkunjung dimana-mana mesjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual dimesjid.
Semasa sembahyang hari raya puasa atau haji, jangan terkejut bila kita menyaksikan kumpulan Imam dan Persatuan Islam serta AJK Mesjid berbaris masuk ke dalam mesjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir hari raya, dan sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang colok itu ditinggalkan diluar (saya ada koleksi gambar mengenai upucara ini).
3. Kami sama-sama memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media itu dan bukannya bertafakkur seperti yang diminta. Sebelum ini sudah sekian banyak teman bukan muslim yang menghormati upucara membaca doa dan pelbagai majlis.
4. Saya mempersoakkan kenapa perkara ini diperbesarkan termasuk oleh Bapak Prof kita yang nampaknya berat sebelah dalam menilai perlakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. kenapakah pokok persoalan asal yang lebih besar yakni tindakan menghilangkan nyawa yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan. Sepatutnya soal itu didahulukan dalam perkara ini.
5. Saya takut nanti pihak berkenaan nampak berani berkokok dalam masa lain melibatkan pemimpin UMNO senyap dan, "punggung penuh dengan najis".
6. Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam wajib ditegur olweh Bapak Prof. Kenapa hanya berdiam diri. Paling besar dalam persoalan upucara di Tugu negara yang telah difatwakan.
7. Saya berharap penjelasan ini meredakan suasana resah yang segaja menimbulkan firnah kepada kami serta tidak mustahil mengelirukan ahli PAS dan penyokong pakatan Rakyat.
Allahu Aklam....
Kenyataan media pada 20 July 2009
Drs.Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong/
Ketua Penerangan PAS Perak,
Saturday, July 25, 2009
Thursday, July 23, 2009
Jangan biarkan masa melunturkan iman
Hari hari Jumaat, penghulu segala hari.
Hari yang mulia, mandi sempena hari jumaat pun dapat pahala.
Hari ni juga dah masuk 1 Syaaban.
Teringat zaman student2 dulu, setiap jumaat kami akan berjemaah sama2, sambil bergilir jadi imam, bacakan surah Sajadah, sujud kepada Allah, penuh pasrah. Penuh pengharapan.
Banyak yang kita berharap masa kita student, masa kita belum berkawin, masa kita
tak banyak duit lagi. Masa kita tak ada kereta, rumah, tak capai cita2 lagi... tak ada anak yang comel yang menghiburkan hati.
Tapi bila dah ada keluarga, dah kerja, dah pegang duit, dah pandai jadikan sibuk sebagai alasan untuk lupa kepada Allah. Sibuk dengan anak2, sibuk dengan kerja, penat dengan oncall. Lupa untuk berjemaah, lupa untuk berdoa, sudah pandai jadikan sibuk dan letih untuk bangun malam. Sibuk untuk datang usrah juga. Aduh.... ingatan untuk diri sendiri.
Teringat lagu NowSeeHeart
Diriku berlari
Kejar buih di kaki sirahmu
Malangnya tak jumpa
Hilang ditelan ombak masa
Lelah aku
Dan termangu di sini
Mencari sinar
Ku cuba mengutip
Butir bistari di pesisir kalammu
Inginku sematkan
Menghiasi dada kehidupanku
lalu terang destinasi abadi
Di hujung langkahku
Kau inspirasi
Jiwa nan suci
Inginku terus selami
Di dasar dirimu kilau cahaya
Mutiara putih
Menyinar ke dalam lubuk jiwa
Nan gelap gelita
Di dasar dirimu
Karang indah
Halus penuh seni
meneguh perjuangan kebenaran
Hikmah pekerti
Kau inspirasi
Permata hati
Ingin ku terus selami
Kau inspirasi
Walau kau pergi
Namun ku tetap di sini..
Masa banyak mengubah seseorang.... dari segi penampilan, dari segi perinsip hidup.
Tapi jangan biarkan masa melunturkan iman.
Usahakan agar iman kita lebih teguh pada hari ini berbanding semalam.
Agar pakaian lebih menutup aurat daripada semalam.
Agar ibadat lebih banyak dan khusyuk juga berkualiti dari semalam
Agar diri kita lebih peka akan dosa2 yang kita lakukan daripada semalam
Agar muamalat kita lebih terjaga, bukan lebih longgar daripada semalam (setengah orang, bila dah kawin dan ada anak, dah tak kisah dengan pergaulan dengan yang mahram)
Ya Allah... bantulah diri ini terlebih dahulu...
Firman Allah surah alKahfi ayat 32- 36
" Dan berikan lah (Muhammad) kepada mereka (orang mukmin dan orang
kafir) sebuah perumpamaan, 2 orang lelaki (seorang mukmin dan seorang lagi kafir ). Kami beri 2 buah kebun anggur dan Kami kelilingi kedua buah kebun itu dengan pohon2 kurma dan di antara kedua (kebun itu ) Kami buatkan ladang.
" Kedua kebun itu menghasilkan buahnya, dan tidak berkurang (buahnya) sedikit pun, dan di celah2 kedua kebun itu Kami alirkan sungai,
" Dan dia (lelaki kafir) memiliki kejayaan besar, maka dia berkata kepada kawannya (yang beriman) ketika bercakap2 dengannya: 'Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikutku lebih kuat'
"Dan dia memasuki kebunnya dengan sikap merugikan dirinya sendiri (kerana angkuh dan kafir), dia berkata ' Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama2nya,
Dan aku kira hari Kiamat itu tidak akan datang, dan sekiranya aku dikembalikan kepada Tuhanku, pasti aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini"
Moga kejayaan, kemewahan , pangkat dan kebahagiaan kita tidak akan menjadikan kita seperti lelaki kafir ni, amin..
