Tuesday, October 5, 2010

Perjalanan Hati Menuju Ilahi..

Alhamdulillah again and again...

Tahun ini, kami bertujuh akan menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah ya Rabb..

Bersama suami , ibu ayah, miriah dan suami, dan juga cik Ja (hubby's aunt).. insyaAllah akan menuju ke Baitullah, RumahMu, pada minggu hadapan..

Terimakasih buat suamiku. Melaluinya Allah telah gerakkan hatiku untuk menunaikan haji di waktu muda.

Sebelum ini, tak pernah terlintas dihati untuk menunaikan haji di usia ini. Bahkan tak pernah terasa haji itu, tuntutannya sama seperti tuntutan solat, puasa dan zakat....sebaik saja mampu, maka segerakanlah!

Andai mampu menabung untuk rumah, untuk kereta, mampu berbelanja sakan di shoppingmall setiap bulan... maka jangan lupa pula untuk menabung untuk pergi haji. RUKUN Islam yang ke 5. Andai ditarik nyawa sebelum menunaikannya, sedangkan anda mampu, maka besarlah dosanya..
sabda Rasulullah saw: " Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang cukup untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan Haji di Baitullah, tetapi dia tidak mahu melakukannya, andai dia mati, maka matinya samada mati sebagai seorang Yahudi ataupun mati sebagai seorang Nasrani" (rasulullah menegaskan perintah ini dengan membacakan firman Allah swt yang bermaksud: 'Menunaikan Haji ke Baitullah adalah satu kewajipan atas mereka yang mampu'..) - Hadis Riwayat Tarmizi
Tuhan, permudahkanlah urusan kami, perkukuhkanlah ilmu2 ku.. lancarkanlah perjalanan haji kami, peliharalah hati2 kami agar dengan ibadah ini, pulangnya nanti, akan kami kembali bak kain putih...
Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasululullahsaw bersabda:" Solat yang didirikan oleh seseorang di rumahnya hanya mendapat satu pahala solat. Solat yang didirikan di masjid tempatan (ditempatnya) mendapat 25 pahala solat. Solat yang didirikan di masjid jami' (tempat orang lebih ramai berjemaah) mendapat 500 pahala solat. Solat yang didirikan di Masjidil Aqsa mendapat 50000 pahala solat. Solat yang didirikan di masjidku (Masjid Nabawi) mendapat 50000 pahala solat dan solat yang didirikan di Masjidil Haram (mekah) mendapat 100000 pahala solat"
Oh, Allah, kurniakanlah kami haji mabrur..
Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda" Sesiapa sahaja yang berhaji dan tidak melakukan perbuatan kotor dan kefasikan, maka ia telah kembali dari haji seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ibunya" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Damia' at 3
























(telekong pertama damia'- ubahsuai tudung ummi)


alhamdulillah..

At 3 years old, she can recognize numbers, counting 1-10 in malay, english and arabic (new lesson)! able to count and write the numbers, and miserably counting 11-40...

learn fast on playing games on computer ( even I don't encourage her..)

learn sifat2 Allah..

learn to recite alfatihah

juga sudah pandai tanya kenapa itu? kenapa ini?....



(telekong kedua damia- telekong raya)

Sunday, July 25, 2010

Damia' at new skool (Back dated lagik)

















(2nd day Damia' at new school)











(lukisan 'orang ' damia' at age 3)













best fren..




Semenjak Damia' masuk 3 tahun, saya plan untuk hantar dia ke taska Islam. Lagipun nampak dia dah semakin cerdik, pandai memerhati tingkah laku orang.

nursery dulu bagus, tapi kurang penerapan Islam.

Jadi, plannya.. tukar damia' ke tempat baru.

Tempat district macam k.krai ni (k.krai kira ok lagi) ..memang susah sket nak cari taska-tadika islamic seperti yang saya mahu - i.e:- cikgu2 yang mempunyai pendedahan terhadap pendidikan awal kanak2 (akidah dan akhlak, juga pendedahan kepada kisah2 nabi seiring dengan pembelajaran akademik) - cikgu2 yang berjaya menjadi rolemodel yang bagus untuk budak2, - cikgu/pengasuh yang selamat (pandai jaga budak, dan jaga keselamatan budak) -kawasan taska/tadika yang selamat, -jadual waktu dan pengisian yang bersesuaian dengan umur kanak2.., dan yang ajar quran.. juga surrounding yang ceria dan lapang, bagus untuk brain development..

