Friday, June 19, 2009

Once Upon a Time I was a houseman (untuk adik2 medik)

Orang kata, masa lepas grad dan menunggu untuk start posting housemen adalah saat paling bahagia... macam mimpi menjadi nyata. Tapi bila dah start jadi housemen, kenapa ramai yang nak quit dari jadi doktor pulak?

Teringat masa student dulu.. Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Dari kecik lagi cita2 takde yang lain dah... tahu pandai sebut nak jadi doktor je.Yang lain tak terpikir pun. Ntah la apa yang best sgt jadi doktor ni.... tapi masa tu memang hanya ingat nak jadi pakar sakit puan hanya kerana Allah je. Nak bantu orang Islam, especially muslimat.

Tak pernah terlintas untuk menyerah pun walaupun study penat, takde life macam student lain... saya juga tahu dan dah dapat gambaran yang keje doktor ni sangat sibuk. Hanya kerana Allah, yakin Allah pasti permudahkan urusan lain.

Bersama teman2 seperjuangan sebelum sama2 berjuang di hospital pulak..

Tapi rupa2nya tahu dengan mengalaminya adalah suatu yang berbeza. Especially menjadi doktor dan juga seorang isteri, lebih2 lagi bila dah jadi seorang ibu..... adalah perkara yang berbeza. Pandangan terhadap kerjaya pun berbeza selepas kawin dgn sebelum kawin. Dah mula pandai pikir nak quit.

Memanglah niat tu tetap kerana Allah.. tapi jaga anak2, mendidik anak dan menjaga keperluan suami dan anak juga kerana Allah kan? Saya tak kisah keje penat pun.. tapi tolonglah jangan kacau lepas office hours. Bila orang lain dah balik keje, kita masih lagi kat hospital.. kena oncall lagik... teringat baby yang menangis kat rumah, tak dapat nak bagi full breastfeeding. Bila oncall, nak express breastmilk pun tak sempat. Kita jaga anak orang kat hospital, tapi anak sendiri kat rumah terbiar. Itu yang tak boleh nak terima tu bila tak berapa lama ari tu ekoran timb menteri buat onar kat HKL pastu orang suka2 hati nak komplen kata doktor pemalas, curi tulang la.(ala..yang pasal timb menteri yang gi masuk bilik doctor kat A&E HKL- nampak 2 orang doktor tak tgk kes, sebaliknya tgh baca surat khabar dan buat keje sendiri- which turn out to be the doctors were actually had already finished their shift and preparing to go home).

Houseman bukanlah tempat untuk tunjuk kebolehan manage patient. Walau bijak mana pun masa student, dpat deans list ke, bila jadi housemen, kamu tidak dibenarkan buat keputusan sendiri. Semua kena bagitau m.o- dia yang akan decide nak manage macam mana. Salah satu sebabnya, haouseman tak ada insurans, tak disahkan jawatan lagik. Lagi pun banyak benda lagi yang houseman tak tahu... yang masa student tak diajar. Tak semua benda diajar oleh lecturer masa student dulu. Sebabnya, medical is a broad profession. Bila keje baru terbukak minda tu.


Bersama surgeon2 UiA di graduation Dinner


Wajah2 ceria lepas grad 4 tahun lepas



Housemen cuma perantara m.o dan specialist dgn patient - mereka tu yang sebenarnya manage patient. Dalam kata yang tak best sket... housemen cuma kuli je. Paling awal datang, paling lambat balik. Tukang amik blood sample- susah tak susah pon, kena dapatkan blood tu (kena pikirkan cara biar dapat, mintak tolong member2 ke.. jangan pulak bila tak dapat, buat tak tahu je biar m.o dapat tahu sndiri yang blood tak amik lagik), isi borang2, buat procedure- chest tube, peritoneal dialysis, needle biopsy, ABG, CBD, berlari ke radiology department ambik appointment URGENT CTscan, URGENT ultrasound- (pastu kena marah pulak bila tak dapat urgent). Tapi walaupun seorang kuli, housemen yang bagus bukanlah seorang robot. Housemen yang bagus ialah kuli yang berfikir dan berotak cerdas lagi bergerak cergas.

Bila m.o order pagi, maksudnya kerja yang diorder tu mestilah disiapkan sebelum tengahari. Bukanlah nak tunggu m.o round esok pulak dan tanya "kenapa tak dapat lagi?" dan cycle itu berulang dari hari ke hari sehingga menjadi bahan umpatan m.o-m.o yang sangat lah kuat umpatannya itu... dan kadang2 umpatan itu sampai jugak ke telinga specialist. Kalau bernasib malang, kena la si housemen tu di extendkan lagi masa dia di posting tu. Yang mana normal nya, satu posting tu adalah 4 bulan duration dia. Tapi bila dah kena extend tu biasanya tambah lagi 1-4 bulan bergantung pada specialist dan head department.