Saturday, July 18, 2009
Macaroni and cheese
Banyak lagi sebenarnya resepi tertangguh.... nak buat, tapi malas hehe. Campur ngan diet jugak...haiii... berat ni susah benor nak turun lepas bersalin itu hari. Itu yang berat hati nak cuba resepi best2 tu.
Macaroni and cheese
Bahan utk sos daging
Tumis bwg besar 1/2 biji
Masukkan daging kisar 1/2 kilo
masukkan tomato puri 1 tin sederhana
garam + gula secukup rasa
Bahan untuk sos krim keju
Tumis bawang besar lagi 1/2 biji
Masukkan susu fresh milk 1 liter
tepung gandum 6 sudu- (kacau dengan air dulu sebelum masukkan)
garam gula secukup rasa
Kacau atas api sampai pekat berkrim
Bahan untuk topping
4 sudu butter
4 sudu tepung gandum
2 cawan susu fresh milk
5 keping cheddar cheese/ mozarella cheese
kacau atas api sampai creamy
Cara:
-Rebus dan sejat 1 plastik makaroni 500g
-Campurkan kedua2 sos
- gaulkan bersama mozarella cheese
-pastu curahkan topping kat atas
-Bakar
Friday, July 17, 2009
Tuesday, July 14, 2009
Aneh sungguh..
Aneh sungguh suami di zaman ini,
sanggup biarkan si isteri di hantar pulang oleh driver
apatah lagi kawan lelakinya
berdua2an dalam kereta
daripada jemput sendiri pulang ke rumah
Aneh sungguh suami di zaman ini
merelakan si isteri berdandan berkosmetik keluar rumah
malah berbau harum semerbak
tiada cemburu apatah lagi marah
malah rasa bangga apabila rakan lelaki memuji si isteri
Aneh sungguh suami di zaman ini
tiada perasaan apabila si isteri merajuk
sanggup biarkan perkahwinan di hujung tanduk
leka bermain game online di internet
daripada merendahkan ego, memujuk si isteri
Aneh aneh aneh..
Adakah isteri sudah tiada nilai di sisi suami?
Sunday, July 12, 2009
Brownies lapis cheese
- **ADUNAN COKLAT**-
- 1 cawan tepung- ayak
- 1 cawan gula halus-
- 1 tsp baking powder-ayak
- 1 tsp soda bikarbonat- ayak
- 8 oz coklat masakan
- 8 tbsp / 4 oz butter
- 2 tbsp corn syrup (sy gune golden syrup.lgsg tanak gune pun xper)
- 4 tsp vanilla
- 1/2 cawan susu segar (panaskan skejap)
- 4 biji telur grade A
- 250g cream cheese
- 60g gula castor
- 1 biji telur gred A
- 25ml air
Cara-cara
- campurkan semua bahanuntuk adunan coklat dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
- **untuk inti**
- campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
- kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek
- ##cara lapis##:
- masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
- masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
- masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
- edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil, pastu kukus dgn api besar.
Rasa dia... hmm... boleh tahan. Haha.. saya ni memang takde bakat buat kek la.
Tapi saya suka buat guna resepi kukus ni, tak bantat!
Saturday, July 11, 2009
Damia' kena chicken pox!
It's started 2 weeks ago, when one of Damia' buddy at her nursery got chicken pox..... and her mother still sent him to the nursery. And guess what, the mother is also a doctor... arrghh!
My hubby already warned Linda the nursery owner that the kid may spread the virus as the vesicles were just ruptured... i.e just activated! But Linda said it's okay, they will isolate him from the other kids. But with those kids staying in one roof, how far can you isolate him? That place is not a hospital.
Unfortunately, one week later, Damia' got the vesicles and she started to have temperature. Glad Linda told me earlier about that, so I don't feel very upset with her since she tried been honest to me.
So last week, Damia' was sent to her granny (Tok Wan) for isolation. I just came back the weekend and nearly pour some tears when I saw her face, her body- full with vesicles. Even her lips got several vesicles which turned to lips ulcer- very painful on bottlefeeding and eating. No wonder she kept on drooling her saliva. With the fever, the itchiness, the mouth ulcer and all, her temper tantrum worsening... Especially at night! Need few extra hours before she able to go to sleep.
Today, the vesicles dried up, her mouth ulcer improving, and she able to eat something.. her fever also settled up. She able to sleep more soundly since last 2 days.
And I was told by Linda, there were few others kids from the nursery infected few days back. Now, he nursery was empty to prevent the spread to the babies.
Just something to share about- when you put your children in a nursery, you cannot just only think about them, you should care about others children too..!
Friday, June 26, 2009
Kursus lagik...
Duk kat PKD ni ntah berapa banyak kursus dalam sebulan... best jugak gi jalan2.
Tapi tak tahu la keberkesanannya. Jangan setakat makan angin je.. tapi balik kursus sama je dulu dan sekarang. Tak de beza. Ini maknanya dah perabih duit kerajaan sia2 je ni..
Balik kursus masing2 senyap je... teruskan tugasan harian tengok patient, terlupa nak sampaikan isi kursus tu kat sahabat2 dan staff2..
