Saturday, June 20, 2009

Once Upon a Time I was a Housemen episode 2

Hmm... rasa macam nak bercerita lagi pulak.

Masa saya houseman dulu, posting pertama dapat Paediatric. First day masuk blurr... tak tahu nak buat apa. Tak de sorang pun yang explain apa yang patut saya buat. Masa lapor diri tu dah pukul 10 kalau tak silap (sebab awal sebelum tu lapor diri kat JKN, pastu datang hospital, lapor diri kat Pengarah pulak). Semua tengah buat kerja. Tgh amik blood, siap kan kerja2 wad. Briefing oleh ketua m.o sikit2. Tapi sebab first day and first time jadi doktor, tak tahu la yang mana patut kena ingat, yang mana yang penting.

HAri kedua datang awal sikit, round wad dengan m.o dan specialist. Senyap je. Dengar kat tepi. Pastu specialist kata,.. "Haa awak, meh tulis. Belajar tulis." ( Not that I didn't know how to write, but to know how a houseman suppose to write..). Emm.. you know? that kinda writing when you follow round during your student. Masa time saya jadi student dulu selalu terpikir.. "H.o ni macamana tulis semua yang specialist tu cakap ek? Dah la laju, pastu cakap slow macam ala2 borak gitu.." Haa... itu la yang nak kena belajar tu, skill of doctor's writing. Bukan tulis semua patah perkataan tu, tapi yang relevan sahaja. Lagi, kalau tak dapat tangkap butir2 bicara tu, jangan segan2 tanya balik, jangan buat2 pandai tulis ayat lain atau tinggal kosong terus... sebab apa yang ditulis itu ialah management specialist tu. Yang mana semua orang akan baca... m.o, staff nurse, specialist lain. Jadi, jangan cetuskan sebarang kekeliruan. Jangan jadi bodoh sombong... tak tahu, tapi buat2 tahu.

Masa baru2 masuk posting (each posting) akan ada hari tagging... maksudnya belum oncall, tapi kena stay ngan orang oncall atleast sampai pukul 10 untuk belajar dgn orang yang oncall tu, apa yang patut dibuat masa oncall.

Masa 1st posting tu, tak tahu kepentingan tagging tu... telah tidak tagging dengan betul hihi... sekali masa first day oncall, baru haru biru. Tak tahu yang mana patut didahulukan, mana yang kemudian , gabra habis, siap kena marah ngan m.o oncall waktu tu sebab tak clerk case (padahal masa tu gi amik ABG neonate- yang boleh buat kemudian) .. haha.. sampai sekarang kalau ingat oncall kat paeds, memang mengerikan. Penat. Lepas tu ngeri pulak kalau ada baby yang buat hal i.e stop breathing. Kesimpulannya, saya takkan jadi paediatrician.

Tapi alhamdulillah, belajar sikit demi sedikit.. bila dah banyak kali oncall, dah dapat biasakan dgn suasana oncall. Tapi first posting, staffnurse pun tak respect kat kita. Especially SN yang dah senior, geram betul.. tapi apa nak buat, boleh kata ilmu diorang dalam posting tu lebih banyak dari kita. So, jangan bongkak juga dgn SN. Kadang2 perlu dengar jugak apa kata mereka, tapi jangan terlalu depends pada kata2 SN, contact la m.o untuk dptkan kesahihan. Mesti ingat, walaupun pengalaman diorang banyak, tapi diorang takde MBBS.... mungkin pengalaman itu pengalaman yang salah... ilmu turun temurun. Dapatkan kesahihan dari senior doktor, bukan senior staffnurse ye.. (lain la kalau korang tu staffnurse)

Next posting ialah surgical.. rasanya oncall releks sikit. Cuma kena belajar assist m.o dalam oT (operation theatre). Alhamdulillah kat HKB dan HUSm kita boleh pakai tudung (yang bersih ya) dan baju lengan panjang kat dalam (juga yang bersih ya..) So, tak perlu risau2 pikir nak tutup aurat camana. Juga belajar procedure2 yang tak de kat paeds. Jarang2 sekali nak ada CPR.