lagi faktor yang menyebabkan seorang housemen tu menjadi umpatan dan dipanjangkan atau extended di satu2 posting ialah bila housemen tu buat keje2 yang merbahayakan pesakit... contohnya tak alert keputusan makmal pesakit (yang mana housemen yang cekap akan trace dan identify abnormality result tu pastu inform la kpd m.o- tapi housemen yang robot hanya akan trace result dan tunggu m.o tengok utk identify abnormality tu.... dan biasanya m.o datang agak lambat disebabkan banyak keje2 lain lagik), pastu lagi macam tak alert condition pesakit yang nazak macam hypoglycaemic attack (glucometer rendah sangat boleh menyebabkan pesakit tak sedar diri)... lagi contoh, pandai2 buat keputusan sendiri tanpa inform m.o. Konon2 nak jadi hero, tapi turn out to be disasterous. (**IMPORTANT TO REMEMBER: Jangan cuba nak jadi hero bila anda seorang housemen! Sila dapatkan orang yang lebih senior- call aje!)

Kesalahan mandatory seorang housemen ialah kesalahan disiplin. Bengang sungguh m.o dan specialist bila patient collapse, tetapi housemen tak tahu kat mana. Missing in action! heh... adik2 student mesti tak percaya ada ke doktor ponteng keje? heheh... ingat doktor ni malaikat ke? ada nafsu dan sifat malas jugak. Yang mana sejak daripada student lagik suka buat masalah, bila dah jadik doktor pulak, doktor yang bermasalah. Tak kira la masa student dia repeat year berapa kali, tapi masa housemen, yang paling bertanggungjawab itu yang terbaik.

Masa housemen saya dulu cuma setahun je... tapi sekarang dah 2 tahun.. lama sket la masa sengsara tu haha.

Masa housemen ialah masa belajar banyak benda... yang akan digunakan sepanjang perjalanan kehidupan seorang doktor. Masa ni lah nak belajar communication skill- nak pujuk patient yang tak mahu amputate kaki, nak belajar ubat2an yang tak pernah dengar sebelum ni, nak belajar buat procedure2 asas tapi penting (macam chest tube- hanya ada kat medical atau surgical je. Bila dah lepas posting tu tak buat dah. Jadi kena belajar betul2 la bila dapat peluang tu. Peritonel dialysis hanya kat medical je. Sambut baby, assist caeserian section- hanya kat OnG je..hehe). Penting untuk tahu procedure2 dan komplikasi2nya supaya senang nak bagitahu patient. Nak masuk Operation theatre, tugas housemen jugak yang kena explain dan amik tandatangan pesakit. Jangan sampai pesakit tak tahu apa pun yang nak dibuat kat dia, tetiba suruh sign je.


Banyakkan tugas housemen ni?

Patut la masa student dulu lecturer selalu kata, kalau nak quit, quit je sekarang... jangan tunggu bila jadi doktor baru nak menyesal dan quit. Macam sesia je la 6 tahun jadi medical student tu.

So... what about you?

For me, kalau niat hanya kerana Allah, pasti Allah permudahkan segala urusan. Nak lepas housemen je... bila dah naik m.o kurang sikit beban kerja dia. Cuma penat dari segi lain pulak.. penat pikir dan tanggungjawab pulak.Tapi kalau kerana duit atau glemer, baik quit je. Duit tak de banyak pun. Baik buat bussines apa2, lagi banyak masuk duit. Kalau bab glemer... heh.. ingat
patient tu nak berterima kasih ke bila balik? Bila sihat bukan nak berterima kasih, siap komplen lagik sebab servis lambat...

4 comments:

  1. Salam semua. Saya bawa khabar gembira buat semua pelarian HO di sini bahawa ada peluang kerja sebagai DOKTOR atau lebih tepat lagi sebagai MEDICAL CONSULTANT di syarikat ORION PROKASIH. Sila dapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi mereka melalui page di FB atau di blog rasmi mereka. Gaji RM4K no kidding. Campur imbuhan sales boleh capai RM5-6K sebulan. Saya telah kerja di situ. Skop kerja amat mudah dan waktu pejabat. Status kerja tetap bukan kontrak. Ia adalah anak syarikat kepada LIFECARE DIAGNOSTIC MEDICAL CENTER. Mereka perlukan lagi 40 orang doktor sama ada taraf HO atau MO. Pekerjaan anda tidak melanggar MMC kerana hanya consult sahaja. Syarikat ini sedang membesar dan akan buka cawangannya di seluruh negara mulai tahun depan. Perasmian akan dibuat September ini. Kerja akan bermula 26hb Ogos. Prospek untuk menjadi Manager cawangan pun ada. Syarikat ini didukung oleh agensi2 kerajaan seperti Majlis Belia Negara dan EDEC. Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu BUMIPUTERA maju dalam perniagaan produk perubatan dan kesihatan melalui program 1Mkasih4U.

    ReplyDelete
  2. Baru baca blog ni..boleh apply lagi ke? Nk quit ho..

    ReplyDelete
  3. mohon share kisah ni di fb
    tq

    ReplyDelete