Bukan tak nak syer, memang berkobar2 nak syer, tapi bila gi kerja, dari pagi sampai tghari duk tgk patient, pastu rehat makan minum solat, sambung balik kul 2-5. Tak bangun2 dah dari kerusi tu.. bukan setakat nak cerita pasal kursus, nak borak pun tak sempat. Kalau ada masa pun dah lupa dah apa nak cakap tu...
Tapi masa boleh cari kan...?
Ilmu perlu dikongsi sebelum kita lupa... Ilmu perlu dikongsi supaya kita tak lupa.
Semangat2 ! Azam nak bagitau m.o dan staff lain!
Rejab
Astaghfirullahal a'zim.... Astaghfirullahal a'zim.... Astaghfirullahal a'zim....
Semoga Allah ampunkan dosa2 lalu kita....dan memberi kita umur sehingga ke bulan Ramadhan.
Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesempatan utk beribadat di bulan Ramadhan tahun ini, amin.
Nak kena start baca balik buku "Rumah Kami di Bulan Ramadhan" karangan Dr Abd Wahid Al Wakil tu... beli masa student dulu..
Moga2 tahun ni dapat buat terawikh dgn lebih aman... sebab tahun ni tak de onkol ^_^ Sukanya!
Saturday, June 20, 2009
Once Upon a Time I was a Housemen episode 2
Masa saya houseman dulu, posting pertama dapat Paediatric. First day masuk blurr... tak tahu nak buat apa. Tak de sorang pun yang explain apa yang patut saya buat. Masa lapor diri tu dah pukul 10 kalau tak silap (sebab awal sebelum tu lapor diri kat JKN, pastu datang hospital, lapor diri kat Pengarah pulak). Semua tengah buat kerja. Tgh amik blood, siap kan kerja2 wad. Briefing oleh ketua m.o sikit2. Tapi sebab first day and first time jadi doktor, tak tahu la yang mana patut kena ingat, yang mana yang penting.
HAri kedua datang awal sikit, round wad dengan m.o dan specialist. Senyap je. Dengar kat tepi. Pastu specialist kata,.. "Haa awak, meh tulis. Belajar tulis." ( Not that I didn't know how to write, but to know how a houseman suppose to write..). Emm.. you know? that kinda writing when you follow round during your student. Masa time saya jadi student dulu selalu terpikir.. "H.o ni macamana tulis semua yang specialist tu cakap ek? Dah la laju, pastu cakap slow macam ala2 borak gitu.." Haa... itu la yang nak kena belajar tu, skill of doctor's writing. Bukan tulis semua patah perkataan tu, tapi yang relevan sahaja. Lagi, kalau tak dapat tangkap butir2 bicara tu, jangan segan2 tanya balik, jangan buat2 pandai tulis ayat lain atau tinggal kosong terus... sebab apa yang ditulis itu ialah management specialist tu. Yang mana semua orang akan baca... m.o, staff nurse, specialist lain. Jadi, jangan cetuskan sebarang kekeliruan. Jangan jadi bodoh sombong... tak tahu, tapi buat2 tahu.
Masa baru2 masuk posting (each posting) akan ada hari tagging... maksudnya belum oncall, tapi kena stay ngan orang oncall atleast sampai pukul 10 untuk belajar dgn orang yang oncall tu, apa yang patut dibuat masa oncall.
Masa 1st posting tu, tak tahu kepentingan tagging tu... telah tidak tagging dengan betul hihi... sekali masa first day oncall, baru haru biru. Tak tahu yang mana patut didahulukan, mana yang kemudian , gabra habis, siap kena marah ngan m.o oncall waktu tu sebab tak clerk case (padahal masa tu gi amik ABG neonate- yang boleh buat kemudian) .. haha.. sampai sekarang kalau ingat oncall kat paeds, memang mengerikan. Penat. Lepas tu ngeri pulak kalau ada baby yang buat hal i.e stop breathing. Kesimpulannya, saya takkan jadi paediatrician.
Tapi alhamdulillah, belajar sikit demi sedikit.. bila dah banyak kali oncall, dah dapat biasakan dgn suasana oncall. Tapi first posting, staffnurse pun tak respect kat kita. Especially SN yang dah senior, geram betul.. tapi apa nak buat, boleh kata ilmu diorang dalam posting tu lebih banyak dari kita. So, jangan bongkak juga dgn SN. Kadang2 perlu dengar jugak apa kata mereka, tapi jangan terlalu depends pada kata2 SN, contact la m.o untuk dptkan kesahihan. Mesti ingat, walaupun pengalaman diorang banyak, tapi diorang takde MBBS.... mungkin pengalaman itu pengalaman yang salah... ilmu turun temurun. Dapatkan kesahihan dari senior doktor, bukan senior staffnurse ye.. (lain la kalau korang tu staffnurse)
Next posting ialah surgical.. rasanya oncall releks sikit. Cuma kena belajar assist m.o dalam oT (operation theatre). Alhamdulillah kat HKB dan HUSm kita boleh pakai tudung (yang bersih ya) dan baju lengan panjang kat dalam (juga yang bersih ya..) So, tak perlu risau2 pikir nak tutup aurat camana. Juga belajar procedure2 yang tak de kat paeds. Jarang2 sekali nak ada CPR.
Alhamdulillah, lepas dengan jayanya. Sepanjang jadi housemen, tak de yang sangkut, alhamdulillah. Cuma extend kat posting ketiga : OnG sebab bersalin. Masa posting ketiga ni lah saya dapat posting sekali ngan hubby. Posting last saya dan hubby. Bezanya dia sambung posting sebagai m.o, saya pulak h.o 3rd posting. Memang bila husband and wife duduk satu posting, orang macam jeles sket... selalu compare2. Lepas tu macam tak berapa suka kalau hubby tolong saya siapkan tugas. Ye lah.. apa nak buat pangkat berbeza... macam tak kena pulak m.o gi buat keje h.o. Lagi pulak saya ni slow sket, hubby pulak buat keje cepat, jadi slalu la saya ni jadik bahan bandingan.. Aduss... sakitnye hati.
