Sunday, June 10, 2012

Pertemuan dengan paediatrician si pakar kanak2

Muhammad hari ni dah berusia 2 bulan 2 hari. Lama sekali Muhammad di NICU, dalam incubator dan intubated lagi. Sudah berasa sangat rindu untuk mendakap, mencium dan memeluk Muhammad. Bilakah masanya itu?

Sampai ke hari ini, saya hanya berpeluang 2 kali sahaja untuk meriba Muhammad. Kali pertama masa buat 'kangaroo care' (istilah untuk meletakkan bayi pramatang ke dada ibu-salah satu terapi bonding ibu/bapa dan anak) sewaktu minggu kedua kelahirannya, dan kali ke dua 2 minggu lepas, sewaktu jururawat mahu menyalin kain alas tilam Muhammad dan meminta saya meribanya. Ah... Muhammad sangat kecil, terlalu ringan dan sangat2 fragile. Tapi sangat comel juga.... Muhammad, cepat2lah sihat.

Muhammad sekarang sudah kelihatan berisi. Berat sudah mencapai 1.4kg. Pipi sudah kelihatan. Tiada lagi edema (sembab) yang pada mulanya saya sangkakan masalah renal (buah pinggang). Rupa2nya setelah bertemu enam mata dengan paediatrician (saya, suami dan dia) buat kali kedua, barulah kami tahu yang edema itu disebabkan oleh komplikasi jantung Muhammad. Failure symptom (simtom kegagalan jantung yang merbahaya). MasyaAllah. Yang saya sangkakan lubang kecil sahaja, tapi sebenarnya besar bagi Muhammad. Ada 3 kesemuanya- PDA yang terbesar, diikuti VSD dan ASD. Sudah ada failure symptom, edema dan left atrium dan ventricle hypertrophy (bengkak) juga ada. PPHN sudah terkawal dengan ubat inhaled nitogen oxide diikuti syrup sildenafil, dengan izin Allah. Alhamdulillah, tekanan tinggi di paru2 sudah mula menurun, membolehkan oxygen masuk ke sana, dan pernafasan Muhammad menjadi lebih teratur.

Alhamdulillah, repeat Echocardiogram dibuat semalam, dan PDA yang dirisaukan oleh pakar nampak dah tertutup. Edema sudah tiada, bermaksud failure symptom terkawal.  Tinggal lagi VSD dan ASD yg mengikut pakar, besar jugak lubangnya, tapi masih boleh tertutup sendiri insyaAllah, mudah-mudahan.

Esok perancangannya nak bukak ventilator dan ganti dengan CPAP. Percubaan kedua setelah percubaan pertama hanya  dapat bertahan selama 2 hari, sebelum kembali menggunakan ventilator. Menurut paediatrician tersebut Muhammad tak dapat bernafas sendiri mungkin disebabkan oleh lubang PDA yang besar menghalang oxygen daripada masuk ke paru2. Jadi, mudah2an percubaan kali kedua ini berjaya, tanpa perlu di intubate balik. YaAllah, bantulah anakku..

 Lagi masalah utama ialah  Chronic lung disease. Saya sangat2 takut kalau Muhammad memerlukan oxygen tank selamanya. Tapi menurut pakar, tak tentu lagi. Paling lama mungkin maksimum 8 tahun perlukan oxygen tank sehingga paru2 betul2 matang

Ya, keputusan bukan di tangan doktor. Kerja seorang doktor hanyalah memberi harapan, berusaha dan bersandar sepenuhnya kepada Allah.  Hanyasanya perancangan Allah itu kadangkala sukar untuk dimengertikan.

Mudah2an Allah selamatkan Muhammad untuk jadikan dia pejuang agama. Aku  berdoa.

2 comments:

  1. Amin. Sabarlah, kerana Allah sentiasa bersama-sama dengan hamba-hamba-Nya yang sabar.

    ReplyDelete