Yang kebanyakan tempat yang orang tempatan kata bagus, biasanya tak amik yang umur 3 tahun , dan kelas sampai kul 12 je... susah pulak saya nak keluar pegi ambik anak, lepas tu pegi hantar nursery lain pulak..

Alhamdulillah, setelah survey2 beberapa taska/tadika, jumpa lah satu taska bersekali dgn nursery ni..

2 hari saya cuti untuk teman damia'.. walaupun tak begitu perfect, tapi melihatkan objektif penubuhan taska tu yang islamikk dan begitu menarik hati, saya tawakkal kpd Allah (selepas istikharah).... moga2 pilihan ini yang terbaik untuk pendidikan awal Damia'.

Sekarang dah masuk 4 bulan damia' di sekolah baru. Alhamdulillah.. banyak juga ajaran2 positif. Cuma pengaruh rakan sebaya jugak dah mula timbul... perkataan2 yang tak enak didengar yang dapat dari kawan2...haish..

Tuesday, June 8, 2010

DAmia' dan Telinga yang Gatal.




















Anak saya Damia' sejak umur dua tahun dulu, suka genyeh2, garu telinga. Kadang2 macam nak masukkan satu jari tu ke dalam telinga je gayanya. Perbuatan dia tu merisaukan Tok wannya.
Ummi ayah dia rasa macam tak bahaya..hehe... mungkin allergy rhinitis je.

Sampai satu ketika, ear wax dia berbau sangat busuk. Damia' sendiri pun perasan... setiap kali dia korek2 / garu2 telinga nya, mesti dia bau.... huhuhu.






















Satu malam, sebab geram dengan bau dia tu, saya pun amik la cotton bud, korek punya korek, memang tersangat banyak ear wax tu. Tak sedar, tiba2 keluar darah dari lubang telinga tu. Panik sekejap, nasib baik stopped spontaneously. Mungkin trauma external ear je. Tapi takut juga kalau terluka gegendang telinga...

Esoknya, saya bawak dia jumpa FMS saya untuk buat otoscopy telinga (maklum la, alat tu tak de kat umah..) Rupa2 nya hard ear wax je.

Lepas titikkan olive oil sekerap mungkin, sekarang ni dah tak berapa gatal dah telinga dia.






































Moral of the story: tak payah rajin2 nak korek telinga anak. Ia mungkin menyebabkan kecederaan dalaman. Tahi telinga tu biasanya akan keluar sendiri. Jika tahi telinga tu sedikit keras, cuma titikkan minyak zaitun (olive oil ) sekerap mungkin..

Friday, June 4, 2010

The 30 th of May and 1st of June..

Baru2 ni kami menyambut hari lahir ke 3 tahun Damia' dan our 4th wedding Anniversary... Alhamdulillah. ( takde la celebration ape pun.. beli kek untuk Damia' je.)






















Hepi nye dia dapat kek..! =)





























































Hadiah basikal yang diberi 2-3 minggu awal...hehe. Kire hadiah berday la tu.



















Moga hari2 kami dilimpahi cahaya iman dan tauhid.....moga cinta kami berkekalan hingga ke Syurga, amin.

Tuesday, May 18, 2010

Kaya2 jugak, Akhirat jangan lupa..

>> Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasaannya; sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti??

Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (Syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi;* kemudian pada hari Kiamat dia termasuk orang2 yang diseret (ke dalam Neraka)?
<<

* iaitu orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak dipergunakannyauntuk mencari kebahagiaanhidup di Akhirat. kerana itu dia di Akhirat diseret ke dalam neraka.

(alQasas 60-61)

Sunday, May 16, 2010

Menjadi suami itu perlu Ilmu...

Ilmu agama jangan di pandang mudah!

