Wednesday, February 23, 2011

Percaya dan Yakin

Aku percaya, bahawa Allah itu berkuasa atas sesuatu..

dan aku yakin bahawa tiada yang mustahil bagi Allah.

Aku juga percaya, bahawa setiap hambanya akan diuji

Sama ada kesenangan mahupun kesusahan...

Sesuai dengan keupayaan mereka untuk menanggung ujian itu.

Dan aku bermohon, agar dengan ujian ini,

aku lebih hampir kepada Mu, bukan menjauhiMu..

agar dengan ujian ini,

Imanku akan lebih kukuh, bukannya makin goyah..

agar dengan ujian Mu ini,

aku menjadi hamba Mu yang semakin bersyukur,

bukan yang semakin berkeluh kesah.

Ya Allah... aku bermohon.. agar tingkat keimanan ku, kedudukanku semakin tinggi disisiMu dengan ujianMu ini.

Ya Allah... Kurniakan kepadaku rezeki yang lebih baik sebagai gantinya... amin amin ya Rabb.


"Mungkin juga lambatnya termakbul doa itu menjadi sebab untuk engkau sentiasa di pintu munajat dan mendekatkan diri kepada Allah; jika engkau dapat apa yang engkau inginkan maka engkau akan jauh dari Allah. Buktinya jelas, jika tidak kerana ujian yang menimpa maka engkau tidak akan dilihat bermunajat dan berdoa pada Allah. Allah lebih tahu apa yang membuatkan hambaNya jauh darinya, maka Dia datangkan ujian untuk mendekatkan hambaNya kepadaNya, supaya mereka ini memohon pertolongan daripadaNya. Sesungguhnya musibah yang sebenar ialah apabila engkau jauh dariNya. Dan adapun apa yang membuatkan engkau berteleku di hadapanNya dan bermunajat, maka itulah keindahanmu yang sebenar."

Hikmah Doa Lambat Termakbul

No comments:

Post a Comment