Monday, March 28, 2011
It's all Over now.
And only Allah knew what I'd felt for the past one month. Carrying an unformed baby in my womb really tortured me. Dont know how to describe it. I was almost explode. Everything was so irritating...at home, at work. Espescially when I had to work on pregnant lady. Allah knew how was it... I did envy, but I tried my best to feel Redha. I felt so sorry for my hubby. Alhamdulillah, so far my hubby is very understanding man,I am very lucky to have him.
Friday, March 25, 2011
BPA dalam botol bayi
Berikut serba sedikit maklumat untuk makluman semua:
Apa itu Bisphenol A?
Bisphenol A ialah sejenis bahan kimia yang membentuk plastik polycarbonate iaitu plastik keras yang di gunakan dalam produk2 seperti botol bayi, bekas2 air, bekas2 makanan, permainan, lapisan plastik di dalam tin makanan, dalam sesetengah penampal gigi dan bahan2 bukan alatan makanan.
Apabila bekas plastik polycarbonate didedahkan dengan air panas, BPA akan larut keluar 55 kali lebih cepat daripada keadaan normal.
Apakah bahayanya BPA?
Antaranya (melalui eksperimen yang dijalankan keatas binatang):1. Risiko untuk mendapat kanser payudara terutama kpd perempuan yang terdedah kepada BPA sejak kanak2.
2. Bahaya kepada bayi yang dikandung apabila ibu2 mengandung terdedah kepada BPA memandangkan pada ketika ini perkembangan otak dan anggota badan masih dalam proses pembentukan. Menyebabkan keguguran, kanser, dan kecacatan termasuk Down Syndrom
3. Membantut perkembangan testis dan mengurangkan bilangan sperma (apabila didedahkan kepada BPA sejak daripada awal usia)
4. Menggalakkan Obesiti- melalui pembentukan sel2 lemak,
5. Menyebabkan Diabetes- melalui proses insulin resistan
6. penyakit jantung dan mengurangkan sensitiviti kepada kemoterapi bagi pesakit kanser
7. Kesan sampingan sementara- ketidakselesaan pada kulit dan mata.
Bagaimana untuk mengesan BPA dalam botol bayi/ bekas makanan@minuman?
Botol plastik yang mengandungi BPA polycarbonate akan ditandai dengan kod recycle nombor 7
(sila cari di tapak botol. Kebanyakannya botol plastik adalah dari polycarbonate BPA)
Bagaimana untuk elakkan BPA?
1. Silalah gunakan bekas makanan/minuman besi tahan karat.
2. Kalau nak jugak guna plastik, sila cari label 'BPA-free' atau cari label kod recycle bernombor 1 atau 2 atau 4 untuk polyethylene (#1,#2,#4 recycling symbols), atau kod recycle nombor 5 untuk polypropylene (#5 recycling symbol).
Sumber asal: Scientific American, The Dangers of BPA, Chemical Encyclopedia- BPA
Sunday, March 6, 2011
Pemergian Nik..
Lebih kurang 2 minggu selepas kami semua kembali dari tanah suci Mekah, Nik (panggilan untuk nenda suami) jatuh sakit. Masa tu dalam pukul 11 malam. Suami dapat panggilan telefon. Katanya NIk tak sedarkan diri. Disebabkan suami saya oncall pada malam itu, kami menunggu hingga selepas subuh untuk balik kampung. Keesokannya kami berdua amik EL (emergency leave).
NIk kelihatan lemah, tak boleh duduk apatah lagi berjalan, tapi masih mengenali orang. Percakapannya sedikit 'slurred'. Badannya lebih lemah sebelah kiri, berbanding kanan. Besar kemungkinan stoke (CVA). Ahli keluarga belah mertua sepakat untuk merawat Nik di rumah. Suami saya berusaha untuk ambil bekalan IV drip dari KK berdekatan. Sewaktu ini gag reflex tiada, bermaksud, untuk menelan makanan adalah mustahil tanpa risiko makan tersebut masuk ke paru2. Jadi, nasi bubur, air dan makan 2 lembut di beri sedikit s edikit.
Nik berumur lebih kurang 90 an, menghidap cataract serius. Kedua belah matanya fully blind setahun dua kebelakangan ini. Dia hanya mengenali orang yang datang menziarah dengan hanya mendengar suara mereka. Walaupun kena stroke, tetapi ingatan nya cukup kuat. Dia masih boleh mambacah Yasin, surah alkahfi 10 ayat pertama dan terakhir dan beberapa surah lagi yang di hafal dengan lancar. Itu yang mengagumkan, dan membuatkan saya berusaha untuk mengulang2 kembali hafalan2 saya yang terdahulu supaya saya tak lupa (selepas kawin dan dah ada anak ni, sangat susah untuk mencari masa bagi mengulang bacaan2 lama apatah lagi nak hafal surah2 baru), manalah tahu... kalau2 panjang umur, tapi penglihatan ditarik (nauzubillah), maka saya boleh baca surah2 yang saya dah hafal tu.
