Friday, August 5, 2011

Penatnya menjadi seorang Ibu..

Baru ada sorang anak, dah terasa penat huhu..

Few weeks ago, kami ada pergi ke sebuah pesta buku di Shah Alam. Sedang shopping buku2 bagus untuk bacaan Damia, entah macam mana, terperangkap dengan taktik ejen Grolier, terpaksa la dengar salesman dia membebel lebih kurang 20 minit.

Mula2 macam tak nak beli, tapi setelah di ayat oleh salesman tu, terbeli jugak la...huhuhu.. Tapi tak menyesal pun. Buku2 tu memang bagus, siap dengan CD lagi. Cuma agak mahal sikit.. tak pelah, pelaburan kan?

Biasala, salesman, tanya soalan2 cepumas. Tapi saya memang terkesan dengan soalan dia:"How many hours a day you spend time with your child?" Setelah di kira2, sehari saya spend time dengan damia' cuma 5 jam (maksimum).

Balik keje, memasak, basuh kain etc aka kerja2 rumah. Mungkin hanya tinggal 2-3 jam yang betul2 spend with her. Kesian nye damia'... itu baru sorang anak. Nak kena spend time dengan ayah Damia' lagi..hehe. Setakat ni saya sedang berusaha mengkonsistenkan diri ajar Iqra' setiap hari. Oh, alangkah susah rupa2nya untuk persistent dan consistent ajar anak. Saya amat kagum dengan ibu2 yang mendidik sendiri anak dirumah sehingga menjadi hafiz.. (boleh klik di didikquran.com )

Ahh... amat kagum dengan ibu mertuaku yang mempunyai 10 anak.. dan kagum juga dengan ummiku yang mendidik ku sewaktu kecil ( ummi pernah cerita macam mana dulu dia guna flash card setiap hari untuk ajar saya membaca, hinggakan saya boleh bersekolah pada umur 6 tahun.)

Oh.. back to the story. Jadi, sekarang saya sedang buat timetable untuk ajar Damia' setiap hari menggunakan buku2 Grolier tu lah. Dah mahal tu, kena la guna seoptimum mungkin kan? Ya Allah, bantulah aku untuk konsisten. Perancangannya start selepas raya. Sebab bulan Ramadhan ni busy dengan program ihya' Ramadhan ..

Oh ya... Selamat Berpuasa dan beribadat untuk seluruh ummat Islam! moga2 bertambah ketaqwaan kita.

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan pada tahun in bagi aku dan keluargaku lebih baik daripada yang sebelumnya, amin...!!

6 Ramadhan 1432




**Teringat suasana di Mekah tatkala berterawikh di Stadium semalam anjuran kerajaan negeri. Saya berasa rindu... ( belum berkesempatan nak key in cerita di Mekah. Dah nak dekat setahun dah ni)

No comments:

Post a Comment