Sebenarnya, sebelum kawin, sama ada dia tu lelaki (yang nak jadi suami), atau pun perempuan (yang nak jadi isteri) dua2 pun perlukan ilmu. Especially ilmu rumahtangga, ilmu untuk jadi suami/isteri yang baik. Tahu akan hak2 suami yang patut seorang isteri berikan atau hak2 isteri untuk suami berikan (bukan lah hanya tahu hak2 untuk dituntut, tapi untuk memberi...), lagi2 ilmu untuk mendidik anak- bukan lah hanya mengharapkan kelas fardhu ain atau ustazah2 di sekolah untuk mengajar ilmu agama kepada anak2, darah daging sendiri.

Kebanyakan mak bapak sekarang macam gitu la, sebab tu anak2 ramai yang bermasalah sosial. Sakit jiwa dan raga saya bila ramai remaja belasan tahun datang ke klinik untuk bukak kad mengandung. Bila diteliti2, ropa2 nya anak sebelum kawin. Na'uzubillahimin zalik! Mintak dijauhkan Allah dari keturunan kami, adik beradik kami, saudara mara kami Ya Allah.. Selamatkan kami semua dari perkara mungkar, maksiat lebih2 lagi zina. Jadikanlah kami dan katurunan kami dari kalangan yang solat dan beramal soleh, amin!

Setiap kali berhadapan dengan pesakit saya yang merupakan ibu2 mengandung, baby2 baru lahir, saya doa dalam hati, biarlah yang lahir nanti akan membesar jadi anak yang soleh/ah. Mintak di jauhkan daripada bertambahnya manusia2 yang rosak akhlak, dijauhkan dari menjadi penzina, pembunuh..


Ilmu tambahan untuk suami


Nasihat saya untuk adik2 lelaki yang baru nak kawen, untuk menjadi seorang suami yang bagus, perlu lebih ilmu. Bukankah suami ketua keluarga?? Ilmu tambahan yang wajib dia belajar ialah ilmu kesihatan dan fiqh wanita. Senang isteri dia nak tanya... pasal istihadhah ke, pasal haid, pasal darah nifas...etc. Jangan sampai dua2 pun sama2 tak tahu.... sama2 jahil, maka berlaku lah dosa2 yang tak sepatutnya berlaku akibat kejahilan sang suami mahupun sang isteri.. Jangan lah sampai tak tahu darah nifas itu maksimum 60 hari. Dan seumpamanya.

Pendek kata, tuntut lah ilmu agama sampai bila2... lagi kan yang dah tahu pun boleh lupa. Inikan pula yang tak tahu...



Sunday, April 25, 2010

Cerita April

Kembali Bekerja

Alhamdulillah. Fasa berehat panjang dah tamat. Kembali ke alam medic. Otak yang sedikit beku cuba sedaya upaya untuk dicairkan.

Azam baru naik keja: akan berusaha untuk lebih ihsan kepada pesakit2, especially yang dah tua, yang miskin.. azam untuk tak mudah bengang dengan pesakit yang nak mintak mc.. huhu.

Baru 2 bulan x datang keje, macam2 jadik. Jm ngan SN yang due date delivery dia lebih kurang ngan my date dah deliver. Alhamdulillah. Tak perlulah aku tengok perut2 distended mereka yang sedikit sebanyak meluluhkan jiwa ni.

Doktor KKiK dah pindah. So skrg KKIK kosong. My clinic -mate pun dah bertukar. Dulu semua pompuan. Skrg dah jadi 2 pompuan dua lelaki. FMS dah bertukar, dr Raizam m.o teman sekerja pun dah bertukar. haihh.. apalah nasib badan dapat partner baru yang ala2 ahli lelap ni. Stress betul suasana OPd sekarang. Di tambah ngan kes H1N1 dah ada yang positif kat k.krai... bertambah2 la tugas PKd staffs.... dan m.o sorang tu yang asyik nak mengelakje dari buat keje...haihh...


Anak Sedara baru..!..