Pulak tu masa tu perut dah memboyot. Dapat pulak satu wad ngan h.o lelaki yang suka mengarah2 macam ketua. Tak kesian langsung kat pregnant woman ni. Padahal kami sama level, ape ke hal nak arah2 ni? Cuak jugak dalam hati tapi malas nak gaduh.. lagi pun memang tak reti nak protes pun. Kalau setakat mengarah dan sama2 buat keje tak pe jugak. Ini tidak, arah2 orang, lepas tu dia keluar awal, ala2 bos gitu, keluar awal, datang lambat... tapi bila depan specialist dan m.o, lantang sungguh bercakap seolah2 dia la yang buat semua keje. Padahal yang banyak buat keje ialah orang lain. Konon nak tarik perhatian specialist... betul2 macam parasit.
Bila jadi h.o baru keluar perangai sebenar.
Masa mengandung memang emosi tak stabil, lagi2 bila jadi housemen .. houseman OnG lagik tu... weekend takde nye nak rehat. Kena datang buat round kat wad. Bukan setakat round... kena settlekan keje selepas round pulak macam hari2 biasa. Kalau patient tak ramai, boleh la balik kul satu... tapi kalau ramai orang bersalin dan orang pregnant bermasalah, kenalah settle semua2 lambat sikit.. adalah kul 2-3 baru dapat rehat, makan.. balik umah. Nasib baik dapat kelate kat umah ni. Boleh gak balik umah mak weekend tu walaupun sekejap. Kalau yang bukan asal negeri tu, memang sebulan skali pun susah nak balik. Itu pasal weekend, tak cerita lagi oncall EOD (every other day) atau bila short h.o sangat, boleh jadi oncall back to back (2 hari berturut2, lepastu sambung lagi EOD plak..)
Kalau time raya, memang berebut nak cuti, tapi itulah, kena bertimbang rasa.. tak boleh la cuti lama2, kesian kawan yang kena cover kerja tu. Kalau ketua h.o yang sistematik sket, buat jadual raya tu lepas masing2 volunteer nak keje hari raya yang ke berapa. Masa cuti raya ni la nak tengok pembuat jadual tu adil ke tak.. atau semua orang dia letak oncall, tap dia and the gang tak kena pulak.... Oh ya lupa nak cakap.. jadual onkol sesama h.o yang sediakan. Biasanya h.o paling senior la, sebab dia paling arif pasal gerak kerja kat posting tu.
Walaupun tak berpa best ngan workload OnG dan keje lebih masa dia, tapi sebenarnya best jugak kalau ingat saat2 deliver baby, saat measure Os... betul atau salah,memang bergantung pada diri sendiri. Berapa banyak praktikal dah buat. Yang tak best nya bila onkol la... kalau onkol labour room.. tak tidur lanngsung tu perkara biasa. Kalau posting surgery atau ortho boleh gak tido.. tapi kalau Ong, Paeds memang paling lama tido pun 2-3jam je. Jadi, biasa2 kan lah diri anda tak tido malam.. bukan setakat tak tido, esok nya tak de excuse ya utk merehatkan diri. Tak de excuse utk datang lambat amik blood.
Dalam pada penat tu, ada jugak kenangan manis.. kenangan first time bersalin disambut oleh hubby. Memang rasa sangat special..dan sangat bahagia. Thanks to Allah for your ni'mah.
Lepas melepak2 di posting ortho sambil membiasakan diri melihat2 Xray, manage diabetic foot dan fracture, maka tamatlah episod sebagai h.o. Masuk medical sebagai m.o. Rupa2nya sangat takut nak jadi m.o ni. Walaupun boleh bergembira sebab tak perlu lagi amik blood, dan buat remeh(tapi of course la penting) especially bab nak gi berbahas ngan radiologist untuk dapatkan URGENT apa2 lah.. tapi sebenarnya besar tanggungjawab m.o ni. Especially kat medical, bila specialist jarang ada kat wad... m.o la yang kena pandai buat decision dalam management patient.
Lepas medical selama 6 bulan, dah tak tertahan lagi nak keluar. Walaupun 6 bulan tu kira cam baru nak stable dalam medical, sebab ilmu dia yang lautan luas.. tapi alhamdulillah dapat keluar ke casualty. Tak tahan den dgn karenah physician2 tu! Dah la susah nak consult, banyak pulak komen kena batang hidung m.o2 semua... Ada je yang tak kena, tapi tak pulak dibimbing ke jalan yang benar. jadi, biarlah daku membawa diri... chewah.
masuk pulak casualty. Best jugak keje shift ni ek. Cuma management dia tak de la seberapa. Setakat condition emergency tu je. Memang la emergency management tu penting... bukan la nak kata tak penting.,. cuma rasa macam nak beri lebih kepada pesakit tak boleh. Bila sihat sikit, patient dah boleh balik. Kalau tak sihat lagi, kena masuk wad. Antara dua je... atau yang terlalu tenat, kena resus.
Bila dapat gi district ni... i.e klinik kesihatan ni macam best pulak. Sebab macam2 kes ada. Yang tak ada emergency case je. tapi nasib baik gak takde , sebab saya ni jenis tak boleh emergency2 ni... Stress! Bila stress, pikiran pun jadi tak rasional.
Buat adik2 medik, jangan risau pasal housemen. Tu cuma satu fasa dalam hidup sebagai doktor. Bila dah lepas 2 tahun tu, insyaAllah akan rasa best. Dan tak semestinya adik2 kena jadi doktor pakar kerja kat hospital je.. banyak pilihan lain kalau tak minat keje kat hospital ni. Boleh sambung jadi pensyarah preclinical, atau sambung pathology, keje kat makmal. Boleh jugak sambung radiology keje kat Xray department, atau kalau nak jadi pengarah hospital, boleh ambik public health. Kalau nak jadi doktor pakar, tapi tak nak oncall, boleh ambik FMS- Family Medicine Specialist.. Hmm... macam2 ada... kalau tak nak sambung apa2, tapi nak jadi doktor dan tak mahu oncall, boleh la jadi m.o tua kat Klinik kesihatan ni... hehe.
All the best! Tugas kalian sekarang.... biar lulus exam tu dulu. Yang lain panjatkan doa pada Ilahi agar diberi kekuatan mengharungi kehidupan yang mencabar ini.. cheewah.
Antara tips untuk sentiasa berjaya: jangan lupa amalkan solat dhuha. InsyaAllah tak gabra masa exam praktical. Solat malam jangan tinggal. Lagi satu- kena kenal pasti waktu mana yang paling berkesan untuk adik2 menelaah. Setiap orang berbeza waktu dia. Ada yang berkesan study waktu sebelum subuh, ada pulak lepas subuh. Ada yang mudah serap ilmu waktu pagi, ada jugak yang lepas maghrib paling mudah dia lekat ilmu tu. So... tepuk dada tanya diri.
Ketahui keupayaan diri. Jangan ikut apa yang orang lain buat, tapi buat apa yang diri mampu.
Friday, June 19, 2009
Once Upon a Time I was a houseman (untuk adik2 medik)
Teringat masa student dulu.. Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Dari kecik lagi cita2 takde yang lain dah... tahu pandai sebut nak jadi doktor je.Yang lain tak terpikir pun. Ntah la apa yang best sgt jadi doktor ni.... tapi masa tu memang hanya ingat nak jadi pakar sakit puan hanya kerana Allah je. Nak bantu orang Islam, especially muslimat.
Tak pernah terlintas untuk menyerah pun walaupun study penat, takde life macam student lain... saya juga tahu dan dah dapat gambaran yang keje doktor ni sangat sibuk. Hanya kerana Allah, yakin Allah pasti permudahkan urusan lain.
Tapi rupa2nya tahu dengan mengalaminya adalah suatu yang berbeza. Especially menjadi doktor dan juga seorang isteri, lebih2 lagi bila dah jadi seorang ibu..... adalah perkara yang berbeza. Pandangan terhadap kerjaya pun berbeza selepas kawin dgn sebelum kawin. Dah mula pandai pikir nak quit.
Memanglah niat tu tetap kerana Allah.. tapi jaga anak2, mendidik anak dan menjaga keperluan suami dan anak juga kerana Allah kan? Saya tak kisah keje penat pun.. tapi tolonglah jangan kacau lepas office hours. Bila orang lain dah balik keje, kita masih lagi kat hospital.. kena oncall lagik... teringat baby yang menangis kat rumah, tak dapat nak bagi full breastfeeding. Bila oncall, nak express breastmilk pun tak sempat. Kita jaga anak orang kat hospital, tapi anak sendiri kat rumah terbiar. Itu yang tak boleh nak terima tu bila tak berapa lama ari tu ekoran timb menteri buat onar kat HKL pastu orang suka2 hati nak komplen kata doktor pemalas, curi tulang la.(ala..yang pasal timb menteri yang gi masuk bilik doctor kat A&E HKL- nampak 2 orang doktor tak tgk kes, sebaliknya tgh baca surat khabar dan buat keje sendiri- which turn out to be the doctors were actually had already finished their shift and preparing to go home).
Houseman bukanlah tempat untuk tunjuk kebolehan manage patient. Walau bijak mana pun masa student, dpat deans list ke, bila jadi housemen, kamu tidak dibenarkan buat keputusan sendiri. Semua kena bagitau m.o- dia yang akan decide nak manage macam mana. Salah satu sebabnya, haouseman tak ada insurans, tak disahkan jawatan lagik. Lagi pun banyak benda lagi yang houseman tak tahu... yang masa student tak diajar. Tak semua benda diajar oleh lecturer masa student dulu. Sebabnya, medical is a broad profession. Bila keje baru terbukak minda tu.
Housemen cuma perantara m.o dan specialist dgn patient - mereka tu yang sebenarnya manage patient. Dalam kata yang tak best sket... housemen cuma kuli je. Paling awal datang, paling lambat balik. Tukang amik blood sample- susah tak susah pon, kena dapatkan blood tu (kena pikirkan cara biar dapat, mintak tolong member2 ke.. jangan pulak bila tak dapat, buat tak tahu je biar m.o dapat tahu sndiri yang blood tak amik lagik), isi borang2, buat procedure- chest tube, peritoneal dialysis, needle biopsy, ABG, CBD, berlari ke radiology department ambik appointment URGENT CTscan, URGENT ultrasound- (pastu kena marah pulak bila tak dapat urgent). Tapi walaupun seorang kuli, housemen yang bagus bukanlah seorang robot. Housemen yang bagus ialah kuli yang berfikir dan berotak cerdas lagi bergerak cergas.
