Sunday, May 6, 2012

THE AMAZING OF BREAST MILK


Hari ke2 kelahiran, aku room in di husm. Nasib baik ada my hubby yang proaktif.. bookingkan bilik di husm. 3 hari saja di sana. 4x sehari pegi tengok baby. Kesian Damia' terabai sekejap. My hubby pun nomad sana sini.. tak cukup rehat juga. Thank you dear, for being there for me.

Niat di hati untuk beri full breast feeding. Kalau ikutkan, memang tak de langsung breastmilk yang keluar. Selama 3 hari di bilik ibu tu, memang keje aku, kalau tak gi tengok baby, aku akan EBM.. manual aje. Hari first tak buat EBM lagi

Hari ke2 kelahiran hanya dapat 1ml. Aku buat 4-7jam sekali aje. Rasa frustrated jugak. Makan kurma yang dibeli time aku pregnant ari tu.. makan dan makan. Minum susu. Tengah hari tu dah start feeding baby. My hubby kata tak pe, sebab biasa start dengan 1ml je tiap kali.

Malam aku tak dapat tidur. Mungkin sebab panas... jiran sebelah katil pulak tak mahu bukak kipas atau aircond sebab takut anak dia sejuk. Dah la sekarang musim panas...berpeluh2.  Aku pun paham,  orang lain ada baby kat sebelah..mostly sebab jaundice, maka baby tak berbaju. Aku sorang je anak kat NICU. Mungkin juga tak dapat tidur sebab teringat kat baby... macam tak percaya! I have my baby..! Yang disangka takkan survive...

Hari ketiga, sebab tak dapat tidur, jadi pukul 5 lagi bangun mandi2 dan EBM. Bertambah 2ml each session. Alhamdulillah. Paediatrician kata penting bagi susu ibu awal, untuk stimulate peristalsis (pergerakan usus) dan lekatkan lapisan lipid pada dinding usus dan paru2. Sangat suka husm sebab sangat breast feeding friendly. Dalam bilik room in, ada peti sejuk deep freezer untuk simpan susu. Baby pun ada sebelah katil, boleh breastfeeding bila2 masa. Dekat NICU pulak, sambil2 tengok anak, boleh guna breast pump medela yang  berat tu (tak tahu la apa nama jenis  tu).

Malam nya, aku dapat panggilan dari NICU...yang tepatnya, dari my collegue yang amik master paeds dan oncall pada malam tu. Macam nak tercabut jantung bila dapat panggilan tu. Aku memang fobia dapat panggilan dari NICU, sebab akan terbayang balik masa Aisyah Humaira' dan Zainab Humaira' dulu...bila dapat panggilan, maksudnya, bad news. Baby in critical state. Masa Aisyah hari tu, lagi la... lepas dapat panggilan, dan aku tiba di hospital, baby dah nazak, dan passed away tak berapa lama lepas tu. Sebab tu, sangat2 takut dapat panggilan NICu. Nak masuk tengok kat NICU pun sama... aku akan intai dulu, kalau2 ramai doktor atau nurse berkumpul kat katil dia. Itu maksudnya baby in critical state..dan aku amat fobia. Alhamdulillah, setiap kali aku intai, tak de yang berkerumun di incubator Muhammad.

Ah.. malam tu dapat panggilan. My friend kata, anak aku jaundice (kuning) level SB tinggi sangat, mendekati level exchange transfusion (tukar darah). Nak mintak signature aku. Macam2 dalam kepala aku pikir..Ya Allah selamatkan anak aku. Doa tak putus2... kepada umi dan abah juga, aku hantar sms untuk doa dan solat hajat. Alhamdulillah, pukul 1 pagi, repeat SB dia nampak decreasing trend... syukur ya Allah.

Breastmilk yang aku beri tu juga sangat2 membantu Muhammad untuk kurangkan jaundice dia. Alhamdulillah, hari ke hari, production bertambah.. Tapi selepas berapa lama...rasa malas dan demotivated...rasa penat, sakit belakang. production pun makin kurang. Atas nasihat mereka2 yang expert in breastfeeding, kena buat EBM 2 jam sekali sebab baby tak dapat directfeeding ( sama banyak dengan feeding kat NICU, 2 hourly)... jadi after 1 week, lepas survey2 online breastpump, I bought medela fs.. and it really helpful, walaupun mahal sket...



Syukur, Muhammad tolerate breastfeeding well. Lepas 1 week, berat naik from 780g to 930 g. Then after another week turun 900g, but after 3rd week pickup again 990g. Alhamdulillah now, he is 1 month old and weighed 1.1kg

No comments:

Post a Comment