Friday, July 13, 2012

Mimpi itu..

Sewaktu kandungan saya berusia lebih kurang 4 bulan, dan ketika itu saya sedang risau kerana asyik turun darah (pervaginal bleeding), saya ada bermimpi suatu yang indah. Mimpi melahirkan bayi comel dan menyusukannya... comel, sihat dan cukup bulan. Saya tak pernah beritahu sesiapa kerana tak mahu terlalu menaruh harapan.. dan juga tak begitu mempercayai mimpi.

Hari ini, alhamdulillah.... Allah show His mercy and miracle... atau yang tepat, Dia menunjukkan kekuasaanNya. Dia memberi kepada siapa yang Dia mahukan, dan tidak kepada siapa yang Dia mahukan.

Muhammad hari ini berusia 96 hari, bersamaan 3 bulan. Masih di NICU. Tapi saya sangat2 bersyukur kerana dia tidak lagi memerlukan bantuan oxygen untuk bernafas. Off oxygen sudah, hampir 3 minggu. Berat juga sudah naik, walaupun sedikit perlahan... 1.7kg.

Selepas risau mendengar konsultasi paediatrician hari tu berkenaan PDA, VSD dan ASD yang ada pada Muhammad, saya ikut sekali pada hari untuk dibuat ECHO ulangan.  Muhammad nampak terlebih tidur. Asal saya datang aje, dia tengah tidur.. kadang2 membuatkan saya risau. Alhamdulillah, 20 minit sebelum tiba giliran Muhammad untuk diperiksa, Muhammad bukak mata. Nampak aktif bila probe mesin tu diletakkan ke dadanya. Tangan bergerak2 nak pegang probe tu. Terpaksalah staffnurse pengiring pegang, barulah paediatrician cardiologist tu dapat buat kerja dia. 

Keputusan ECHO itu membuatkan saya tersenyum tak berhenti... syukur ya Allah, atas nikmat yang Engkau beri. PDA dah tutup. VSD dan ASD juga mengecil. Paediatrician jangka masih ada Pulmonary hypertension tapi rupanya tiada. Masha Allah.... bila Allah kata jadi, maka jadilah ia. Alhamdulillah. Jadikan kami hambaMu yang selalu bersyukur ya Allah.

Pemeriksaan mata dibuat oleh opthalmology team.  Ada ROP- Retinopathy of prematurity. Kalau serius, silap haribulan, boleh buta. Alhamdulillah, Muhammad cuma ada retinopathy grade 2 dekat zone 3. Risau juga prognosis dia. Tapi menurut opthalmologist.. tak perlu risau sebab grade 2 boleh sembuh seperti sediakala...with time.

Chronic lung disease Muhammad pun nampak lebih stabil. Dah start MDI Budesonide 2 puff BD. Syukur, tak perlu oxygen dependant..Allah Maha Kuasa. Hari2 mendatang nampak lebih cerah dan berkeyakinan. Sejak Muhammad dapat off oxygen, saya try beri breast feeding. Memang agak sukar juga, sebab dah 2 bulan lebih on ryle's tube. Sucking reflex ada, tapi tak kuat. Dia pun nampak tercungap2. Kejap2, lepas, kemudian hisap balik, then lepas. Pada mulanya, saya kira mungkin disebabkan masalah jantung dia.. dan juga paru2. Tapi lepas repeat Echo di buat, saya rasa bukan pula. Menurut pakar, memang kebiasaan baby pramatang sucking macam tu...lega rasanya.

Tapi yang menjadi sedikit tertekan bila Muhammad tak pandai nak latch. Setiap kali nak breastfeed, dia akan struggle, marah, then nangis. Padahal sebelum tu elok2 je, tak nangis. Bila disua jari, pandai pulak dia hisap. Macam ada masalah..tapi tak tahu apa, dan macam mana nak buat. Nak tanya pakar pun, tak terserempak dengan dia waktu saya datang tu.

Seminggu yang lepas, Muhammad dah boleh pindah wad. Ke wad yang menempatkan baby2 stabil. Tapi masih namanya NICU..huhu. Tapi saya berasa sangat seronok! Itu maksudnya pakar dah betul2 iktiraf anak saya stabil...seronoknya! Dr Noraida memang nampak sangat caring dan full of empathy.Hari tu saya ada tanya bila Muhammad boleh transfer ke wad SCN, tempat baby2 stabil yang mana mak boleh room-in sekali. Tapi katanya tak boleh lagi sebab Muhammad, kalau dia nangis tak berenti, oxygen akan drop, dan tacyhpnoic-tercungap2. Sebab tu saya berasa sangat seronok bila dia benarkan Muhammad transfer. Tapi belum ke SCN lagi. Cuma ke NICU2 je... budak2 dalam tu lebih stabil. Suasana dia pun tenang sikit. Tak macam NICU1.. bunyi alarm tot tet tot tet...menandakan oxygen drop la, BP drop la, baby tak bernafas la. Setiap kali dengar alarm tu, walau pun kat katil baby lain, saya akan terus tengok Muhammad punya, untuk pastikan betul2 oxygen dia tak drop. Memang sangat stressful, dan meninggalkan kesan trauma pada ibu ayah yang datang melawat. Sememangnya ibu2 yang saya jumpa di NICU1, sangat hebat dan tabah. Ada yang dah 9 bulan anak nya disitu. Juga bayi pramatang. Ada juga yang mana tempat tinggal mereka jauh, tidur di bilik peneman, dan datang 2 jam sekali untuk menyusukan anak. Seribu satu cerita derita. Seribu satu cerita pengorbanan. Dan secebis kebahagiaan.

Lima hari lepas, Dr Noraida datang round, sambil borak2, saya tanya apasal Muhammad ni macam tak boleh nak latch. Pastu dia kata maybe dia tak reti, mungkin boleh beli alat untuk stimulate dia, tak perlu dia marah sebab tak pandai suck. Belek punya belek Muhammad, terkebetulan Muhammad tengah nganga, barulah ternampak punca tak leh nak latch tu. Rupa2nya ada cleft palate, posterior.  Dr Noraida nasihatkan supaya jangan breastfeeding lagi, sebab takut nanti dia syik struggling, last2 dia tak mahu langsung. Sedikit kecewa, sebab saya memang tengah semangat nak introduce breastfeeding untuk Muhammad. Kena tunggu repair dulu, agak2 dalam usia 9 bulan... 9BULAN!! Ya Allah, kuatkan lah semangat ku untuk terus EBM..cukupkanlah susu untuk Muhammad sehingga sekurang2nya 2 tahun. Pandaikanlah dia untuk breastfeeding bila tiba waktunya.

Sekarang, Muhammad hanya guna Ryle's tube. Sayu jugak hati tengok dia tercari2 susu time dia lapar. Sabarlah Muhammad... Tabahkan diri ni juga Ya Allah..

2 comments:

  1. assalamualaikum..

    inshaAllah saya doakan Muhammad cepat sembuh dan keluarga dr juga tabah menghadapi dugaan ini..jgn putus harapan, Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,

    Anak sy pun mempunyai masalah ..cleft palate,tp lahir cukup bulan..umur dia 20 hari masuk nicu..rupanya anak sy menghidapi piere robin syndrome..arini umur dia 2 bulan..Alhamdulillah skrg kitaorg dh jaga kt rumah,tp masih guna ryle's tube kitaorg bg puting skali atas nasihat doc masa baby menyusu..supaya dia tau mcmana nk sucking

    ReplyDelete