Bila m.o order pagi, maksudnya kerja yang diorder tu mestilah disiapkan sebelum tengahari. Bukanlah nak tunggu m.o round esok pulak dan tanya "kenapa tak dapat lagi?" dan cycle itu berulang dari hari ke hari sehingga menjadi bahan umpatan m.o-m.o yang sangat lah kuat umpatannya itu... dan kadang2 umpatan itu sampai jugak ke telinga specialist. Kalau bernasib malang, kena la si housemen tu di extendkan lagi masa dia di posting tu. Yang mana normal nya, satu posting tu adalah 4 bulan duration dia. Tapi bila dah kena extend tu biasanya tambah lagi 1-4 bulan bergantung pada specialist dan head department.
lagi faktor yang menyebabkan seorang housemen tu menjadi umpatan dan dipanjangkan atau extended di satu2 posting ialah bila housemen tu buat keje2 yang merbahayakan pesakit... contohnya tak alert keputusan makmal pesakit (yang mana housemen yang cekap akan trace dan identify abnormality result tu pastu inform la kpd m.o- tapi housemen yang robot hanya akan trace result dan tunggu m.o tengok utk identify abnormality tu.... dan biasanya m.o datang agak lambat disebabkan banyak keje2 lain lagik), pastu lagi macam tak alert condition pesakit yang nazak macam hypoglycaemic attack (glucometer rendah sangat boleh menyebabkan pesakit tak sedar diri)... lagi contoh, pandai2 buat keputusan sendiri tanpa inform m.o. Konon2 nak jadi hero, tapi turn out to be disasterous. (**IMPORTANT TO REMEMBER: Jangan cuba nak jadi hero bila anda seorang housemen! Sila dapatkan orang yang lebih senior- call aje!)
Kesalahan mandatory seorang housemen ialah kesalahan disiplin. Bengang sungguh m.o dan specialist bila patient collapse, tetapi housemen tak tahu kat mana. Missing in action! heh... adik2 student mesti tak percaya ada ke doktor ponteng keje? heheh... ingat doktor ni malaikat ke? ada nafsu dan sifat malas jugak. Yang mana sejak daripada student lagik suka buat masalah, bila dah jadik doktor pulak, doktor yang bermasalah. Tak kira la masa student dia repeat year berapa kali, tapi masa housemen, yang paling bertanggungjawab itu yang terbaik.
Masa housemen saya dulu cuma setahun je... tapi sekarang dah 2 tahun.. lama sket la masa sengsara tu haha.
Masa housemen ialah masa belajar banyak benda... yang akan digunakan sepanjang perjalanan kehidupan seorang doktor. Masa ni lah nak belajar communication skill- nak pujuk patient yang tak mahu amputate kaki, nak belajar ubat2an yang tak pernah dengar sebelum ni, nak belajar buat procedure2 asas tapi penting (macam chest tube- hanya ada kat medical atau surgical je. Bila dah lepas posting tu tak buat dah. Jadi kena belajar betul2 la bila dapat peluang tu. Peritonel dialysis hanya kat medical je. Sambut baby, assist caeserian section- hanya kat OnG je..hehe). Penting untuk tahu procedure2 dan komplikasi2nya supaya senang nak bagitahu patient. Nak masuk Operation theatre, tugas housemen jugak yang kena explain dan amik tandatangan pesakit. Jangan sampai pesakit tak tahu apa pun yang nak dibuat kat dia, tetiba suruh sign je.
Banyakkan tugas housemen ni?
Patut la masa student dulu lecturer selalu kata, kalau nak quit, quit je sekarang... jangan tunggu bila jadi doktor baru nak menyesal dan quit. Macam sesia je la 6 tahun jadi medical student tu.
So... what about you?
For me, kalau niat hanya kerana Allah, pasti Allah permudahkan segala urusan. Nak lepas housemen je... bila dah naik m.o kurang sikit beban kerja dia. Cuma penat dari segi lain pulak.. penat pikir dan tanggungjawab pulak.Tapi kalau kerana duit atau glemer, baik quit je. Duit tak de banyak pun. Baik buat bussines apa2, lagi banyak masuk duit. Kalau bab glemer... heh.. ingat
patient tu nak berterima kasih ke bila balik? Bila sihat bukan nak berterima kasih, siap komplen lagik sebab servis lambat...
Saturday, June 6, 2009
Cuti Sekolah= Kenduri Kawen
Siang tadik pegi kenduri kawin Aifaa kat Pasir Mas... memang banyak sungguh kenduri kawen yang lain di sepanjang jalan tu. Boleh kata setiap lorong tu ada bunga manggar.
Heh... memang cuti sekolah = kenduri kawen kan?
Apapun tahniah di ucapkan. Semoga Allah berkati rumahtangga kalian dan dikurniakan anak yang soleh.
Bukan setakat kawin dan hidup bersama saja, dah abis cerita.. banyak tanggungjawab yang menanti di depan. Juga memerlukan pengorbanan, dan beberapa perubahan untuk penyesuaian dan adaptation.