Adik ipar saya miriah dah selamat bersalin. Baby boy, alhamdulillah. sekarang Mishaal Musa dah ada kawan =)

Takdir Ilahi. Ramai pulak tahun ni pregnent dekat2 ngan due date saya. Tapi Alhamdulillah, bila tengok baby tu tak rasa sedih pun. Cuma terkilan saja.

Moga2 baby ini akan membesar jadi anak yang soleh... macam mak ayah dia, amin.



















Tok Ayah dengan cucu-cucunya.. bersama cucu baru


Pindah Rumah

Setelah setahun di rumah teres yang sedikit sempit tu, akhir nya dapat pindah ke kuarters m.o. Hmm... tak de lah lawa. bangunan lama. Tapi at least boleh save badget, lagi besar dan selesa, dan paling penting dekat. Jalan kaki tak sampai 2 minit pun.. kalau berlari la. hehe

Alhamdulillah. Sekarang tengah bersemangat nak hias rumah, beli curtain baru ( sebelum ni guna curtain2 buruk second hand je).... ntah kenapa semangat pulak nak menghias. Maybe sebab umi offer nak jahitkan kot.

Thank you umi n abah sebab datang ke krai sehari semalaman semata2 nak tolong jahitkan langsir! LOve you sOO much! Bila balik keja, masuk rumah, ada umi n abah... perassan tu happy je... rasa macam zaman sekolah2 je.

Nanti la nak upload gambar umah baru tu... bila dah kemas cantik2 ye.

Ok ni gambar nye..



















Langsir yang umi tersayang jahit. Hebat tak? jahit dalam masa sehari..



















Bilik tetamu ye. Bilik master bed room mana bleh tayang2...

















M
acam lawa je kaler pink tu dalam gambar ni. Hakikatnye...



















Lawa tak dinding pink ngan tikar getah biru? hehe

Malas nak letak karpet lagi, sebab asal balik kampung je, cicak2 akan bersuka ria tinggalkan sisa2 hitam putih...

Tengok tu, kipas tambahan di musim cuaca panas ni.. (agak mencacatkan permandangan jugak..)




Satu lagi Kematian


Selasa lepas sorang lagi insan meninggal. Innalillahi wa innailaihi rahi'un. Jiran lama, jiran rapat. Ayah kepada kenalan.

Ntah kenapa, sejak kebelakangan ni, asyik dengar orang mati kerana kanser je. Arwah ni pun sama. Kanser paru2. Tak pernah merokok, tapi dapat kanser paru2. Symptom2 hanya timbul tak sampai sebulan lepas. Arwah hanya komplen penat, susah nak menelan.

Anak dia yang merupakan kenalan saya ngan adik beradik saya ada call tanya opinion. Jadi sebelum dia masuk hospital tu adala sekali pegi rumah dia. Memang cachexic. Susut sungguh badan dia Penat sebab tak de selera nak makan. Tapi semangat dia kuat, masih nak bercerita. Kami hanya mampu nasihatkan pegi ke hospital je untuk further investigation. nak komen banyak2, diagnosis pun tak tahu lagik.

2-3 hari kemudian setelah anak2 semua balik baru la arwah ni di bawa ke hospital. Kata nya CXR ada pleural effusion... hmm.. agak2 macam lung CA je. Memang sah la. Tahap akhir.

2 minggu dalam wad, arwah makin tak de tenaga, makan pun tak... doktor pun akhirnya bagi balik untuk palliative treatment. Sehari selepas balik, beliau meninggal. Dan kepada Allah kita kembali....moga rohnya dicucuri Rahmat dan bersama golongan orang2 beriman. Amin.

Peringatan demi peringatan..... Ya allah, tetapkan lah aku dalam Iman....Matikan lah aku dalam Iman...

Monday, April 5, 2010

Pulau Redang.. Best!



Alhamdulillah. Selamat sampai rumah Jumaat lepas.

On th 31st March- kul 5.30 pagi my hubby sampai Kb. Kul 5.40, abah hantar kami ke stesen bas, setelah memecut dengan begitu laju (my hubby la yang pecut... tak mungkin my abah.. hehe).

