Friday, March 25, 2011

BPA dalam botol bayi

Baru2 ni heboh seketika perihal BPA (Bisphenol A) yang terkandung dalam botol bayi, yang boleh memudaratkan kesihatan.

Berikut serba sedikit maklumat untuk makluman semua:

Apa itu Bisphenol A?

Bisphenol A ialah sejenis bahan kimia yang membentuk plastik polycarbonate iaitu plastik keras yang di gunakan dalam produk2 seperti botol bayi, bekas2 air, bekas2 makanan, permainan, lapisan plastik di dalam tin makanan, dalam sesetengah penampal gigi dan bahan2 bukan alatan makanan.

Kekurangan ikatan kimia BPA ini ialah ianya tidal stabil. Setelah produk diguna beberapa lama, ikatan kimia ini akan terlerai, maka BPA akan larut ke bahan sekitarnya- yang menjadi tumpuan di sini, apabila ianya larut ke dalam makanan atau minuman, malah ke dalam susu bayi.

Apabila bekas plastik polycarbonate didedahkan dengan air panas, BPA akan larut keluar 55 kali lebih cepat daripada keadaan normal.


Apakah bahayanya BPA?

Antaranya (melalui eksperimen yang dijalankan keatas binatang):
1. Risiko untuk mendapat kanser payudara terutama kpd perempuan yang terdedah kepada BPA sejak kanak2.

2. Bahaya kepada bayi yang dikandung apabila ibu2 mengandung terdedah kepada BPA memandangkan pada ketika ini perkembangan otak dan anggota badan masih dalam proses pembentukan. Menyebabkan keguguran, kanser, dan kecacatan termasuk Down Syndrom

3. Membantut perkembangan testis dan mengurangkan bilangan sperma (apabila didedahkan kepada BPA sejak daripada awal usia)

4. Menggalakkan Obesiti- melalui pembentukan sel2 lemak,

5. Menyebabkan Diabetes- melalui proses insulin resistan

6. penyakit jantung dan mengurangkan sensitiviti kepada kemoterapi bagi pesakit kanser

7. Kesan sampingan sementara- ketidakselesaan pada kulit dan mata.


Bagaimana untuk mengesan BPA dalam botol bayi/ bekas makanan@minuman?

Botol plastik yang mengandungi BPA polycarbonate akan ditandai dengan kod recycle nombor 7
(sila cari di tapak botol. Kebanyakannya botol plastik adalah dari polycarbonate BPA)


Bagaimana untuk elakkan BPA?

1. Silalah gunakan bekas makanan/minuman besi tahan karat.

2. Kalau nak jugak guna plastik, sila cari label 'BPA-free' atau cari label kod recycle bernombor 1 atau 2 atau 4 untuk polyethylene (#1,#2,#4 recycling symbols), atau kod recycle nombor 5 untuk polypropylene (#5 recycling symbol).

3. Elakkan makanan dalam tin.


Sumber asal: Scientific American, The Dangers of BPA, Chemical Encyclopedia- BPA


No comments:

Post a Comment