Monday, April 5, 2010
Pulau Redang.. Best!
Alhamdulillah. Selamat sampai rumah Jumaat lepas.
On th 31st March- kul 5.30 pagi my hubby sampai Kb. Kul 5.40, abah hantar kami ke stesen bas, setelah memecut dengan begitu laju (my hubby la yang pecut... tak mungkin my abah.. hehe).
Bas kul 6 pagi, tapi kami sampai 5 min sebelum kul 6. Tak de orang pun, bas pun takde lagi kat stesen bas tu. Sempat la kami solat subuh. lepas tu baru kami dapat tahu yang bas cuma lalu kat Jalan besar, tak masuk dalam pun. Bergegas kami ke jalan besar. Tak de bayang bas pun. Tapi alhamdulillah, 5 minit pas tu ada bas lalu dengan tersangat laju. Nasib baik abah cepat2 tahan... ingatkan bas yang kami nak naik... rupa2 nya bukan. Bas harian je ke KT. Mungkin bas kitorang tu dah terlepas. Nasib baik ada jugak bas ni... alhamdulillah. mungkin berkat buat solat sunat musafir tadi.
Bermulalah perjalanan ke pulau Redang.
Sampai di KT 2 jam setengah kemudian. Laju la jugak bas tu, sebab subuh2, tak de jam sangat jalan.
Kul 9.30, feri sampai kat jeti shahbandar. Naik feri tu, kejap je boleh bukak mata, selebihnya hanya mampu tutup... bukan apa, untuk elakkan dari muntah. Motion sickness. Peningnya Tuhan saja yang tahu.
Kul 11 sampai.. briefing by staff dia pasal program snorkling (pakej yang kitorang amik). masa tu kepala masih pusing. Nasib baik bilik dah siap kemas, dah boleh check in.
Baring2 jap, mandi, lunch... Kul 3 dah naik bot nak gi snorkling.. haha! Sangat bersemangat.. dengan kepala masih pusing2..
99.9% yang gi snorkling tu non muslim. Melayu boleh bilang ngan jari.. tak sampai sebelah tangan pun. Yang pakai tudung saya sorang je. Adehh.. ku gagahi jua demi cita2 ini. Moga2 ini jadi dakwah... pakai tutup aurat betul2 pun tak menghalang untuk beraktiviti.
Tapi duk atas bot tu tak tahu nak pandang mana.... depan belakang tepi... asyik nampak bikini ngan spender je. Akhirnya lepas2 tu kami pilih untuk duduk luar bot. Best pun best, dapat tengok laut, kena angin. Cuma kena panas terik matahari je la..
Hari pertama masuk laut panik! Turun bot di tengah2 lautan dalam... asyik terpikir kalau la tiba2 life jaket ni bocor ke, terlepas ke, tenggelam la aku ke dasar laut sebab saya tak pandai berenang! Tak putus2berdoa supaya tak mati lemas kat situ..huhu. Pening dan sakit kepala terus hilang!
Sejak tu berazam nak ajar Damia' berenang.. hihi. Nabi pun pernah berpesan suruh pandai memanah, berkuda (masa sekarang sama cam drive kereta la) dan berenang kan.. (lupa la hadis penuh)
Hari ke 2 pegi marine park. Ikan2 penuh sampai ke gigi air. Sangat jinak. Perasaan macam duk dalam akuarium. Rasa cam nak tangkap je bawak balik..hehe. Nasib baik dia kata sapa2 yang tangkap ikan kena saman...kalau tak..
Petang nya snorkling lagik. Kali ni dah pandai buat pergerakan ala2 berenang. Perasan la kejap kunun2 pandai berenang. Tapi kalau bukak life jaket tu tak tahu la timbul ke tenggelam..
Snorkling yang last ni baru nampak minah2 arab join. Ada la jugak geng yang menutup aurat. Ada sorang minah arab ni siap snorkling ngan jubah lagi! Pakai swimming suit kat dalam kot. Tapi kagum la.. sangat pelik juga..
Hari ke3, duk bilik je. Menghayati detik2 terakhir di Pulau Redang. Kul 11 dah suh check out. Kul 12.30 baru bot sampai. Kali ni kitorang dah tahu satu taktik untuk hilangkan mabuk- pilih duduk kat luar bot. Kurang sikit mabuknya.. (tapi sebelum tu dah telan siap2 anti emetic la..hehe)
Kesimpulannya.. moh le ke Pulau Redang yuk! sangat best! Tapi mungkin boleh pilih chalet yang ramai melayu sikit... walaupun tak tutup aurat sepenuhnya, tapi tak de la pakai bikini ngan spender je (hopefully)..
Seperti duk dalam Akuarium.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sapo amek gmba dlm air tu? siap ado ikan2 lg wowwwww
ReplyDelete-acik
http://i7.photobucket.com/albums/y297/unagreata/1a472.jpg
ReplyDelete-ajun