Tahniah buat pengantin baru... Aifaa n Sufian Ardi, Salazahrin n Nazihah, Haliza n Mokhzani,Udin ngan pasangan dia.
Siang tadik pegi kenduri kawin Aifaa kat Pasir Mas... memang banyak sungguh kenduri kawen yang lain di sepanjang jalan tu. Boleh kata setiap lorong tu ada bunga manggar.
Heh... memang cuti sekolah = kenduri kawen kan?
Apapun tahniah di ucapkan. Semoga Allah berkati rumahtangga kalian dan dikurniakan anak yang soleh.
Bukan setakat kawin dan hidup bersama saja, dah abis cerita.. banyak tanggungjawab yang menanti di depan. Juga memerlukan pengorbanan, dan beberapa perubahan untuk penyesuaian dan adaptation.
Kepada sang suami, moga dapat membimbing rumahtangga menjadi Baitul muslim. Jangan menambah anak2 yang rosak akhlaknya ke dalam masyarakat yang dah sedia rosak ini, tapi tambah lah pejuang2 agama Islam untuk mendaulatkan Islam di bumi ini. Tak kurang penting, suami kena sediakan duit yang cukup.. walau warak mana pun, walau cinta setinggi mana pun, kalau takde fulus, boleh goyang la masjid yang baru di bina tu. Nak bayar duit kereta lagi, duit sewa rumah lagi, duit air, api, nak bagi mak ayah duit lagi, duit saku adik2 (kalau yang sulung tu), kalau ada rezeki, dapat anak pulak 9 bulan dari sekarang- kena pikir duit susu, lampin, pengasuh/nursery,pastu takkan tak bagi apa2 kat isteri? Walau isteri keja besar sekalipun, gaji lebih tinggi daripada suami pun, adalah menjadi tanggungjawab sang suami beri nafkah kepada si isteri, baru isteri respect pada suami. Itu baru nafkah- tak kira lagi isteri mintak nak beli baju baru, gelang baru... wohoho... jangan ingat aku cinta kamu, kamu cinta aku aje dah boleh bahagia ke anak cucu ye adik2..
Kepada sang Isteri.. lengkapkanlah kekurangan sang suami. Tambahkan ilmu agama, bantu si suami untuk membentuk baitul muslim. Bukan nya peningkan kepala suami nak sediakan rumah baru, perabot baru, kereta baru.. . Jaga hidung, mata dan perut suami. Paling penting jaga hati suami. Bila si isteri dah jadi milik si suami, syurga bukan lagi di bawak tapak kaki ibu, tapi dah berada di bawah tapak kaki suami....
Kalau nak sambung panjang lagik.. baca sendiri lah dalam buku rumahtangga muslim. Kena baca buku jugak ke nak kawen? eh, mestilah..... ingat ilmu datang gitu je ke?