Sunday, June 24, 2012

I Am...

For now, I am an exclusively pumping (EP) mother. And it's not easy. The support we, EP mother get also not much. Though, EP mothers that I know so far, are all amazing as those who fully breastfeeding. They have their own reason for not doing direct feeding. But EP is still breast milk.

However, I wish I can brestfeed my son soon, until at least 2 years.


Everything about exclusive pumping

Exclusive pumping tips

EP doctor story

Saturday, June 23, 2012

My baby in my arm

Alhamdulillah alhamdulillah...tak terkira, tak terkata....syukur pada Mu ya Allah. I'm soo happy I can't beleive it.

Today, Muhammad already 76 days old. Still in NICU, but alhamdulillah, with doa from both mine and my husband's parents, moktok and all, after the 4th cangaroo care (which I did everyday), Muhammad getting stronger and manage to get off oxygen. Suka sangat2!!! I can't beleive, I can have him in my arms... dah boleh riba, peluk, cium dan bawak dia dalam bilik breastfeeding without oxygen! Alhamdulillah alhamdulillah... so, I really have a baby!...I really have a son! That's the feeling at that moment..

And 2 days ago, the nurse incharged asked me to bring his cloth. So, he's wearing his cloth now!... after living with nappies for 74 days! Alhamdulillah.... Life is beautiful!... really beautiful.... and my boy look so beautiful in his cloth (which is way too big for him even in newborn size).

Alhamdulillah... I promise to myself to be a better servant to my Lord... ingin menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur...dan menzahirkan syukur itu dengan sebaik2 cara. Perkenankan Ya Allah...



Wednesday, June 13, 2012

Kangaroo care kedua

Today is Muhammad second day on CPAP, on the second trial. Last 2 days, lepas start diuretics untuk his heart, Muhammad nampak cengkung, lost some weight becaming 1.32kg and less active. Asyik tido memanjang. Nampak pale jugak. Alhamdulillah wa syukrallillah. Lepas transfuse blood, he was extubated. Now with CPAP, oxygen level dia nampak stabil dan dia pun nampak aktif sikit, asyik menggeliat aje, walaupun mata masih lagi tertutup.

Di sebabkan dia nampak stabil, maka saya dibenarkan buat kangaroo care.. ah! seronoknya dapat peluk baby ku ini... Umi rindu kamu Muhammad. Cepatlah sembuh dan membesar..


kangaroo care technique
Baca mengenai kangaroo care

Sunday, June 10, 2012

Pertemuan dengan paediatrician si pakar kanak2

Muhammad hari ni dah berusia 2 bulan 2 hari. Lama sekali Muhammad di NICU, dalam incubator dan intubated lagi. Sudah berasa sangat rindu untuk mendakap, mencium dan memeluk Muhammad. Bilakah masanya itu?

Sampai ke hari ini, saya hanya berpeluang 2 kali sahaja untuk meriba Muhammad. Kali pertama masa buat 'kangaroo care' (istilah untuk meletakkan bayi pramatang ke dada ibu-salah satu terapi bonding ibu/bapa dan anak) sewaktu minggu kedua kelahirannya, dan kali ke dua 2 minggu lepas, sewaktu jururawat mahu menyalin kain alas tilam Muhammad dan meminta saya meribanya. Ah... Muhammad sangat kecil, terlalu ringan dan sangat2 fragile. Tapi sangat comel juga.... Muhammad, cepat2lah sihat.

Muhammad sekarang sudah kelihatan berisi. Berat sudah mencapai 1.4kg. Pipi sudah kelihatan. Tiada lagi edema (sembab) yang pada mulanya saya sangkakan masalah renal (buah pinggang). Rupa2nya setelah bertemu enam mata dengan paediatrician (saya, suami dan dia) buat kali kedua, barulah kami tahu yang edema itu disebabkan oleh komplikasi jantung Muhammad. Failure symptom (simtom kegagalan jantung yang merbahaya). MasyaAllah. Yang saya sangkakan lubang kecil sahaja, tapi sebenarnya besar bagi Muhammad. Ada 3 kesemuanya- PDA yang terbesar, diikuti VSD dan ASD. Sudah ada failure symptom, edema dan left atrium dan ventricle hypertrophy (bengkak) juga ada. PPHN sudah terkawal dengan ubat inhaled nitogen oxide diikuti syrup sildenafil, dengan izin Allah. Alhamdulillah, tekanan tinggi di paru2 sudah mula menurun, membolehkan oxygen masuk ke sana, dan pernafasan Muhammad menjadi lebih teratur.

Alhamdulillah, repeat Echocardiogram dibuat semalam, dan PDA yang dirisaukan oleh pakar nampak dah tertutup. Edema sudah tiada, bermaksud failure symptom terkawal.  Tinggal lagi VSD dan ASD yg mengikut pakar, besar jugak lubangnya, tapi masih boleh tertutup sendiri insyaAllah, mudah-mudahan.

Esok perancangannya nak bukak ventilator dan ganti dengan CPAP. Percubaan kedua setelah percubaan pertama hanya  dapat bertahan selama 2 hari, sebelum kembali menggunakan ventilator. Menurut paediatrician tersebut Muhammad tak dapat bernafas sendiri mungkin disebabkan oleh lubang PDA yang besar menghalang oxygen daripada masuk ke paru2. Jadi, mudah2an percubaan kali kedua ini berjaya, tanpa perlu di intubate balik. YaAllah, bantulah anakku..

 Lagi masalah utama ialah  Chronic lung disease. Saya sangat2 takut kalau Muhammad memerlukan oxygen tank selamanya. Tapi menurut pakar, tak tentu lagi. Paling lama mungkin maksimum 8 tahun perlukan oxygen tank sehingga paru2 betul2 matang

Ya, keputusan bukan di tangan doktor. Kerja seorang doktor hanyalah memberi harapan, berusaha dan bersandar sepenuhnya kepada Allah.  Hanyasanya perancangan Allah itu kadangkala sukar untuk dimengertikan.

Mudah2an Allah selamatkan Muhammad untuk jadikan dia pejuang agama. Aku  berdoa.

Monday, June 4, 2012

Muhammad's 2 days to 2 months old

His weight increased to 1.45kg last week, but after edema (which made he look so big, with swollen eye, face and limbs- I hardly recognized him) resolved, it left 1.35kg, and the latest, 2 days ago was 1.38kg.

He was extubated 4 days ago, put on CPAP... I was sooo happy and couldn't wait to cuddle him. (Walaupun sedih tengok Muhammad terseksa dengan tiub merodok hidung dia, dan asyik menangis dan meronta tanpa suara je). However, after 2 days, he looked tachypnoic, with all the accessory muscle seen during breathing and several episodes of apnoea (not breathing at all). Oxygen saturation went crazy. Maybe due to his chronic lung disease that made him difficult to get off the tube.

He was reintubated yesterday. I felt so down. And scared..... what if he need oxygen support the whole life?? Ya Allah...janganlah. And tomorrow Muhammad pediatrician want to see us the parents to discuss the longterm plan? (what does it means? and I hesitate to asked her because I need my hubby's support before hearing it.)

Ya Allah.. bantulah hamba Mu ini... sembuhkanlah Muhammad, wahai Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Pengasihani.