Sunday, April 25, 2010

Cerita April

Kembali Bekerja

Alhamdulillah. Fasa berehat panjang dah tamat. Kembali ke alam medic. Otak yang sedikit beku cuba sedaya upaya untuk dicairkan.

Azam baru naik keja: akan berusaha untuk lebih ihsan kepada pesakit2, especially yang dah tua, yang miskin.. azam untuk tak mudah bengang dengan pesakit yang nak mintak mc.. huhu.

Baru 2 bulan x datang keje, macam2 jadik. Jm ngan SN yang due date delivery dia lebih kurang ngan my date dah deliver. Alhamdulillah. Tak perlulah aku tengok perut2 distended mereka yang sedikit sebanyak meluluhkan jiwa ni.

Doktor KKiK dah pindah. So skrg KKIK kosong. My clinic -mate pun dah bertukar. Dulu semua pompuan. Skrg dah jadi 2 pompuan dua lelaki. FMS dah bertukar, dr Raizam m.o teman sekerja pun dah bertukar. haihh.. apalah nasib badan dapat partner baru yang ala2 ahli lelap ni. Stress betul suasana OPd sekarang. Di tambah ngan kes H1N1 dah ada yang positif kat k.krai... bertambah2 la tugas PKd staffs.... dan m.o sorang tu yang asyik nak mengelakje dari buat keje...haihh...


Anak Sedara baru..!..

Adik ipar saya miriah dah selamat bersalin. Baby boy, alhamdulillah. sekarang Mishaal Musa dah ada kawan =)

Takdir Ilahi. Ramai pulak tahun ni pregnent dekat2 ngan due date saya. Tapi Alhamdulillah, bila tengok baby tu tak rasa sedih pun. Cuma terkilan saja.

Moga2 baby ini akan membesar jadi anak yang soleh... macam mak ayah dia, amin.



















Tok Ayah dengan cucu-cucunya.. bersama cucu baru


Pindah Rumah

Setelah setahun di rumah teres yang sedikit sempit tu, akhir nya dapat pindah ke kuarters m.o. Hmm... tak de lah lawa. bangunan lama. Tapi at least boleh save badget, lagi besar dan selesa, dan paling penting dekat. Jalan kaki tak sampai 2 minit pun.. kalau berlari la. hehe

Alhamdulillah. Sekarang tengah bersemangat nak hias rumah, beli curtain baru ( sebelum ni guna curtain2 buruk second hand je).... ntah kenapa semangat pulak nak menghias. Maybe sebab umi offer nak jahitkan kot.

Thank you umi n abah sebab datang ke krai sehari semalaman semata2 nak tolong jahitkan langsir! LOve you sOO much! Bila balik keja, masuk rumah, ada umi n abah... perassan tu happy je... rasa macam zaman sekolah2 je.

Nanti la nak upload gambar umah baru tu... bila dah kemas cantik2 ye.

Ok ni gambar nye..



















Langsir yang umi tersayang jahit. Hebat tak? jahit dalam masa sehari..



















Bilik tetamu ye. Bilik master bed room mana bleh tayang2...

















M
acam lawa je kaler pink tu dalam gambar ni. Hakikatnye...



















Lawa tak dinding pink ngan tikar getah biru? hehe

Malas nak letak karpet lagi, sebab asal balik kampung je, cicak2 akan bersuka ria tinggalkan sisa2 hitam putih...

Tengok tu, kipas tambahan di musim cuaca panas ni.. (agak mencacatkan permandangan jugak..)




Satu lagi Kematian


Selasa lepas sorang lagi insan meninggal. Innalillahi wa innailaihi rahi'un. Jiran lama, jiran rapat. Ayah kepada kenalan.

Ntah kenapa, sejak kebelakangan ni, asyik dengar orang mati kerana kanser je. Arwah ni pun sama. Kanser paru2. Tak pernah merokok, tapi dapat kanser paru2. Symptom2 hanya timbul tak sampai sebulan lepas. Arwah hanya komplen penat, susah nak menelan.

Anak dia yang merupakan kenalan saya ngan adik beradik saya ada call tanya opinion. Jadi sebelum dia masuk hospital tu adala sekali pegi rumah dia. Memang cachexic. Susut sungguh badan dia Penat sebab tak de selera nak makan. Tapi semangat dia kuat, masih nak bercerita. Kami hanya mampu nasihatkan pegi ke hospital je untuk further investigation. nak komen banyak2, diagnosis pun tak tahu lagik.

2-3 hari kemudian setelah anak2 semua balik baru la arwah ni di bawa ke hospital. Kata nya CXR ada pleural effusion... hmm.. agak2 macam lung CA je. Memang sah la. Tahap akhir.

2 minggu dalam wad, arwah makin tak de tenaga, makan pun tak... doktor pun akhirnya bagi balik untuk palliative treatment. Sehari selepas balik, beliau meninggal. Dan kepada Allah kita kembali....moga rohnya dicucuri Rahmat dan bersama golongan orang2 beriman. Amin.

Peringatan demi peringatan..... Ya allah, tetapkan lah aku dalam Iman....Matikan lah aku dalam Iman...

1 comment: