Masa tengah mengandung 2nd baby dulu, ayah Damia' selalu ajar dia panggil baby sambil gosok my pregnant tummy. Kononnya tak mahu dia rasa canggung bila adik dia keluar nanti. Biar biasakan awal2 dengan adik dia supaya tak rasa terpinggir / jeles nanti.
Sekarang ni, dah lekat pulak panggil baby kat ummi dia nih.Haha. Penat betul kan, " Ini ummi, bukan baby la~" Ada la perubahan sikit, tapi ada jugak masa2 dia tetap panggil 'baby'.
Kalau kat umah orang, suh kita teman dia pegi tengok ikan dalam aquarium ke, atau suruh amikkan dia minuman ke, dia akan pegang tangan dan tarik "Jom! Jom BAby..." haha.. Ada la time ok tu, panggil la ummi jugak.
Memang budak2 ni cepat ingat apa yang kita sebut pertama kali.. sebab tu kalau nak pilih orang gaji ke pengasuh atau nursery, pilih yang elok2, jangan sampai anak bawak balik bahasa2 kasar yang tak sedap di dengar.
Mak bapak pun sama jugak, jangan mencarut depan anak2. Sebab sekali dia dengar, terus ingat sampai bila2.
Ajar anak dengan kalimah Allah, bismillah, ucapkan salam, agar hidupnya diisi dengan kalimah2 indah juga mentauhidkan Allah.
Ya Allah, berikanlah hidayah petunjuk kepada kami dalam mendidik anak2 kami... agar dapat mereka menjadi anak2 yang soleh solehah serta mukmin sejati.. Amin
Saturday, May 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha...mmg agak aneh la ble panggil ummi die baby.. mase angoh masuk toilet, tibe2 die jeghik dpn pintu toilet.."nak baby...nak baby"..hahahaha...bajet comel plk mak die..
ReplyDelete