Ucapan Terima Kasih.
 
 Jutaan terima 
kasih diucapkan buat sahabat2 lama, rakan2 sekerja, saudara mara, adik2,
 kakak2, abang2 atas ucapan takziah dan kata2 semangat melalui mesej, 
whatsapp, sms atau apa sahaja. Minta maaf sangat2 mungkin ada yang tak 
di balas..dalam situasi sedemikian, tak berdaya untuk membalasnya. Harap
 teman2 memahami.
 
 Buat teman2 yang tak tahu cerita sebenar, tapi terus mendoakan kami, terima kasih di ucapkan.
 
 Muhammad ialah anak keempat kami, dan yang ketiga meninggal dunia. 
Kesemuanya yang meninggal dilahirkan pramatang, namun tidak pula pakar2 
ketahui punca pramatang tersebut. Muhammad dilahirkan pada usia 
kandungan 6 bulan= 25 minggu. Lahirnya tanpa dirancang, penuh keajaiban.
 Hidupnya tak disangka2. Hanya dengan izin Allah. Air ketuban hampir 
kering (AFI nearly 0) sejak usia kandungan hampir 5 bulan=19minggu. 
Mengikut jangkaan scan ketika mahu melahirkan, beliau hanyalah seberat 
500g , sehinggakan doktor yang menyambutnya pun seakan2 tidak mahu 
menyelamatkannya. Namun, setelah di timbang, berat sebenar mashaAllah 
lebih daripada itu, dan dia diselamatkan. Dengan berat 780g, dia dirawat
 di hospital selama 5 bulan. Dengan bermacam2 masalah. Pakar yang 
merawat kata, dia antara bayi yang paling sukar untuk dirawat. Selama 5 
bulan jugalah kami berulang alik melihatnya di NICU. Membekalkan nya EBM
 yang tak putus2. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri.
 
 
Muhammad satu2 nya anak pramatang kami yang berjaya di bawa pulang dan 
dipelihara hingga 9 bulan. Gembira kami tak terhingga, walau memerlukan 
bantuan oksigen dirumah 24 jam kerana penyakit Paru2 kronik dan menyusu 
melalui tiub. Selepas di benarkan pulang, Muhammad mendapat jangkitan 
kuman paru2. 2 kali dimasukkan ke wad, setiap kali berada lebih kurang 2
 minggu. Beliau meninggal juga kerana jangkitan kuman paru2. Perginya 
secara tiba2. Juga tak disangka2. Hanya kerana kehendak Allah atas sebab
 musabab yang Allah sahaja yang tahu.
 
 Pemergian Muhammad adalah
 yang paling tenang dapat saya terima antara ketiga2nya. Aneh, kerana 
Muhammad yang paling lama saya jaga. Saya cuti selama setahun sejak dari
 awal kandungan untuk menjaganya. Alhamdulillah, Allah membantu saya 
untuk redha pada pemergiannya. Terima kasih kepada suami Ahmad Iqbal 
Nordin kerana membenarkan saya cuti tanpa gaji, dan menanggung semua 
hutang piutang saya selama itu dan membuat saya bahagia, membantu saya 
untuk menjaga Muhammad di kala saya keletihan. Walaupun mungkin ada 
kekurangan, tapi secara keseluruhannya saya berpuas hati menjaga nya 
selama ini. Berat terakhir Muhammad 5.4kg. Sangat comel, tembam dan 
panjang.
 
 Terima kasih yang tak terhingga diucapkan khas buat 
ibu dan ayah, umi Wanrohaya Wan Ghani dan abah Raja Abdul Aziz yang 
tekun mendoakan untuk cucunda mereka, sejak belum mengandung lagi, 
hingga lah kepada kandungan yang bermasalah, seterusnya kelahiran 
pramatang yang membuatkan saya terpaksa mengabaikan sedikit kakak sulung
 Muhammad. tak putus2 kami dan mereka mendoakan, namun, perancangan 
Allah tiada siapa yang tahu. Mungkin doa itu akan dimakbulkan pada 
waktu2 mendatang?
 
 Mengajak teman2 berfikir... jika Allah 
menghendaki, tiada siapa mampu menghalangnya. Jika Allah tak 
mengizinkan, tiada siapa yang mampu mengadakannya.
 
 (Hari ke 9 pemergian Muhammad)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg) 
 









No comments:
Post a Comment