Bas kul 6 pagi, tapi kami sampai 5 min sebelum kul 6. Tak de orang pun, bas pun takde lagi kat stesen bas tu. Sempat la kami solat subuh. lepas tu baru kami dapat tahu yang bas cuma lalu kat Jalan besar, tak masuk dalam pun. Bergegas kami ke jalan besar. Tak de bayang bas pun. Tapi alhamdulillah, 5 minit pas tu ada bas lalu dengan tersangat laju. Nasib baik abah cepat2 tahan... ingatkan bas yang kami nak naik... rupa2 nya bukan. Bas harian je ke KT. Mungkin bas kitorang tu dah terlepas. Nasib baik ada jugak bas ni... alhamdulillah. mungkin berkat buat solat sunat musafir tadi.

Bermulalah perjalanan ke pulau Redang.

Sampai di KT 2 jam setengah kemudian. Laju la jugak bas tu, sebab subuh2, tak de jam sangat jalan.

Kul 9.30, feri sampai kat jeti shahbandar. Naik feri tu, kejap je boleh bukak mata, selebihnya hanya mampu tutup... bukan apa, untuk elakkan dari muntah. Motion sickness. Peningnya Tuhan saja yang tahu.

Kul 11 sampai.. briefing by staff dia pasal program snorkling (pakej yang kitorang amik). masa tu kepala masih pusing. Nasib baik bilik dah siap kemas, dah boleh check in.

Baring2 jap, mandi, lunch... Kul 3 dah naik bot nak gi snorkling.. haha! Sangat bersemangat.. dengan kepala masih pusing2..

99.9% yang gi snorkling tu non muslim. Melayu boleh bilang ngan jari.. tak sampai sebelah tangan pun. Yang pakai tudung saya sorang je. Adehh.. ku gagahi jua demi cita2 ini. Moga2 ini jadi dakwah... pakai tutup aurat betul2 pun tak menghalang untuk beraktiviti.

Tapi duk atas bot tu tak tahu nak pandang mana.... depan belakang tepi... asyik nampak bikini ngan spender je. Akhirnya lepas2 tu kami pilih untuk duduk luar bot. Best pun best, dapat tengok laut, kena angin. Cuma kena panas terik matahari je la..

Hari pertama masuk laut panik! Turun bot di tengah2 lautan dalam... asyik terpikir kalau la tiba2 life jaket ni bocor ke, terlepas ke, tenggelam la aku ke dasar laut sebab saya tak pandai berenang! Tak putus2berdoa supaya tak mati lemas kat situ..huhu. Pening dan sakit kepala terus hilang!

Sejak tu berazam nak ajar Damia' berenang.. hihi. Nabi pun pernah berpesan suruh pandai memanah, berkuda (masa sekarang sama cam drive kereta la) dan berenang kan.. (lupa la hadis penuh)

Hari ke 2 pegi marine park. Ikan2 penuh sampai ke gigi air. Sangat jinak. Perasaan macam duk dalam akuarium. Rasa cam nak tangkap je bawak balik..hehe. Nasib baik dia kata sapa2 yang tangkap ikan kena saman...kalau tak..

Petang nya snorkling lagik. Kali ni dah pandai buat pergerakan ala2 berenang. Perasan la kejap kunun2 pandai berenang. Tapi kalau bukak life jaket tu tak tahu la timbul ke tenggelam..

Snorkling yang last ni baru nampak minah2 arab join. Ada la jugak geng yang menutup aurat. Ada sorang minah arab ni siap snorkling ngan jubah lagi! Pakai swimming suit kat dalam kot. Tapi kagum la.. sangat pelik juga..

Hari ke3, duk bilik je. Menghayati detik2 terakhir di Pulau Redang. Kul 11 dah suh check out. Kul 12.30 baru bot sampai. Kali ni kitorang dah tahu satu taktik untuk hilangkan mabuk- pilih duduk kat luar bot. Kurang sikit mabuknya.. (tapi sebelum tu dah telan siap2 anti emetic la..hehe)


Kesimpulannya.. moh le ke Pulau Redang yuk! sangat best! Tapi mungkin boleh pilih chalet yang ramai melayu sikit... walaupun tak tutup aurat sepenuhnya, tapi tak de la pakai bikini ngan spender je (hopefully)..














































Seperti duk dalam Akuarium.