Kepada sang suami, moga dapat membimbing rumahtangga menjadi Baitul muslim. Jangan menambah anak2 yang rosak akhlaknya ke dalam masyarakat yang dah sedia rosak ini, tapi tambah lah pejuang2 agama Islam untuk mendaulatkan Islam di bumi ini. Tak kurang penting, suami kena sediakan duit yang cukup.. walau warak mana pun, walau cinta setinggi mana pun, kalau takde fulus, boleh goyang la masjid yang baru di bina tu. Nak bayar duit kereta lagi, duit sewa rumah lagi, duit air, api, nak bagi mak ayah duit lagi, duit saku adik2 (kalau yang sulung tu), kalau ada rezeki, dapat anak pulak 9 bulan dari sekarang- kena pikir duit susu, lampin, pengasuh/nursery,pastu takkan tak bagi apa2 kat isteri? Walau isteri keja besar sekalipun, gaji lebih tinggi daripada suami pun, adalah menjadi tanggungjawab sang suami beri nafkah kepada si isteri, baru isteri respect pada suami. Itu baru nafkah- tak kira lagi isteri mintak nak beli baju baru, gelang baru... wohoho... jangan ingat aku cinta kamu, kamu cinta aku aje dah boleh bahagia ke anak cucu ye adik2..
Kepada sang Isteri.. lengkapkanlah kekurangan sang suami. Tambahkan ilmu agama, bantu si suami untuk membentuk baitul muslim. Bukan nya peningkan kepala suami nak sediakan rumah baru, perabot baru, kereta baru.. . Jaga hidung, mata dan perut suami. Paling penting jaga hati suami. Bila si isteri dah jadi milik si suami, syurga bukan lagi di bawak tapak kaki ibu, tapi dah berada di bawah tapak kaki suami....
Kalau nak sambung panjang lagik.. baca sendiri lah dalam buku rumahtangga muslim. Kena baca buku jugak ke nak kawen? eh, mestilah..... ingat ilmu datang gitu je ke?
NurseRy Damia'
So far so good. Memang lah tiap2 pagi nak hantar tu nangis dulu masa nak kena tinggal tu. Tapi biasa masa nak ambik petang tu okey je.. hepi je nampak.
Pernah jugak buat lawatan mengejut tengah2 hari tu.. okey je, duk main2 ngan kanak2 lain. Yang confident sket nak tinggal tu sebab tak ramai lagi budak2 nursery tu. Ada lah dalam 10 orang. Pengasuh 4 orang (termasuk 2 orang tokeh- adik beradik). Kira okey la kan?Lagipun pusat nursery tu guna rumah kampung yang sangat besar dan ada 3 bilik. Satu bilik guna jadi tempat belajar ABC, kaler2.. satu bilik lagik guna jadi bilik mandi. Yang lagik satu konon2 nak buat bilik kuarantin (tapi tengok dah tukar jadik pejabat nampaknye).
Cuma tak berapa sedap nye bila owner dia ada cakap tak serupa bikin sket. Masa mula2 survey nursery tu, memang dah nampak kanak2 lelaki ramai dpd pompuan. Pompuan dlm 3 orang je, termasuk sorang baby anak tokeh tu. Pastu tanya la mandi asing2 ke sorang2? Dia jawab sorang2 la mana bleh ramai2, nanti masuk air dalam telinga. Pahtu bab makan plak kata nak upah orang masak suku, tak campur jadi pengasuh. Alih2, masa hantar Damia first day ari tu saya tunggu la jugak kan.. amek cuti satu hari tunggu sampai tengahari. Tengok2 mandi ramai2 jugak... pastu pengasuh yang sama jadi tukang masak tu.
Bukan apa, takut kalau budak ramai nanti kalau pengasuh tu yang jadi tukang masak takut tak sempat tengok budak2 tu. Tapi disebabkan budak2 yang ada pun sepuluh orang ... kira maafkan je lah. Cuma saya pesan jangan mandi campur la laki pompuan. Ye la budak2 pun.. ada yang dah umur 5 tahun,mungkin dah mumayyiz dah tu. Zaman sekarang kan banyak exposure.. internet, buku. Jadi kena lebih berhati2 sket. Kanak2 mungkin dah matang terlebih awal.
Friday, June 5, 2009
BerCakaplah apa yang jelas sahaja...
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)
“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 28)
KOMEN DR MAMOT TERHADAP POSTING TENTANG LEMAK BABI dalam coklat bar.
Saya terpanggil untuk menghubungi puan melalui e-mel ini apabila penolong pembantu tadbir di pejabat kami menunjukkan satu artikel daripada majalah puan (KOSMO) baru-baru ini bertajuk "Coklat enak import didakwa ada lemak babi".
Dengan melihat sepintas lalu kepada tajuk, sudah cukup untuk menggetarkan jiwa sesaorang Muslim kerana istilah "babi" itu sendiri begitu sensitif dan besar implikasinya kepada iman dan akidah mereka.
Untuk pengetahuan puan, saya telah mula bertugas di MARDI di PP Teknologi Makanan pada April 1975 sebelum bertukar tugas di Lembaga Koko Malaysia pada Januari 1990; dan sekarang di UKM sejak November 1993. Saya telah lama menjalankan penyelidikan berhubung dengan koko (fermentasi) dan coklat (pembangunan produk). Oleh itu, sedikit sebanyak tentang coklat saya tahu juga. Saya mendapat PhD dalam bidang Food Biochemistry daripada Univ. Leeds, UK (1980). Di UKM saya pernah/sedang mengajar subjek Food Chemistry, Food Chemistry Laboratory, Advanced Food Analysis, Oleochemistry, Soaps and Detergents, dan Cosmetic and Personal Care Product Chemistry. Bukanlah tujuan saya untuk membangga diri, tetapi sekadar sedikit bukti tentang bidang saya yang tak seberapa.
