Friday, June 26, 2009
Kursus lagik...
Ni baru balik dari Batu Rakit. Kursus Diabetik. Sepatutnya habis esok, tapi balik awal sket sebab nak ikut hubby hantar adik dia masuk U kat KL .. sambil jalan2... ehem..
Duk kat PKD ni ntah berapa banyak kursus dalam sebulan... best jugak gi jalan2.
Tapi tak tahu la keberkesanannya. Jangan setakat makan angin je.. tapi balik kursus sama je dulu dan sekarang. Tak de beza. Ini maknanya dah perabih duit kerajaan sia2 je ni..
Balik kursus masing2 senyap je... teruskan tugasan harian tengok patient, terlupa nak sampaikan isi kursus tu kat sahabat2 dan staff2..
Bukan tak nak syer, memang berkobar2 nak syer, tapi bila gi kerja, dari pagi sampai tghari duk tgk patient, pastu rehat makan minum solat, sambung balik kul 2-5. Tak bangun2 dah dari kerusi tu.. bukan setakat nak cerita pasal kursus, nak borak pun tak sempat. Kalau ada masa pun dah lupa dah apa nak cakap tu...
Tapi masa boleh cari kan...?
Ilmu perlu dikongsi sebelum kita lupa... Ilmu perlu dikongsi supaya kita tak lupa.
Semangat2 ! Azam nak bagitau m.o dan staff lain!

Rejab
Selamat datang bulan pengampunan, bulan Rejab.
Astaghfirullahal a'zim.... Astaghfirullahal a'zim.... Astaghfirullahal a'zim....
Semoga Allah ampunkan dosa2 lalu kita....dan memberi kita umur sehingga ke bulan Ramadhan.
Ya Allah, berikan aku kekuatan dan kesempatan utk beribadat di bulan Ramadhan tahun ini, amin.

Nak kena start baca balik buku "Rumah Kami di Bulan Ramadhan" karangan Dr Abd Wahid Al Wakil tu... beli masa student dulu..
Moga2 tahun ni dapat buat terawikh dgn lebih aman... sebab tahun ni tak de onkol ^_^ Sukanya!
Saturday, June 20, 2009
Once Upon a Time I was a Housemen episode 2
Hmm... rasa macam nak bercerita lagi pulak.
Masa saya houseman dulu, posting pertama dapat Paediatric. First day masuk blurr... tak tahu nak buat apa. Tak de sorang pun yang explain apa yang patut saya buat. Masa lapor diri tu dah pukul 10 kalau tak silap (sebab awal sebelum tu lapor diri kat JKN, pastu datang hospital, lapor diri kat Pengarah pulak). Semua tengah buat kerja. Tgh amik blood, siap kan kerja2 wad. Briefing oleh ketua m.o sikit2. Tapi sebab first day and first time jadi doktor, tak tahu la yang mana patut kena ingat, yang mana yang penting.
HAri kedua datang awal sikit, round wad dengan m.o dan specialist. Senyap je. Dengar kat tepi. Pastu specialist kata,.. "Haa awak, meh tulis. Belajar tulis." ( Not that I didn't know how to write, but to know how a houseman suppose to write..). Emm.. you know? that kinda writing when you follow round during your student. Masa time saya jadi student dulu selalu terpikir.. "H.o ni macamana tulis semua yang specialist tu cakap ek? Dah la laju, pastu cakap slow macam ala2 borak gitu.." Haa... itu la yang nak kena belajar tu, skill of doctor's writing. Bukan tulis semua patah perkataan tu, tapi yang relevan sahaja. Lagi, kalau tak dapat tangkap butir2 bicara tu, jangan segan2 tanya balik, jangan buat2 pandai tulis ayat lain atau tinggal kosong terus... sebab apa yang ditulis itu ialah management specialist tu. Yang mana semua orang akan baca... m.o, staff nurse, specialist lain. Jadi, jangan cetuskan sebarang kekeliruan. Jangan jadi bodoh sombong... tak tahu, tapi buat2 tahu.
Masa baru2 masuk posting (each posting) akan ada hari tagging... maksudnya belum oncall, tapi kena stay ngan orang oncall atleast sampai pukul 10 untuk belajar dgn orang yang oncall tu, apa yang patut dibuat masa oncall.