Alhamdulillah, lepas dengan jayanya. Sepanjang jadi housemen, tak de yang sangkut, alhamdulillah. Cuma extend kat posting ketiga : OnG sebab bersalin. Masa posting ketiga ni lah saya dapat posting sekali ngan hubby. Posting last saya dan hubby. Bezanya dia sambung posting sebagai m.o, saya pulak h.o 3rd posting. Memang bila husband and wife duduk satu posting, orang macam jeles sket... selalu compare2. Lepas tu macam tak berapa suka kalau hubby tolong saya siapkan tugas. Ye lah.. apa nak buat pangkat berbeza... macam tak kena pulak m.o gi buat keje h.o. Lagi pulak saya ni slow sket, hubby pulak buat keje cepat, jadi slalu la saya ni jadik bahan bandingan.. Aduss... sakitnye hati.

Pulak tu masa tu perut dah memboyot. Dapat pulak satu wad ngan h.o lelaki yang suka mengarah2 macam ketua. Tak kesian langsung kat pregnant woman ni. Padahal kami sama level, ape ke hal nak arah2 ni? Cuak jugak dalam hati tapi malas nak gaduh.. lagi pun memang tak reti nak protes pun. Kalau setakat mengarah dan sama2 buat keje tak pe jugak. Ini tidak, arah2 orang, lepas tu dia keluar awal, ala2 bos gitu, keluar awal, datang lambat... tapi bila depan specialist dan m.o, lantang sungguh bercakap seolah2 dia la yang buat semua keje. Padahal yang banyak buat keje ialah orang lain. Konon nak tarik perhatian specialist... betul2 macam parasit.
Bila jadi h.o baru keluar perangai sebenar.

Masa mengandung memang emosi tak stabil, lagi2 bila jadi housemen .. houseman OnG lagik tu... weekend takde nye nak rehat. Kena datang buat round kat wad. Bukan setakat round... kena settlekan keje selepas round pulak macam hari2 biasa. Kalau patient tak ramai, boleh la balik kul satu... tapi kalau ramai orang bersalin dan orang pregnant bermasalah, kenalah settle semua2 lambat sikit.. adalah kul 2-3 baru dapat rehat, makan.. balik umah. Nasib baik dapat kelate kat umah ni. Boleh gak balik umah mak weekend tu walaupun sekejap. Kalau yang bukan asal negeri tu, memang sebulan skali pun susah nak balik. Itu pasal weekend, tak cerita lagi oncall EOD (every other day) atau bila short h.o sangat, boleh jadi oncall back to back (2 hari berturut2, lepastu sambung lagi EOD plak..)

Kalau time raya, memang berebut nak cuti, tapi itulah, kena bertimbang rasa.. tak boleh la cuti lama2, kesian kawan yang kena cover kerja tu. Kalau ketua h.o yang sistematik sket, buat jadual raya tu lepas masing2 volunteer nak keje hari raya yang ke berapa. Masa cuti raya ni la nak tengok pembuat jadual tu adil ke tak.. atau semua orang dia letak oncall, tap dia and the gang tak kena pulak.... Oh ya lupa nak cakap.. jadual onkol sesama h.o yang sediakan. Biasanya h.o paling senior la, sebab dia paling arif pasal gerak kerja kat posting tu.

Walaupun tak berpa best ngan workload OnG dan keje lebih masa dia, tapi sebenarnya best jugak kalau ingat saat2 deliver baby, saat measure Os... betul atau salah,memang bergantung pada diri sendiri. Berapa banyak praktikal dah buat. Yang tak best nya bila onkol la... kalau onkol labour room.. tak tidur lanngsung tu perkara biasa. Kalau posting surgery atau ortho boleh gak tido.. tapi kalau Ong, Paeds memang paling lama tido pun 2-3jam je. Jadi, biasa2 kan lah diri anda tak tido malam.. bukan setakat tak tido, esok nya tak de excuse ya utk merehatkan diri. Tak de excuse utk datang lambat amik blood.

Dalam pada penat tu, ada jugak kenangan manis.. kenangan first time bersalin disambut oleh hubby. Memang rasa sangat special..dan sangat bahagia. Thanks to Allah for your ni'mah.

Lepas melepak2 di posting ortho sambil membiasakan diri melihat2 Xray, manage diabetic foot dan fracture, maka tamatlah episod sebagai h.o. Masuk medical sebagai m.o. Rupa2nya sangat takut nak jadi m.o ni. Walaupun boleh bergembira sebab tak perlu lagi amik blood, dan buat remeh(tapi of course la penting) especially bab nak gi berbahas ngan radiologist untuk dapatkan URGENT apa2 lah.. tapi sebenarnya besar tanggungjawab m.o ni. Especially kat medical, bila specialist jarang ada kat wad... m.o la yang kena pandai buat decision dalam management patient.

