Friday, August 26, 2011

10 Ramadhan terakhir yang Di nanti2

Bulan yang di nanti..bulan Ramadhan. Hari yang ditunggu2, lailatul Qadar.

Malangnya, semakin ke akhir Ramadhan, makin galak pulak persiapan Raya, lagu2 Raya, mercun pun makin banyak kedengaran... bagaimana dengan pencarian Lailatul Qadar kita?

Membaca kisah Imam Shafi'i dalam majalah Solusi bulan ni membuat saya rasa kagum dan cuba untuk mengikuti jejak beliau.... (walaupun tak tercapai, tapi at least semangat dan usaha ada kan?)

Rabi' bin Sulaiman bercerita:" AlSyafi'i (wafat 204H) mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali, sedagkan pada bulan lainnya 30 kali."

Begitu juga dengan ulama2 lain... Salam bin Abi Mu'ti berkata" Biasanya Qatadah (ulama' tabi'in di Basrah- wafat 118H) mengkhatamkan alQuran setiap 7 hari sekali. Apabila Ramadhan tiba, beliau mengkhatamkannya setiap 3 hari sekali dan pada 10 hari terakhir, beliau menghkhatamkannya setiap hari sekali." hebat kan?

Ulama2 dahulu mengutamakan ibadat membaca Quran dan Qiyamullail sewaktu Ramadhan.

Al Hafiz Ibn Rajab al Hanbali berkata dalam kitab lata'if al Ma'arif " Seorang mukmin menghadapi 2 jihad pada bulan ramadhan - Jihad puasa pada siang hari dan jihad Qiam (solat dan membaca Quran ) pada malam nya. Sesiapa yang melakukan kedua2 nya dengan baik, ia akan menerima ganjarannya tanpa hisab"

Ada lagi, kisah seorang ulama salaf dari Iraq, Sufyan ibn sai'd al Thawri yang alim dalam bidang hadith, fiqah dan juga zuhud. Majlis ilmu nya dihadiri oleh ribuan manusia. Tetapi apabila datangnya Ramadhan, beliau meninggalkan semua aktiviti ilmiah dan dakwahnya. Murid beliau bernama Abdul Razzaq al San'ani berkata: " Setiap kali tiba bulan Ramadhan, al Thawri meninggalkan semua ibadah hanya untuk membaca Quran"

Maka, bagaimana dengan KITA di akhir Ramadhan ini? adakah sedang sibuk menguli kuih raya, membelek baju raya sampaikan terlupa untuk membaca Quran??

Kalau tak 10 x khatam, sekali pun cukuplah... ayuh! Tawaran hebat berbaki 3 hari lagi tinggal...
Sementara stok masih ada!!!

(Jangan mengharap pada tahun depan... sedangkan kita pun tak pasti masih hidup lagi kah kita pada waktu itu.)


Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah SAW:" Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni" (HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Salam Lailatul Qadr.
26 Ramadhan 1432



pS.... Tinggal 1 juzu' lagi, tapi dah angkat 'bendera merah'... sob sob sangat sedih. Harap2 malam Lailatul Qadar kena pada malam2 yang lepas huhuhu...

Tuesday, August 16, 2011

transfer

Alhamdulillah. Dah dapat transfer.... back to the hospital! Oh Allah, am i doing the right thing??

Eye Vs ENT VS FMS????

Still undecided......

Ya Allah, bantulah aku membuat pilihan yang tepat untuk agama ku dan duniaku..


Dolu2 time med student, sangat berkobar2 untuk menjadi Ong specialist, berazam untuk memperbanyakkan doktor muslimah.. tapi, bila dah dapat anak, dah ada family ni, i tend to choose yang lebih flexible, dan tak de onkol. (ampuni aku ya Allah. Aku hamba yang lemah..). Boleh spend time more with family, observe my kids growing, prepare meals, buat aktiviti yang saya suka, bercuti bila2 yang saya nak....and the list goes on.

