Moga dapat ku beri saat berharga untuk anakku
"Anak2
tak selamanya kecil. Kalau Allah beri mereka umur yang panjang, sebelum
habis kekuatan kita utk berjalan dengan tegak dan berbicara dengan
suara lantang, anak2 kita yang kelmarin merengek meminta perhatian kita
itu sekarang mungkin sudah sibuk memenuhi jadual kegiatannya yang sangat
padat.
Anak2 yang kelmarin menangis kerana kita tidak mahu mendampingi
mereka untuk membacakan cerita,hari ini mungkin kita yang harus belajar
menahan diri kerana sangat ingin mendengar cerita mereka dari lidah
mereka sendiri"
"
Terimalah yang sedikit daripada anak, maka setiap anak akan menjadi
istimewa di mata kita. Kelebihannya yang sedikit akan nampak berharga,
sehingga kita bersemangat utk menyebut2nya, memupuk dan
mengembangkannyaAnak2 kita boleh jadi tidak sehebat anak2 rakan kita.
Akan tetapi, jika kehebatan yang kecil itu kita pupuk, dan kita terima dengan
hangat, maka akan berubah menjadi kekuatan yang dahsyat.
Maafkanlah
kesulitan yang dihasilkannya, maka dada kita akan terasa lebih lapang
menghadapi mereka. Kita lebih mampu menerima mereka apa adanya"
"Banyak
ibubapa yang berhasil mendidik anaknya bukan kerana kepandaiannya
mendidik anak, tetapi kerana doa2 mereka yang tulus. Banyak orang tua
yang caranya mendidik salah jika dilihat dari sudut pandangan psikologi,
tetapi anak2nya tumbuh menjadi penyejuk mata yang membawa kebaikan
disebabkan amat besarnya pengharapan orang tuanya. Diantara mereka ada
yang selalu membasahi penghujung malam dengan airmata
untuk merintih kepada Allah SWT.
Kadang2 seperti tidak berkait langsung,
tetapi amal bergantung kepada niatnya. Seorang ibu menyedekahkan
hartanya kerana mengharap redha Allah dan penjagaan iman ke atas
anak2nya, lalu Allah tegakkan dinding dihati anak sehingga tak
terjangkau oleh kerosakan yang ada disekitarnya"
((Petikan dari Saat Berharga Untuk Anak Kita karangan
Muhd Fauzil Adhim))
No comments:
Post a Comment