Lepas medical selama 6 bulan, dah tak tertahan lagi nak keluar. Walaupun 6 bulan tu kira cam baru nak stable dalam medical, sebab ilmu dia yang lautan luas.. tapi alhamdulillah dapat keluar ke casualty. Tak tahan den dgn karenah physician2 tu! Dah la susah nak consult, banyak pulak komen kena batang hidung m.o2 semua... Ada je yang tak kena, tapi tak pulak dibimbing ke jalan yang benar. jadi, biarlah daku membawa diri... chewah.

masuk pulak casualty. Best jugak keje shift ni ek. Cuma management dia tak de la seberapa. Setakat condition emergency tu je. Memang la emergency management tu penting... bukan la nak kata tak penting.,. cuma rasa macam nak beri lebih kepada pesakit tak boleh. Bila sihat sikit, patient dah boleh balik. Kalau tak sihat lagi, kena masuk wad. Antara dua je... atau yang terlalu tenat, kena resus.

Bila dapat gi district ni... i.e klinik kesihatan ni macam best pulak. Sebab macam2 kes ada. Yang tak ada emergency case je. tapi nasib baik gak takde , sebab saya ni jenis tak boleh emergency2 ni... Stress! Bila stress, pikiran pun jadi tak rasional.

Buat adik2 medik, jangan risau pasal housemen. Tu cuma satu fasa dalam hidup sebagai doktor. Bila dah lepas 2 tahun tu, insyaAllah akan rasa best. Dan tak semestinya adik2 kena jadi doktor pakar kerja kat hospital je.. banyak pilihan lain kalau tak minat keje kat hospital ni. Boleh sambung jadi pensyarah preclinical, atau sambung pathology, keje kat makmal. Boleh jugak sambung radiology keje kat Xray department, atau kalau nak jadi pengarah hospital, boleh ambik public health. Kalau nak jadi doktor pakar, tapi tak nak oncall, boleh ambik FMS- Family Medicine Specialist.. Hmm... macam2 ada... kalau tak nak sambung apa2, tapi nak jadi doktor dan tak mahu oncall, boleh la jadi m.o tua kat Klinik kesihatan ni... hehe.


All the best! Tugas kalian sekarang.... biar lulus exam tu dulu. Yang lain panjatkan doa pada Ilahi agar diberi kekuatan mengharungi kehidupan yang mencabar ini.. cheewah.

Antara tips untuk sentiasa berjaya: jangan lupa amalkan solat dhuha. InsyaAllah tak gabra masa exam praktical. Solat malam jangan tinggal. Lagi satu- kena kenal pasti waktu mana yang paling berkesan untuk adik2 menelaah. Setiap orang berbeza waktu dia. Ada yang berkesan study waktu sebelum subuh, ada pulak lepas subuh. Ada yang mudah serap ilmu waktu pagi, ada jugak yang lepas maghrib paling mudah dia lekat ilmu tu. So... tepuk dada tanya diri.

Ketahui keupayaan diri. Jangan ikut apa yang orang lain buat, tapi buat apa yang diri mampu.

6 comments:

  1. Salam..
    angohh..uhhh mencabar sungguh...dde lg ko nk quit ni?? heheh
    em. nx wk marlisa start 5th year...
    uhhhh..takot doooooooooooooooh
    raso mace x ready..dulu ms 3rd yr buleh nusut blake senior...
    ~Allahumma yassir

    ReplyDelete
  2. UMMIDamia aka kakngohJuly 5, 2009 at 7:28 AM

    Tak po Marlissa, insyaAllah boleh.. Marlissa boleh!!

    tak payah la quit.... meh ramai2 jadik doktor. buleh kakngoh releks sket..haha.

    Meh la tambah kan muslim doktor... bukan duk menambah doktor cina india je...ataupun duk menambah doktor melayu tapi sepatah haram hukum pun tak tahu.

    ReplyDelete
  3. thank you for this article doctor! i'm a medical student in need of motivation.. hehe...

    ReplyDelete
  4. thank you for this article doctor! i'm a medical student in need of motivation.. hehe...

    ReplyDelete
  5. I'm just graduated from medical school. Can i ask for what is the pro and cons or any tips in HUSM? Because it is one of my hospital of choice when e-houseman nanti. Because no one write the feedback for HUSM as yet. Looking forward for the tips. Thank you Dr :) terima kasih.

    ReplyDelete