Happy Birthday hubbY!

Semalam birthday my hubby.. yang ke 32!

Happy birthday sweetheart! Tahun ni tak sempat ronda2 beli hadiah lagik..huhu. Maklumlah, baru lepas pantang... tak sempat pegang stereng lagik.

Tapi harap2 nya percutian di Pulau Redang would be the best gift for you.. and for me too.. hehe (walaupun abang yang bayar..). Nanti lah, kalau ada kesempatan, kite gi beli hadiah ye..

My wish for you.... semoga kebahagiaan rumahtangga ini berkekalan hingga ke hujung usia, moga rahmat Allah sentiasa memayungimu dan moga setiap detik kita akan sentiasa menghampirkan diri kepada Nya.

Terima kasih sayang, kerana sentiasa di sisi dan cuba untuk memahami diri ini.. di saat suka dan duka.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, March 28, 2010

Counting days..


Pulau Redang.. here we cooommmmee!!

Tak sabar nye nak tunggu 2 hari lagi nak pegi pulau Redang ni. Kira2nya 3 in 1 lah ni:
- Honeymoon the first ( tak sempat honeymoon dulu..huhu)
- Celebrate birthday hubby dear..
- ngan enjoy! lama dah ngidam nak gi pulau ni.. nak snorkling tengok ikan nemo..

Tinggal Damia' jap 3 hari kat Umi.. dan untuk hilangkan rasa bersalah n kesian kat dia tu, kitorang dah bawak dia gi pantai Sri tujuh ... walaupun tak de la best sangat, tapi untuk budak berumur 2 tahun yang jarang2 skali jumpa pantai, seronok sungguh dia! Main pasir, main layang2.. (kat Pantai tujuh ni tebing dia curam sangat, so tak bagi la dia mandi..)


Damia' and I already at KB. Abang oncall 4 days direct til the day before departure. So, dari K.krai my hubby kena bertolak sebelum subuh lagik, sebab bas kul 6 pagi. Ya Allah, selamatkanlah perjalanannya dan perjalanan kami pergi dan kembali.... moga2 oncall days abang tak sibuk. Amin.


**I knew my hubby had spend a lot for this (walaupun tengah2 ekonomi gawat ni), thank you sweetheart!

Friday, March 5, 2010

Daripada Nya kita datang kepada NYa kita kembali

Hari ni kena tinggal lagik. Abang masuk OT (op theatre). Ingat dah boleh balik KB, tapi nampaknye kena tunggu la sampai habis OT dulu.. haii..

Air plak takde. Dah masuk 2 hari. Terseksa jiwa raga bila air takde. Tu lah orang kata, yang ada tak di syukuri, bila tak de baru terasa. Alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan.

Ingat tadi next week nak duduk umah Umi la. Boring. Lagipun tak de air. Tapi, pikir2 balik macam tak jadi. Tempat isteri di sisi suami kan.. hmm.. lagi 4 hari baru boleh keluar umah. Mungkin jugak nak kena habiskan pantang ni awal sikit.. heheh. Tak sabar nak gi shopping!

Semalam Umi hantar sms. Pakcik Nik Mat meinggal kat hospital. Innalillahi wa inni ilaihiraji 'un. Sakit kanser hati. Stage 4. Baru diagnose tak sampai sebulan lepas. MashaAllah.. ajal maut tiada siapa yang tahu.

Umur pakcik Nik Mat, suami kpd sepupu umi tu dalam 50 an. Masa aku masuk wad 2 bulan dulu, dia pun sama2 masuk wad jugak. Masuk sebab selalu letih2, tak lalu makan. Tapi tak de jaundice ke apa. Masa abah dan hubby gi melawat, dia boleh borak2 lagik. Bila buat investigation, nampak lesion spot kat hati dia. Ct scan done. Bila aku kuar wad 3 minggu lepas tu, dapat berita yang dia dah confirmed stage 4 liver carcinoma. Astaghfirullahal 'azim. Masa ni dah terlalu penat, orang pun dah tak kenal.

