Sunday, July 12, 2009

Brownies lapis cheese

Hari ni buat kek sempena acik ada kat umah. Resepi daripada myresipi.com. Lama dah tak buat, sebab diet hehe.
  • **ADUNAN COKLAT**-
  • 1 cawan tepung- ayak
  • 1 cawan gula halus-
  • 1 tsp baking powder-ayak
  • 1 tsp soda bikarbonat- ayak
  • 8 oz coklat masakan
  • 8 tbsp / 4 oz butter
  • 2 tbsp corn syrup (sy gune golden syrup.lgsg tanak gune pun xper)
  • 4 tsp vanilla
  • 1/2 cawan susu segar (panaskan skejap)
  • 4 biji telur grade A
**inti cream cheese**
  • 250g cream cheese
  • 60g gula castor
  • 1 biji telur gred A
  • 25ml air

Cara-cara

  1. campurkan semua bahanuntuk adunan coklat dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
  2. **untuk inti**
  3. campur semua bahan bagi inti,kecuali telur.pukul sampai kembang
  4. kemudian,masukkan telur..pukul lagi.(skejap aje..bg rata jek
  5. ##cara lapis##:
  6. masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
  7. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
  8. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..
  9. edit: balut tutup kukus ngan kain/tutup loyang ngan aluminium foil, pastu kukus dgn api besar.
Tadaa..!

Rasa dia... hmm... boleh tahan. Haha.. saya ni memang takde bakat buat kek la.
Tapi saya suka buat guna resepi kukus ni, tak bantat!

1 comment:

  1. haha..tuh la..nana kagum, akhirnye k.ngoh bjaya bt kek x bantat..mwah!!! nnt nana balik, bt lg k..

    ReplyDelete