Begini puan. Niat puan untuk memaklumkan perkara kemungkinan lemak babi terdapat di dalam ingredien coklat import adalah sesuatu yang patut dipuji kerana perihatinnya puan terhadap umat Islam di Malaysia. Namun perlulah ditegaskan disini, maklumat hendaklah benar dan sahih, agar ia tidak menimbulkan "fitnah" kepada ummah. Ditakuti pahala yang cari, dosa pula yang mendatang, nahu-zubill-Allah. Natijahnya adalah seperti berikut :
LEMAK (dalam istilah kimia makanan, ia adalah triacylglycerol atau TAG yang berkeadaan pepejal pada suhu bilik) BUKAN emulsifier. Emulsifier atau pengemulsi dalam istilah Bahasa Melayunya, adalah sebatian amphophilic : ada kedua-dua sifat hydrophilic (suka air) dan lipophilic (suka lemak). Denagn itu kehadirannya membolehkan minyak dan air bercampur membentuk emulsi. Lemak neutral adalah lipophilic, justeru ia tak boleh menjadi pengemulsi. Ingat pepatah Melayu - minyak dan air tak boleh bercampur!
Emulsifier BUKAN pewarna (colouring), juga BUKAN penambah prisa (flavourings)
Dalam kod Food Ingredients, E-100 = curcumin, iaitu pigmen kuning yang terdapat di dalam rizom kunyit; manakala E-904 = shellac, adalah agen pengilat (glazing agent) diperoleh daripada resin (damar) yang dikeluarkan oleh sejenis serangga lac bug betina. Maka dakwaan puan yang menyatakan kedua-duanya emulsifier adalah salah!
Sepengetahuan saya, emulsifier yang lazim digunakan didalam pembuatan produk coklat ialah lecithin (phosphatidyl choline) iaitu sejenis phospholipid (tergolong dalam polar lipid) yang banyak terdapat secara semula jadi di membran sel, organ dalaman terutamanya hati dan kuning telur. Di dalam tumbuhan, ia terdapat dalam bentuk gum, justeru dihasilkan secara komersil daripada proses degumming minyak soya. Maka sumber komersil lecithin ialah lecithin soya.
Berdasarkan fakta di atas, puan bolah dianggap telah melakukan satu kesilapan, lantaran menggunakan fakta saintifik yang sama sekali salah. Sekiranya ia timbul akibat daripada kejahilan puan, ia boleh dimaafkan, tetapi puan tetap bersalah kerana melakukan sesuatu tanpa berilmu. Memang lemak dan minyak (triacylglycerol yang berkeadaan cecair pada suhu bilik) boleh ditukar kepada bahan pengemulsi dalam bentuk :
monoacylglycerol (MAG) dan diacylglycerol (DAG)
sugar esters (produk tindak balas antara gula dengan asid lemak)
Memandangkan sumber TAG (lemak/minyak) yang murah adalah daripada tumbuhan, adalah tidak bijak pengusaha di Barat menggunakan lemak/minyak daripada sumber haiwan, apatah lagi lemak babi yang tentunya akan menjejaskan penjualan produk mereka di negara Islam.
Akhir kata, nasihat saya ialah kita hendaklahbercakap sesuatu berlandaskan FAKTA dan bukannya PERASANGKA kerana kita perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang kita katakan, lebih-lebih lagi ia melibatkan bilangan orang yang ramai. Sekiranya tidak tahu, maka bertanyalah kepada mereka yang tahu, ini adalah gesaan daripada hadith Rasulul-Allah s.a.w.
Sekian. Wassalam.
21 April 2009.
Assoc. Prof. Dr. Mamot Bin Said
Food Science Programme
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
UKM.
Tuesday, May 12, 2009
Damia Belajar solat~
Tak de sejadah..berkali2 mintak baru dapat. Baru pegi beli ke? Ini Damia' belajar bangun daripada sujud.
Eh eh.. pusing belakang pulak.
Suka sangat nak tengok gambar dia dalam video~
Oloh rukuk- kena ajar letak tangan di lutut.
Iktidal- terlebih goyang tangan.
Knock~knocK~ itu roomkeeping nak hantar sejadah.
Eh eh... pegi sujud depan ayah dia pulak..
Monday, May 11, 2009
10 most nice guys
5 orang semuanya. Ibu (dan ayah skali) memang hebat dapat didik anak2 lelakinya jadi menjadi seperti yang ada sekarang.
They can be trusted to take care of my daughter, and 2 other toddlers (nephew and niece) - that's including basuh berak dan mandikan which MOST of men WILL definitely NOT HAVE GUT TO DO IT. They also able to cook - may be not all the menu, but their cook is tasteful and surely they will not starving if left alone with no restauran around. Or when their wives are a bit lazy to cook..hehe
And they respect women. Not only threating women only to do the housework- or what so ever, they also offering themseves to do the job. And also respect their siblings- mind you, no harsh words used.
Hmm apa lagi ye... banyak lagi, tapi lupa plak bila nak tulis ni.
Patut la Allah suruh jaga pergaulan antara ipar duai ni melebihi dari jaga pergaulan dengan lelaki2 kat luar sana... Ye la, bagi yang duduk pulak serumah ngan mak mertua, silap2 kang jatuh hati kat adik ipar sendiri plak. * saya duk rumah asing ye.. harap maklum
Kesimpulannya, sesiapa perempuan2 solehah diluar sana yang sedang mencari calon suami, boleh la saya perkenalkan dengan adik2 ipar saya ni. Pastikan anda solehah ye, sebab adik2 ipar saya ni semua soleh2 belaka hehe.