Hari ni Muhammad pakai nasal prong balik. Masa datang semalam pun oxygen naik turun ada sampai 71%. Pelik juga, lama jugak dah stabil, tak de desaturate. Mungkin ada aspiration pneumonia lepas bagi bottle-spoon (botol yang hujung dia connect dengan spoon). Botol tu sebenarnya designed untuk weaning baby nak makan liquid food. Tapi paediatrician suh try bagi sebab kan tak boleh breast feeding lagi. Sosamada ryles'tube (tapi tak leh lama2 sangat) atau spoon fed. So try guna, memang tak sesuai untuk Muhammad yang baru nak pandai sucking dengan terhenti2. Jadi, kerja saya masih lagi express breastmilk, belum di upgrade untuk breastfeeding lagi.
Chest X-Ray yang buat semalam tak nampak teruk sangat. So, harap2 ok lah. Lagipun oxygen yang guna pun low flow aje. harap2 datang esok dah boleh cabut nasal prong tu (lagi lama guna oxygen, lagi lambat balik la..)
Berat naik 1.8kg.. lambat sangat progressnya. Masa berat dia cepat naik tu, masa tu saya tengah semangat menyuakan breastfeeding untuk Muhammad. Walaupun tak de la lancar, tapi boleh la dia sucking atau buat2 gaya breastfeeding aje. Saya tertanya2 jugak....lepas baca cerita ni Breastfeeding miracle baby , mungkinkah sebab breastfeeding tu yang help dia gaining weight?
Hari ni dah masuk 105 hari. Hari ni juga adalah due date Muhammad. Sudah terasa terlalu lama. Saya berharap cuti separuh gaji saya tidak habis di NICU sahaja.
Dah berapa lama saya menjadi housewife.. sejak awal pregnancy lagi, dari bulan Januari 2012 lagi, terus aje apply unpaid leave 5 bulan. Sengkek sekejap. Nasib belum habis cuti, Muhammad dah keluar..huhu.. boleh la apply cuti bersalin 2 bulan (aihh, tinggal lagi satu kali untuk aku guna). Then, apply half paid leave sampai November, kira2 dekat setahun jugak jadi housewife, tapi tak cekap2 jugak buat housework nih..haih.. Apa nak buat, kejap gi hospital, jadi drebar damia', belik umah mak, then balik umah sendiri plak....ulang alik memang memakan masa.
Ada hikmahnya saya tak diterima dalam master program. Cita2 yang besar, perlu ikut kemampuan juga. Tak tahu la apa saya nak apply next 3 years (next year tak leh apply sebab tahun ni takde SKT).
Tak pe lah, malas nak pikir lagi. One day at a time.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment