Thursday, May 7, 2009

MC oh MC~



Hai... antara perkara yang BORING duduk kat KK ialah bila kena handle pesakit2 yang sengaja datang utk dapatkan mc.

Macam2 lah sakit yang datang- sakit perut, demam selesema, cirit birit, sakit kepala, pening- yang mana penyakit2 tu memang tak boleh nak disahkan kesahihannya. Tapi kalau tengok tuan tu, segar bugar je nampak. Pastu pulak nak mc sampai 2 hari..

Yang paling tak tahan, ada sorang pesakit yang datang nak sambung mc sebab patah tulang lengan selepas eksiden. Tapi malangnya enggan teruskan rawatan hospital sebaliknya nak pegi jumpa Tok Bomoh Tulang. Habih tu.. pegi la mintak mc ngan tok bomoh tu.. ye tak?
























Apa salahnya bagi mc? apa susahnya? Nanti pesakit makin suka kat doktor lagik ada la kan?

Saya boleh je bagi mc... bukan nye doktor kena bayar pun kan? Bukan jugak tak mahu bagi tu sebab jeles, dengki dengan orang yang tak payah pegi keje, sedangkan kita ni bertungkus lumus tengok pesakit (termasuk yang buat2 sakit)..

Tapi saya tak mahu bagi sebab kita dibayar gaji untuk bekerja 8-5pm. Kecuali yang betul2 sakit, selain tu memang kita kena bekerja, amanah kerana Allah. Kalau tak, tak tahu nak kata la status gaji tu..

Jadinya, saya tak mahu bersubahat dengan orang yang menipu. bersubahat dengan perkara kejahatan, sama lah seperti melakukan kejahatan tu.

3 comments:

  1. alaa macam ni susahla kite nak mintak mc kat awk nanti. hehehe..

    Hari tu kite demam teruk jugak kat sini. GP tanya dah cek suhu ke, dah makan paracetamol ke. Kalau belum buat dulu then kalau beberapa hari masih tak ok, datang balik. Rupanya memang kalau demam etc just pegi ubat sendiri dulu, beli kat farmasi. Tak payah buang masa gi klinik jauh2 tu. Maybe sebab kat Msia doktor yang akan bagi ubat.

    ReplyDelete
  2. ye ke gitu kat sana? pemalas nye doktor kat sana ek?

    Ke orang2 sana educated sangat pasal medicine ni sampai boleh rawat sendiri penyakit2 yang biasa? Tapi camana diorng tahu biasa ke tak biasa penyakit tu?Agaknya semua dah boleh jadi doktor sendiri kot.

    Eh.. boleh nak datang amek mc, kalau betul2 sakit boleh la.

    ReplyDelete
  3. Pemalas ek? hehe.. tapi actually dia tanya banyak soalan dah sebelum tu. Maybe dia dah satisfied n konfiden kita not too bad, then dia suruh datang another time. Tapi beza ngan kat Msia (dr pengalaman),at least Dr. cek tekak kalau kita kate tonsil tapi takdela pulak hari tu. Maybe GP lain approach lain, tak taula kan coz skali je pun pergi. But memang selalu orang cek temp. sendiri pun before pergi.

    Kat Aust pulak hari tu lagila, kita kena chickenpox, dan dah disahkan oleh sorang doc dari msia yang buat masters kat sana. Time pegi klinik, even kalau dah berbintik berair teruk dia tak terus prescribe ubat. Ambil darah dulu, tunggu couple of days dapat results, then baru prescribe ubat. Sempatla makin teruk. Habis parut tau. hehe..

    ReplyDelete