Sunday, March 6, 2011

Pemergian Nik..

Entry ni, dah lama nak masukkan, cuma tak berkesempatan.. asyik berebut laptop dengan damia' je.

Lebih kurang 2 minggu selepas kami semua kembali dari tanah suci Mekah, Nik (panggilan untuk nenda suami) jatuh sakit. Masa tu dalam pukul 11 malam. Suami dapat panggilan telefon. Katanya NIk tak sedarkan diri. Disebabkan suami saya oncall pada malam itu, kami menunggu hingga selepas subuh untuk balik kampung. Keesokannya kami berdua amik EL (emergency leave).

NIk kelihatan lemah, tak boleh duduk apatah lagi berjalan, tapi masih mengenali orang. Percakapannya sedikit 'slurred'. Badannya lebih lemah sebelah kiri, berbanding kanan. Besar kemungkinan stoke (CVA). Ahli keluarga belah mertua sepakat untuk merawat Nik di rumah. Suami saya berusaha untuk ambil bekalan IV drip dari KK berdekatan. Sewaktu ini gag reflex tiada, bermaksud, untuk menelan makanan adalah mustahil tanpa risiko makan tersebut masuk ke paru2. Jadi, nasi bubur, air dan makan 2 lembut di beri sedikit s edikit.

Nik berumur lebih kurang 90 an, menghidap cataract serius. Kedua belah matanya fully blind setahun dua kebelakangan ini. Dia hanya mengenali orang yang datang menziarah dengan hanya mendengar suara mereka. Walaupun kena stroke, tetapi ingatan nya cukup kuat. Dia masih boleh mambacah Yasin, surah alkahfi 10 ayat pertama dan terakhir dan beberapa surah lagi yang di hafal dengan lancar. Itu yang mengagumkan, dan membuatkan saya berusaha untuk mengulang2 kembali hafalan2 saya yang terdahulu supaya saya tak lupa (selepas kawin dan dah ada anak ni, sangat susah untuk mencari masa bagi mengulang bacaan2 lama apatah lagi nak hafal surah2 baru), manalah tahu... kalau2 panjang umur, tapi penglihatan ditarik (nauzubillah), maka saya boleh baca surah2 yang saya dah hafal tu.

2 minggu kemudian, keadaan bertambah teruk. Nik tak dapat bercakap, dan tak dapat memberi respon terhadap soalan2. Kami berulang alik dari k.krai ke Kb hampir setiap hari, kecuali pada hari suami saya onkol.


Tak lama selepas itu, Nik pergi buat selama2nya. Dan kepada Allah kita kembali.. benarlah janji2 Allah itu. Moga Allah cucuri rahmat kepada nya dan menempatkannya bersama orang2 yang beriman. Amin

Dalam keluarga saya, dah lama tak ada kematian selepas pemergian datuk saya 20 tahun lepas. Pemergian Nik membuatkan saya belajar dan berfikir..

Nik mempunyai ramai anak, berjawatan dan kebanyakannya kaya. Cucu cicitnya pun tak terbilang. Mertua saya merupakan anak nya yang bongsu. Jadi, bayangkan lah betapa ramai sepupu belah suami saya.

Selama NIk sakit, kebanyakan masa, keluarga suami, ibu bapa dan adik beradik nya yang menjaga. Tidur di rumah Nik, uruskan kencing berak, mandi dan menyuapkan makanan serta tukar IV drip (sewaktu kami di k.krai- adik2 suami yang tukarkan). Saya pun turut serta sekali. Dapatlah saya belajar sedikit sebanyak cara2 menjaga waris yang terkena stroke dan yang nazak. (Harap maklum, merawat dan menjaga adalah dua perkara yang totally tak sama langsung.) Dan menjaga itu memerlukan kesabaran, memenatkan dan perlukan bantuan dari waris2 yang lain.

Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan kamu semua, adalah amat tak patut jika ayah/ ibu kita sakit, kita hanya mengharapkan adik beradik kita yang sorang tu je yang tunggu dia dalam wad (misalnya) atau mengurus makan minum nya. Sementara kita hanya memberi alasan sibuk dengan kerja. Harap maklum, menjaga waris yang sakit memang memenatkan, fizikal dan emosional.

Seperkara lagi, saya teringat satu hadith nabi:
Sabda Rasulullah w.a.w: "Jika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah pahala amal soleh darinya, kecuali 3 perkara: Sedekah jariah (yang disedekahkan ketika masih hidup), atau ilmu yang diambil manfaatnya oleh orang lain, atau anaknya yang soleh yang mendoakannya" (HR Muslim)
Benarlah, hanya anak yang soleh saja yang bersungguh mewudhu'kan kita, menjaga solat kita diwaktu kita hanya mampu mengerdipkan mata. Hanya anak yang soleh sahaja yang dapat membacakan kita ayat2 Quran dan mengingatkan kita kepada Allah agar tidak lalai, sewaktu kita tak mampu walau hanya untuk menggerakkan lidah.

Jadilah kita anak yang soleh, dan usahakanlah sedaya upaya untuk menjadikan anak2 kita anak yang soleh.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami anak2 yang ramai dan yang soleh, yang menjaga solat nya, dan menjauhi perkara mungkar dan maksiat.

Mudah2an, bila saya sakit nanti, anak2 saya akan bantu saya untukberwudhu' dan berusaha agar saya tidak meninggalkan solat. Mudah2anjuga anak saya nanti akan bacakan ayat2 suci alquran di telinga ini, akan bisikkan kalimah syahadah di telinga ini.

Sebagaimana yang kita tahu, waktu nak menghembuskan nafas yang terakhir, syaitan2 berebut2 untuk menyesatkan kita. Dan saya berdoa agar tidak tewas dengan bisikan syaitan di saat ambang maut nanti. amin.

1 comment:

  1. asalamualaikum buat hajjah dr raja marhamah..
    nice blog. lama tak walking blog ni. buka2 dah update rupanya. semoga berjaya

    ReplyDelete