Monday, February 4, 2013

Tanggal 28 Januari 2013

Anak itu telah pergi..
Tapi umi bahagia sekali selama kamu dipinjamkan.
Walau pergerakan umi terbatas
Dan ubatan dan susumu berjadual
Namun itulah kebahagiaan.
Dan tak jemu2 umi siapkan susumu, agar tidak kering di dada.

Muhammad,umi rindu untuk peluk dan ciummu. Rindu akan baumu. Rindu untuk memandikan,dan menyiapkan susumu serta ubatanmu.

Muhammad, ayah rindu untuk mendengar senyum tawamu. Untuk mengagahmu menghilangkan penat seharian.

Muhammad,kakakmu juga rindu untuk bermain dengan kamu. Untuk bergurau senda seperti selalu. Untuk berbaring2 di sebelahmu.

Muhammad,kami semua merinduimu.

Tapi,damailah dikau di Sana. Tanpa jerih payah untuk mengisi dahagamu. Kering di bibirmu. Tanpa sukarnya untuk menyedut udara,kurniaan Ilahi. Bebas lah dikau meniarap merangkak dan berlari semahumu.

Muhammad,kami akan bersabar. Kerana hanya yang bersabar dapat berjumpamu kembali di sana.

Oh Allah,kuatkan hati2 kesayangan Muhammad ini.

(Muhammad meninggal dunia pada 28 Januari 2013 kerana Bronchopneumonia dan incidental Aspiration Pneumonia. Dibawa ke hospital pada jam 2.30 am setelah noted cyanosed. Tanpa disangka2, Muhammad intubated oleh paeds team. Apirated milk. Then bradycardia.CPR done 2x at casualty. Transferred to PICU. bradycardia again, with spO2 low on ventilation. CPR done 3x at PICU. Muhammad passed away 12.45 noon. Innalillahi wainna ilaihi raji'un)

2 comments:

  1. Salam akak.
    Sy hrp akak dpt bc komen sy..:)
    Semoga akak dimudahkan urusan oleh Allah dan bahagia hingga ke syurga.sbb sy yakin Allah akan bagi ganjaran yg besar kt org tabah mcm akak.
    Sy pun sekarang mengalami keadaan yg sama.
    Anak first meninggal cukup bulan..stillbirth sbb lemas.
    Anak kedua..PPHN n memang sngt senang dpt pneumonia.anak sy skrg sudah 2bulan lebih dan akan terus menyayanginya sehingga tempoh yg Allah izinkan.
    Kalau boleh nk email akak utk berkongsi pnglmn

    ReplyDelete