Fms?? entahla, for me, saya lebih suka specialized in something yang memang kita tahu betul in and out. Kalau macam fms ni, macam limited skill aje. Lagi satu, saya memang tak reti nak jadi bos..huhuhu...tak reti la nak handle human. Dan banyak pulak Quality2 yang nak dicapai .. yang perlukan kerjasama semua staff (yang sangat sukar nak dapat). Rasa berdosa pulak kalau stay, tapi malas nak peduli semua QA tu. (saya memang tak berminat terhadap statistik2 ni!!) Tapi, keje dia memang best, sharp at 5, dah boleh balik. Weekend boleh balik kampung. Bulan puasa, boleh solat terawikh penuh, Cuti raya, tak yah pening2 kepala berebut nak amik cuti.. hurrmm.. (sayang pulak nak tinggal)

Starting bulan september ni khabar2 nya semua h.o di semua hospital dapat keje shift. Anehnya ada juga yang tak suka... Betullah ada pro dan cons. Tapi kan masa kita h.o dolu2 kan rasa cam nak mati keje. Selalu wish keje shift macam nurses, atau pun pengarah bagi off after onkol, so boleh rehat, tido. Tak de la lepas onkol kena round ward, ambik darah, clerk patient dengan kepala yang berat dan terhuyung hayang.

Kalau yang tak suka tu sebab tak dapat learn to the maximum, okey la jugak. Tapi, kelakar la pulak bila yang tak suka tu sebab tak dapat duit onkol...hahahah...is it a joke? baik le habis shift tu pergi buat lokum, dapat jugak at least 30-40 per hour, daripada onkol yang di bayar hanya Rm 1.00 per hour (RM 100 per night) tapi penatnya berganda2.

Dah melencong jalan lain pulak.

Anyhow, start lepas raya ni, insyaAllah, saya akan bertukar... good bye kuala kraii..! hehe.. my hubby still tak tukar lagi, so i'll came back here and there...

Dan lepas raya ni baru dapat pilih masuk dept mana ikut kekosongan... arrghh... give me as sign ya Allah..




Friday, August 5, 2011

Penatnya menjadi seorang Ibu..

Baru ada sorang anak, dah terasa penat huhu..

Few weeks ago, kami ada pergi ke sebuah pesta buku di Shah Alam. Sedang shopping buku2 bagus untuk bacaan Damia, entah macam mana, terperangkap dengan taktik ejen Grolier, terpaksa la dengar salesman dia membebel lebih kurang 20 minit.

Mula2 macam tak nak beli, tapi setelah di ayat oleh salesman tu, terbeli jugak la...huhuhu.. Tapi tak menyesal pun. Buku2 tu memang bagus, siap dengan CD lagi. Cuma agak mahal sikit.. tak pelah, pelaburan kan?

Biasala, salesman, tanya soalan2 cepumas. Tapi saya memang terkesan dengan soalan dia:"How many hours a day you spend time with your child?" Setelah di kira2, sehari saya spend time dengan damia' cuma 5 jam (maksimum).

Balik keje, memasak, basuh kain etc aka kerja2 rumah. Mungkin hanya tinggal 2-3 jam yang betul2 spend with her. Kesian nye damia'... itu baru sorang anak. Nak kena spend time dengan ayah Damia' lagi..hehe. Setakat ni saya sedang berusaha mengkonsistenkan diri ajar Iqra' setiap hari. Oh, alangkah susah rupa2nya untuk persistent dan consistent ajar anak. Saya amat kagum dengan ibu2 yang mendidik sendiri anak dirumah sehingga menjadi hafiz.. (boleh klik di didikquran.com )

Ahh... amat kagum dengan ibu mertuaku yang mempunyai 10 anak.. dan kagum juga dengan ummiku yang mendidik ku sewaktu kecil ( ummi pernah cerita macam mana dulu dia guna flash card setiap hari untuk ajar saya membaca, hinggakan saya boleh bersekolah pada umur 6 tahun.)

Oh.. back to the story. Jadi, sekarang saya sedang buat timetable untuk ajar Damia' setiap hari menggunakan buku2 Grolier tu lah. Dah mahal tu, kena la guna seoptimum mungkin kan? Ya Allah, bantulah aku untuk konsisten. Perancangannya start selepas raya. Sebab bulan Ramadhan ni busy dengan program ihya' Ramadhan ..

Oh ya... Selamat Berpuasa dan beribadat untuk seluruh ummat Islam! moga2 bertambah ketaqwaan kita.

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan pada tahun in bagi aku dan keluargaku lebih baik daripada yang sebelumnya, amin...!!

6 Ramadhan 1432




**Teringat suasana di Mekah tatkala berterawikh di Stadium semalam anjuran kerajaan negeri. Saya berasa rindu... ( belum berkesempatan nak key in cerita di Mekah. Dah nak dekat setahun dah ni)