2 minggu kemudian, keadaan bertambah teruk. Nik tak dapat bercakap, dan tak dapat memberi respon terhadap soalan2. Kami berulang alik dari k.krai ke Kb hampir setiap hari, kecuali pada hari suami saya onkol.
Tak lama selepas itu, Nik pergi buat selama2nya. Dan kepada Allah kita kembali.. benarlah janji2 Allah itu. Moga Allah cucuri rahmat kepada nya dan menempatkannya bersama orang2 yang beriman. Amin
Dalam keluarga saya, dah lama tak ada kematian selepas pemergian datuk saya 20 tahun lepas. Pemergian Nik membuatkan saya belajar dan berfikir..
Nik mempunyai ramai anak, berjawatan dan kebanyakannya kaya. Cucu cicitnya pun tak terbilang. Mertua saya merupakan anak nya yang bongsu. Jadi, bayangkan lah betapa ramai sepupu belah suami saya.
Selama NIk sakit, kebanyakan masa, keluarga suami, ibu bapa dan adik beradik nya yang menjaga. Tidur di rumah Nik, uruskan kencing berak, mandi dan menyuapkan makanan serta tukar IV drip (sewaktu kami di k.krai- adik2 suami yang tukarkan). Saya pun turut serta sekali. Dapatlah saya belajar sedikit sebanyak cara2 menjaga waris yang terkena stroke dan yang nazak. (Harap maklum, merawat dan menjaga adalah dua perkara yang totally tak sama langsung.) Dan menjaga itu memerlukan kesabaran, memenatkan dan perlukan bantuan dari waris2 yang lain.
Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan kamu semua, adalah amat tak patut jika ayah/ ibu kita sakit, kita hanya mengharapkan adik beradik kita yang sorang tu je yang tunggu dia dalam wad (misalnya) atau mengurus makan minum nya. Sementara kita hanya memberi alasan sibuk dengan kerja. Harap maklum, menjaga waris yang sakit memang memenatkan, fizikal dan emosional.
Seperkara lagi, saya teringat satu hadith nabi:
Sabda Rasulullah w.a.w: "Jika seorang manusia meninggal dunia, terputuslah pahala amal soleh darinya, kecuali 3 perkara: Sedekah jariah (yang disedekahkan ketika masih hidup), atau ilmu yang diambil manfaatnya oleh orang lain, atau anaknya yang soleh yang mendoakannya" (HR Muslim)
Benarlah, hanya anak yang soleh saja yang bersungguh mewudhu'kan kita, menjaga solat kita diwaktu kita hanya mampu mengerdipkan mata. Hanya anak yang soleh sahaja yang dapat membacakan kita ayat2 Quran dan mengingatkan kita kepada Allah agar tidak lalai, sewaktu kita tak mampu walau hanya untuk menggerakkan lidah.Jadilah kita anak yang soleh, dan usahakanlah sedaya upaya untuk menjadikan anak2 kita anak yang soleh.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami anak2 yang ramai dan yang soleh, yang menjaga solat nya, dan menjauhi perkara mungkar dan maksiat.
Mudah2an, bila saya sakit nanti, anak2 saya akan bantu saya untukberwudhu' dan berusaha agar saya tidak meninggalkan solat. Mudah2anjuga anak saya nanti akan bacakan ayat2 suci alquran di telinga ini, akan bisikkan kalimah syahadah di telinga ini.
Sebagaimana yang kita tahu, waktu nak menghembuskan nafas yang terakhir, syaitan2 berebut2 untuk menyesatkan kita. Dan saya berdoa agar tidak tewas dengan bisikan syaitan di saat ambang maut nanti. amin.
Quran dan English
Semangat untuk mengajar english dan Quran.. (maybe Arab in the future?).
Orang kata, doktor biasanya English nya bagus... hmm.. mungkin, tapi tidak semua. Penulisan mungkin saya bagus, tapi percakapan...hmm.. kalau dah hari2 cakap melayu, dengan semua orang, dalam setiap keadaan, kalau duduk kat oversea pun belum tentu dapat fluent english. ye tak?
