Wednesday, March 21, 2012

Kusut seperti benang..

Dikala hati ini..
dan fikiran ini..
terasa berat..
kusut..

ku melabuhkan sujudku kepadaMu..
mengharap..
dan berserah..

Tuhan,
leraikanlah kekusutan ini..
mengapa..
kurasakan terlalu berat..
dugaan ini
padahal ku tahu..
masih ada yang diduga
dengan ujian yang lebih lagi..

Tuhan,
berikan aku cahaya..
pengharapan..
kekuatan..
ketabahan..
kebahagiaan..
ketenangan..

Tuhan,
leraikan kekusutan ini..
ringankan fikiranku..
dan dadaku..

Tuhan,
seakan hampir aku
berputus asa..
dan buntu...
kuterus bermohon dan ..
selamanya memohon..

jadikan aku semakin kuat..
semakin dekat..
kepadaMu..
jangan pula jadikan aku lemah..
dan menjauh..
daripadaMu..

Tuhan,
berikan aku semangat,
dan keyakinan..
untuk terus memohon..
dan memohon..
kerana kutahu..
Engkaulah sumber cahaya itu...

Kerana kutahu..
Tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu..
sia-sia..
dan tidak pula sesuatu apa pun
mampu menghalang apa yang
Engkau takdirkan..

Cuma Tuhan,
kuatkan keyakinan ini..
dan semangat ini
agar aku
tidak berputus asa
dari rahmat Mu..


No comments:

Post a Comment