Dalam sebulan lebih.... dah meninggal. Daripada Nya kita datang kepada NYa kita kembali.

Kawan2 aku pun dah ada yang meninggal sebab kanser... kawan2 saya tu maksudnya yang sebaya lah.. umur tak sampai 30 lagi! Bukan kawan2 m.o2 senior atau staff nurse kat hospital yang dah nak pencen tu!

Siapa dapat menyangka bagaimana cara kita dapat ajal? Siapa sangka bila kita umur 50 nanti dapat kanser hati?kanser payudara? kanser usus? mungkin tak sampai umur 50 pun...

Walau apa sebab pun kita meninggal.. Ya Allah, aku bermohon kepada Mu agar Kau ambil nyawaku dalam keadaan beriman..


Thursday, March 4, 2010

Saya cuba berusaha.. kamu juga!

Berusaha untuk bertaqwa dan bertawakkal...





Sama2 berusaha..





Spend quality time together.

Masih belum nampak..


Sallu 'ala Rasulillah..saw









Wednesday, March 3, 2010

AKU BOSAAAANN!!

Since the last lost, I have became more sensitive, less sensible, fluctuate emotion and afraid. Afraid of another lose.. either my husband or Damia'. Is that called Anxiety Disorder? I hope not. or what?

In the early stage I was so depressed i'm afraid I've got Major Depression Disorder, or worse Maternal Blues.. but alhamdulillah, my family help me a lot.... and more thanks to Umi and abah, for taking care of me to the most. With their attention sometimes I forgot, I am already approaching 30.

I assume I'm already come to term. But why do I feel so bored??? So lonely. Aku bosannnnn!!

Kesian my hubby, mesti stress melayan emosi tak stabil aku ni.

Apa nak buat, I need some one to talk with... but I'm always left alone. either physically alone, or emotionally alone.

Cepat la habis pantang ni!!!....bohsan tahap gaban!! I want to go OUT!!! Aku nak SOLAT!!


Astaghfirullahala'zim..... dah berapa lama tak solat dan baca Qur'an, jiwa aku memang dah serabut.

Ya Allah, give me strength.

Monday, March 1, 2010

Fatimah Damia' @ 2y and 9m old


Sejak masuk wad ari tu, Damia telah berjaya di 'toilet-train' kan oleh tok Mi ngan Moktok nye.

Toilet train yang pertama dulu tak berjaya.. sebabnye, time tu dah dekat nak Raya. So, bila raya, pakai balik la pampers sebab tengah kelam kabut ramai sanak saudara tu takut terlupa nak tanya Damia'. Maklumlah, baru2 nak train tu kena la tanya setiap 2-3 jam sekali sama ada dia nak buang air ke tak.

Lagipun masa raya tu balik umah mertua. Takut ter 'bocor' umah mak mertua.. segan la pulak.

Masa toilet train yang pertama dulu, lambat sikit progress nya. Ada jugak banyak kali ter'bocor' kat atas karpet. Buang air besar pun ada (nasib baik jenis yang keras hihi...)

Tapi kali ni cepat pulak pickup nye. Mungkin dia dah cerdik sikit.. dah lancar bercakap dan berkomunikasi. Hanya 2x ter'bocor' atas karpet masa mula2 tu, lepas tu dah tak de dah. Buang air besar pun pndai dalam toilet dah. Mula2 train tu, buang air besar atas lantai je (toilet cangkung), sebab dia takut jatuh dalam lubang tandas..hehe.. tapi dah lama2 tu, baru boleh guna tandas ngan betul.

Mula2 memang kena pakaikan jugak pampers masa keluar jalan2 atau tidur tengah hari. Tapi dalam masa 2 minggu je dah tak perlu lagi. Tidur malam je yang tak berapa harap lagi.

Anak dara sorang ni pun nampaknye dah semakin sensitip... pantang tinggi sikit suara, mesti dah merajuk (sejak dulu lagik, tapi sekarang makin kerap pulak). Mula la tutup muka, meniarap... atau masuk bawah kerusi.. yang kelakar nye, kalau orang tanya 'buat apa bawah kerusi tu?' dengan innocent nye dia jawab..'damia ngaju ni (merajuk ni)' hehehh...

