Tuesday, October 5, 2010

Perjalanan Hati Menuju Ilahi..

Alhamdulillah again and again...

Tahun ini, kami bertujuh akan menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah ya Rabb..

Bersama suami , ibu ayah, miriah dan suami, dan juga cik Ja (hubby's aunt).. insyaAllah akan menuju ke Baitullah, RumahMu, pada minggu hadapan..

Terimakasih buat suamiku. Melaluinya Allah telah gerakkan hatiku untuk menunaikan haji di waktu muda.

Sebelum ini, tak pernah terlintas dihati untuk menunaikan haji di usia ini. Bahkan tak pernah terasa haji itu, tuntutannya sama seperti tuntutan solat, puasa dan zakat....sebaik saja mampu, maka segerakanlah!

Andai mampu menabung untuk rumah, untuk kereta, mampu berbelanja sakan di shoppingmall setiap bulan... maka jangan lupa pula untuk menabung untuk pergi haji. RUKUN Islam yang ke 5. Andai ditarik nyawa sebelum menunaikannya, sedangkan anda mampu, maka besarlah dosanya..
sabda Rasulullah saw: " Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang cukup untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan Haji di Baitullah, tetapi dia tidak mahu melakukannya, andai dia mati, maka matinya samada mati sebagai seorang Yahudi ataupun mati sebagai seorang Nasrani" (rasulullah menegaskan perintah ini dengan membacakan firman Allah swt yang bermaksud: 'Menunaikan Haji ke Baitullah adalah satu kewajipan atas mereka yang mampu'..) - Hadis Riwayat Tarmizi
Tuhan, permudahkanlah urusan kami, perkukuhkanlah ilmu2 ku.. lancarkanlah perjalanan haji kami, peliharalah hati2 kami agar dengan ibadah ini, pulangnya nanti, akan kami kembali bak kain putih...
Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasululullahsaw bersabda:" Solat yang didirikan oleh seseorang di rumahnya hanya mendapat satu pahala solat. Solat yang didirikan di masjid tempatan (ditempatnya) mendapat 25 pahala solat. Solat yang didirikan di masjid jami' (tempat orang lebih ramai berjemaah) mendapat 500 pahala solat. Solat yang didirikan di Masjidil Aqsa mendapat 50000 pahala solat. Solat yang didirikan di masjidku (Masjid Nabawi) mendapat 50000 pahala solat dan solat yang didirikan di Masjidil Haram (mekah) mendapat 100000 pahala solat"
Oh, Allah, kurniakanlah kami haji mabrur..
Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda" Sesiapa sahaja yang berhaji dan tidak melakukan perbuatan kotor dan kefasikan, maka ia telah kembali dari haji seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ibunya" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

2 comments:

  1. subhanallah.. bestnye!!!
    selamat menunaikan haji!
    kak el sarankan bacalah buku Travelog Haji, Mengubah Sempadan Iman by Prof Muhd Kamil Ibrahim. PTS publications.
    I love his book.
    The 1st time I read his book, he has a lot of tips how to kucup Hajaratul Aswad, Solat Jemaah di dataran Masjidil Haram, Tawaf Sunat.. dll..
    When he said in his book that Allah touched his heart and made him cry, I would cry in my silence as well..
    Ok Marhamah!
    Selamat pergi dan pulang...
    Kami plan lepas habis master ni insyaAllah...
    Doakan kak el dan Solah berjaya dalam master kami yang banyak lagi kami kena belajar benda baru untuk buat research...Tolong doakan ye???
    t.care dear!!!

    ReplyDelete
  2. salam k.el..

    alhamdulillah, dah selamat kembali ke tanah air..
    blog ni pun saya baru bukak... so, baru terbaca msg k.el..huhu.

    Buku tu saya dah baca lama dah.. memang best! Sememangnya pengalaman seseorang dengan yang lain tak sama..

    Apa pun, memang best sangat perasaan melihat kaabah di depan mata..

    All the best to both of you..! Moga berjaya dalam program masster dapat dapat segera ke Mekah.

    ReplyDelete