Semalam pergi appointment Muhammad. Berat dah naik 3.6kg...Paediatrician Muhammad pun dah perasan Muhammad dah chubby dah putih. Masa lahir hari tu gelap sikit, biasa untuk budak2 pramatang....kulit pun tak sempat nak matang lagi.
Ayahnya dah ambik cuti 2hari untuk appointment ni...sebab nya sehari sebelum tu, appointment untuk cleft palate dia. Haihh... dah jadi patient (mak ayah patient ) baru lah rasa susah payahnya pesakit nak datang appointment, especially kalau appointment yang banyak cam gini. 2 minggu lagi, kena datang lagi. Nak kena tinggal keje lagi ayahnya... nasib baik saya cuti lagi, takde la asyik rasa bersalah tinggal kerja..
Ah...Muhammad sudah menjadi sangat comel...nangis malam pun tak mengapa. Ayah Muhammad pun, penat2 postcall pun masih sudi bangun malam melayan Muhammad yang gelisah tak tidur. Tapi sebenarnya, sekali sekala saja Muhammad meragam malam. Banyak nya menangis hanya bila lapar..maksud 'bila lapar' ialah masa menyusu dia lah, 3 jam sekali. Sekarang dah tak muntah lagi, berani lah sikit nak naikkan feeding susu dia jadi 60ml 3 jam sekali. Pukul 12mlm, 3pagi , 6pagi...kenalah bangun, panaskan susu perahan.
Sekarang Muhammad dah pandai sikit sucking, lepas belajar dengan Rehab-therapist untuk buat oro-motor therapy. Alhamdulillah..senang sikit kerja time dia ngamuk2 lapar dan tak sempat2 nak susu tu. Maklumlah, guna Ryles tube tu, bukan terus masuk 60 ml sekali gus. Lagipun dengan oxygen di hidung tu buat dia rasa kering tekak agaknya (ala2 duduk dalam aircond 24jam, camana rasanya..tak ke kering tekak?), so, sementara bagi ikut Ryle tube tu, boleh la sekarang pujuk2 dia dengan breastfeeding. Kalau tidak sebelumni, naluri keibuan tu tersentuh jugak, tengok baby meraung2, tapi tak boleh nak buat apa sebab tak boleh nak menghisap susu. Tunggu aje habis bagi ikut Ryles tube tu. Kadang2 nak basahkan tekak dia, bagi sikit guna syringe/picagari. Dulu, masa awal2 dalam wad dulu, time sua2 breastfeeding tu, Muhammad pandai sucking, tapi lepas pakar suggest jangan bagi lagi, sampailah time dia discharge, memang saya tak berani nak breast feeding dia. Sampaikan dia sendiri dah lupa cara nak suck. Bila masukkan jari ke dalam mulut pun dia tak tahu nak hisap jugak. Gigit adalah. Sedih jugak. Tapi lepas discharge, saya cuba ajar2 balik dia breastfeeding. Memang serba salah mula2 tu sebab Plastic/ENT kata boleh, tapi tak berani sebab lungs condition dia. Neonate pulak ikut plastic/ENT dan tak berapa nak allow breastfeeding. Akhirnya lepas jumpa paeds respiratory team, dia kata ok je breastfeeding, baru la saya confident sikit untuk breastfeeding. Lagi pula lepas dia tukar Ryles tube buh ikut hidung bukan ikut mulut, baru lah muhammad dapat belajar bukak mulut. Kalau tak, asyik duk hisap tiub yang lalu atas lidah dia tu je.
Kaki dia yang masa discharge tu mengeras dan kurang bergerak, Alhamdulillah selepas buat physiotherapy sendiri di rumah (sebab susah nak pergi hospital dengan oxygen dan juga nak elakkan tempat crowded di klinik untuk kurangkan risiko jangkitan) kini dah aktif, dan kuat menendang.
Sekarang, saya rasa confident dan positif yang Muhammad akan sembuh sepenuhnya, insyaAllah. Doa tak henti2 juga.. muga Allah perkenankan doa ini.
Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih atas kurniaanMu... NikmatMu sangat banyak sekali... tidak terkira.
No comments:
Post a Comment