Begitu juga dengan bahasa Arab. Saya pernah bersekolah agama arab selama 5 setengah tahun.. tapi malangnya, tak pandai berbahasa arab (basic mungkin ada, tapi vocab kering..). Salah satu puncanya (selain diri sendiri tak berusaha) ialah surrounding yang full time bercakap dalam kelate language (hehe). Every subject agama, menggunakan text dari universiti Azhar (kalau tak silap) yang fully arabic, tapi setiap kali kelas, setiap perkataan mesti diterjemahkan sebiji2 oleh ustaz/ustazah. At the end of the day, kami sebenarnya belajar subject arab dalam bahasa melayu. Namun saya tak salahkan ustaz/ustazah saya dahulu. Mereka hanyalah mahukan yang terbaik untuk kami. Cuma, saya berharap agar suatu hari nanti mungkin sekolah saya itu akan ubah cara pendidikan mereka. ( Ustaz/ ustazah...ampun maaf dipinta..!)
Saya telah mendapat inspirasi daripada mama darwisya (sila klik ke blog beliau) untuk speak english with my daughter... cita2 100% speaking, tapi cuba sekerat2 dulu. Maklumlah, lidah dah keras. Setiap kali pun kena pikir ayat dulu huhu... (don't compare me to the other doctors okay!)
Sememangnya, sejak mula2 Damia' lahir dulu, saya memang bercita2 nak speaking dengan damia'. Saya tahu, lagi awal kita serapkan bahasa kepada bayi, lagi mudah dia ikut. Dan cara paling berkesan ialah komunikasi di rumah! Bukan di tadika atau kelas2 bahasa.. itulah pentingnya pendidikan awal oleh seorang ibu.. pendidikan agamanya, bahasanya, akhlak nya. ( Ni yang buat saya malas nak masuk hopital dan onkol balik ni..!). Tapi di sebabkan segan, takut salah grammar la, tak yakin, rasa kekok.. dan macam2 lagi, membuatkan saya hanya memperkenalkan vocab2 sahaja seperti cat, car, jump, see saw, etc. Hasilnya, anak saya kenal dengan benda2 yang diajar, tapi tak dapat faham dengan sentence yang keluar (contohnya sewaktu dibacakan ayat english dalam aktiviti di starfall.com).
Selepas membaca kisah mama darwisya yang asalnya dulu juga full time malay language, kemudian mula speaking fully dengan darwisya (dengar melalui video tu, english-malay biasa2 je, bukan macam yang dah fluent), hasilnya,sekarang anaknya darwisya bercakap english lancar membuatkan saya cemburu dan akan cuba buat dengan damia'. Chayok!
Saya selalu berdoa: "YaAllah, berikanlah hidayah dan petunjuk kepadaku dan suami dalam mendidik anak2 untuk menjadikan mereka anak2 yang soleh, dan berjaya di dunia dan akhirat..". Mudah2an kami sentiasa di beri hidayah dan pentunjuk, bantuan dari yang Esa. Kalau nak harapkan diri kami yang penuh kekurangan ini, yang kurang ilmu, kurang amal.... hanya Allah yang mengetahui.
Berikut ialah copy paste dari blog darwisydarwisya. Sekadar untuk berkongsi dan simpanan untuk ingatan saya sendiri.
Pandangan pakar barat tentang perkembangan Bahasa pada bayi umur 0-3 tahun :
"Research at the University of Chicago shows that a bird placed in isolation for the first few weeks of its life never learns the song of its species properly and will thus be unable to uphold a territory or woo a mate. Even though humans are more resilient than birds, between 0-3 years of age nature has primed our brains with a peak number of synapses that are busily building the optimal neural pathways to use in the production of language. This amazing ability gradually decreases and by six or seven, children have become mere mortals, who like adults have to actually put effort into learning the new pronunciation, vocabulary and grammar.
Obviously, children will get by just fine without speaking a second language like a native, but most parents of multilingual children at least aim for that level of skill. Even if you start learning languages before age 7, the optimal period is between the ages of 0-3. Why? Brain imaging studies show that languages in bilingual infants are stored closer together in the brain than in later bilinguals. This means learning another language after the age of 3 both takes greater effort and is treated differently by the brain compared to the child who acquires them simultaneously.
Although language is said to be inherent in humans, (we have highly specialized 'language centers' in the brain), talking is primarily a social phenomenon. We use it to communicate with other humans, typically those ones closest to us. So, in order to fulfill its fundamental objective, this 'all-purpose language chip' needs customization to wire up to the right language. This is similar to the way eyesight develops. As most parents know, a baby's eyesight is not fully developed until 6-9 months of age. The very act of seeing completes that capability; if an infant is left without visual stimulation for an extended period, he will have impaired vision for the rest of his life. The same 'use it or lose it' principle applies both for the understanding and production of language.