Dan juga dengan pantas nye menyerap dialog2 baru yang orang2 tua cakap (bahaya ni..!Jangan tersalah cakap).. Baru dengar sekali program pidato 'Adik-Adikku' kat TV1, dah boleh nyanyi 'Adik- adikku, insyaAllah Boleh..~' so sweet (nasib baik lagu elok..)

Selalunya saya tegur dia 'Jangan buat macam ni,tak baik' kalau dia buat benda yang salah.. maklumlah, budak2 ni bukan dia tahu yang mana betul, yang mana salah kecuali bila kita dah cakap (itu pun kena cakap berulang2 kali). Tak boleh kita terus je marah2 dia bila dia buat silap.

Kalau dia membentak atau marah2 dengan orang yang lebih tua, saya akan cakap 'jangan marah makcik/pakcik/abang, tak baik..' Alih2, bila kita marah dia, dia pulak yang cakap 'Jangan marah Damia', tak baik..' Adehh..







































Saya berazam nak ajar Damia' baca Quran sebelum darjah satu. Tapi entahlah.. rupa2 nye nak jadi cikgu kepada anak sendiri ni susah. Moga doa dan azam saya termakbul. Kalau dapat jadi hafizah lagi baik..

Alhamdulillah, Damia' sekarang dah kenal warna2 basic, boleh bilang 1-10 dalam BM dan English. Tapi belum kenal nombor lagik.

ABC..hmm.. boleh la, lintang pukang sikit. Alif Ba Ta pulak, pun lintang pukang jugak. Ada ingat, ada tak.. kedua2 nya belum kenal abjad lagik. Cuma ikut2 je apa yang dia dengar dari lagu2.

Budak2 kan suka lagu..so saya selalu pasang you tube- taip je alif ba ta. Atau huruf hijaiyahh. (Tak sangka indonesia sangat pandai buat lagu kartun kanak2 muslim yang menarik. Mana produk Malaysiaa???). Suka jugak saya pasang nasyid kanak2 indonesia untuk Damia'- taipkan cerita dan lagu anak2 Muslim kat youtube.com. Kartun2 nya menarik dan ceritanya tak bosan. Lagu2 tu pulak sesuai dengan kanak2.. CD dia pun saya ada..


** Ya Allah, berikan kami hidayah dan petunjuk dalam mendidik anak2 kami menjadi anak soleh-solehah, penyejuk mata, permata hati**

Saturday, February 27, 2010

GBS

Semalam my hubby kata, blood C+S (culture and sensitivity)result of my late baby Zainab Humaira' dah keluar. GBS positive. Group B Steptococcus (sila klik untuk maklumat lanjut).

I don't know how should I felt. But I'm sure I'm glad to know THAT. At least it's preventable. I hope the next pregnancy will have good outcome.


Sunday, February 14, 2010

For The Rest Of my Life


Thank you sweetheart for this song.. at last you dedicated it to me (tu pun lepas sesi rajuk merajuk..huhu). Love this song very much!

Hope you mean the words....







For The Rest Of my Life- Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I'll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I'll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..





Ada rahsia..

Akhirnya.. dapat jugak keluar rumah..!

Gi pantai!! Yeay!

Walaupun bertolak kul 6pm, sampai kul 6.40pm- sebab banyak kete on the way nak gi pantai (maklumlah, pantai kat bandar KB ni satu je.. nak2 time cuti ni) dan setengah jam lepas tu balik.

Yang main pantai cuma sorang je.. Damia'! hehe

Abaikan sekejap pasal pantang.. hohoho~ ( sorry Umi! Tapi boring macam nak hilang akal dah ni..)






































I'm soo happy..



















Damia' pun very happy...



















Yang ni pun happy gak.. hehe









































































Ayah ajar Damia' ABC ... bagus2, learn anywhere..






































Jangan risau Umi, jagung ngan kacang rebus k.ngoh tak makan nye..hehe



















Nak balik dah..





















Tq my abang sayang..