Masa 1st posting tu, tak tahu kepentingan tagging tu... telah tidak tagging dengan betul hihi... sekali masa first day oncall, baru haru biru. Tak tahu yang mana patut didahulukan, mana yang kemudian , gabra habis, siap kena marah ngan m.o oncall waktu tu sebab tak clerk case (padahal masa tu gi amik ABG neonate- yang boleh buat kemudian) .. haha.. sampai sekarang kalau ingat oncall kat paeds, memang mengerikan. Penat. Lepas tu ngeri pulak kalau ada baby yang buat hal i.e stop breathing. Kesimpulannya, saya takkan jadi paediatrician.
Tapi alhamdulillah, belajar sikit demi sedikit.. bila dah banyak kali oncall, dah dapat biasakan dgn suasana oncall. Tapi first posting, staffnurse pun tak respect kat kita. Especially SN yang dah senior, geram betul.. tapi apa nak buat, boleh kata ilmu diorang dalam posting tu lebih banyak dari kita. So, jangan bongkak juga dgn SN. Kadang2 perlu dengar jugak apa kata mereka, tapi jangan terlalu depends pada kata2 SN, contact la m.o untuk dptkan kesahihan. Mesti ingat, walaupun pengalaman diorang banyak, tapi diorang takde MBBS.... mungkin pengalaman itu pengalaman yang salah... ilmu turun temurun. Dapatkan kesahihan dari senior doktor, bukan senior staffnurse ye.. (lain la kalau korang tu staffnurse)
Next posting ialah surgical.. rasanya oncall releks sikit. Cuma kena belajar assist m.o dalam oT (operation theatre). Alhamdulillah kat HKB dan HUSm kita boleh pakai tudung (yang bersih ya) dan baju lengan panjang kat dalam (juga yang bersih ya..) So, tak perlu risau2 pikir nak tutup aurat camana. Juga belajar procedure2 yang tak de kat paeds. Jarang2 sekali nak ada CPR.
Alhamdulillah, lepas dengan jayanya. Sepanjang jadi housemen, tak de yang sangkut, alhamdulillah. Cuma extend kat posting ketiga : OnG sebab bersalin. Masa posting ketiga ni lah saya dapat posting sekali ngan hubby. Posting last saya dan hubby. Bezanya dia sambung posting sebagai m.o, saya pulak h.o 3rd posting. Memang bila husband and wife duduk satu posting, orang macam jeles sket... selalu compare2. Lepas tu macam tak berapa suka kalau hubby tolong saya siapkan tugas. Ye lah.. apa nak buat pangkat berbeza... macam tak kena pulak m.o gi buat keje h.o. Lagi pulak saya ni slow sket, hubby pulak buat keje cepat, jadi slalu la saya ni jadik bahan bandingan.. Aduss... sakitnye hati.
Pulak tu masa tu perut dah memboyot. Dapat pulak satu wad ngan h.o lelaki yang suka mengarah2 macam ketua. Tak kesian langsung kat pregnant woman ni. Padahal kami sama level, ape ke hal nak arah2 ni? Cuak jugak dalam hati tapi malas nak gaduh.. lagi pun memang tak reti nak protes pun. Kalau setakat mengarah dan sama2 buat keje tak pe jugak. Ini tidak, arah2 orang, lepas tu dia keluar awal, ala2 bos gitu, keluar awal, datang lambat... tapi bila depan specialist dan m.o, lantang sungguh bercakap seolah2 dia la yang buat semua keje. Padahal yang banyak buat keje ialah orang lain. Konon nak tarik perhatian specialist... betul2 macam parasit.
Bila jadi h.o baru keluar perangai sebenar.
Masa mengandung memang emosi tak stabil, lagi2 bila jadi housemen .. houseman OnG lagik tu... weekend takde nye nak rehat. Kena datang buat round kat wad. Bukan setakat round... kena settlekan keje selepas round pulak macam hari2 biasa. Kalau patient tak ramai, boleh la balik kul satu... tapi kalau ramai orang bersalin dan orang pregnant bermasalah, kenalah settle semua2 lambat sikit.. adalah kul 2-3 baru dapat rehat, makan.. balik umah. Nasib baik dapat kelate kat umah ni. Boleh gak balik umah mak weekend tu walaupun sekejap. Kalau yang bukan asal negeri tu, memang sebulan skali pun susah nak balik. Itu pasal weekend, tak cerita lagi oncall EOD (every other day) atau bila short h.o sangat, boleh jadi oncall back to back (2 hari berturut2, lepastu sambung lagi EOD plak..)
Kalau time raya, memang berebut nak cuti, tapi itulah, kena bertimbang rasa.. tak boleh la cuti lama2, kesian kawan yang kena cover kerja tu. Kalau ketua h.o yang sistematik sket, buat jadual raya tu lepas masing2 volunteer nak keje hari raya yang ke berapa. Masa cuti raya ni la nak tengok pembuat jadual tu adil ke tak.. atau semua orang dia letak oncall, tap dia and the gang tak kena pulak.... Oh ya lupa nak cakap.. jadual onkol sesama h.o yang sediakan. Biasanya h.o paling senior la, sebab dia paling arif pasal gerak kerja kat posting tu.
Walaupun tak berpa best ngan workload OnG dan keje lebih masa dia, tapi sebenarnya best jugak kalau ingat saat2 deliver baby, saat measure Os... betul atau salah,memang bergantung pada diri sendiri. Berapa banyak praktikal dah buat. Yang tak best nya bila onkol la... kalau onkol labour room.. tak tidur lanngsung tu perkara biasa. Kalau posting surgery atau ortho boleh gak tido.. tapi kalau Ong, Paeds memang paling lama tido pun 2-3jam je. Jadi, biasa2 kan lah diri anda tak tido malam.. bukan setakat tak tido, esok nya tak de excuse ya utk merehatkan diri. Tak de excuse utk datang lambat amik blood.
Dalam pada penat tu, ada jugak kenangan manis.. kenangan first time bersalin disambut oleh hubby. Memang rasa sangat special..dan sangat bahagia. Thanks to Allah for your ni'mah.
Lepas melepak2 di posting ortho sambil membiasakan diri melihat2 Xray, manage diabetic foot dan fracture, maka tamatlah episod sebagai h.o. Masuk medical sebagai m.o. Rupa2nya sangat takut nak jadi m.o ni. Walaupun boleh bergembira sebab tak perlu lagi amik blood, dan buat remeh(tapi of course la penting) especially bab nak gi berbahas ngan radiologist untuk dapatkan URGENT apa2 lah.. tapi sebenarnya besar tanggungjawab m.o ni. Especially kat medical, bila specialist jarang ada kat wad... m.o la yang kena pandai buat decision dalam management patient.
Lepas medical selama 6 bulan, dah tak tertahan lagi nak keluar. Walaupun 6 bulan tu kira cam baru nak stable dalam medical, sebab ilmu dia yang lautan luas.. tapi alhamdulillah dapat keluar ke casualty. Tak tahan den dgn karenah physician2 tu! Dah la susah nak consult, banyak pulak komen kena batang hidung m.o2 semua... Ada je yang tak kena, tapi tak pulak dibimbing ke jalan yang benar. jadi, biarlah daku membawa diri... chewah.
masuk pulak casualty. Best jugak keje shift ni ek. Cuma management dia tak de la seberapa. Setakat condition emergency tu je. Memang la emergency management tu penting... bukan la nak kata tak penting.,. cuma rasa macam nak beri lebih kepada pesakit tak boleh. Bila sihat sikit, patient dah boleh balik. Kalau tak sihat lagi, kena masuk wad. Antara dua je... atau yang terlalu tenat, kena resus.
Bila dapat gi district ni... i.e klinik kesihatan ni macam best pulak. Sebab macam2 kes ada. Yang tak ada emergency case je. tapi nasib baik gak takde , sebab saya ni jenis tak boleh emergency2 ni... Stress! Bila stress, pikiran pun jadi tak rasional.
Buat adik2 medik, jangan risau pasal housemen. Tu cuma satu fasa dalam hidup sebagai doktor. Bila dah lepas 2 tahun tu, insyaAllah akan rasa best. Dan tak semestinya adik2 kena jadi doktor pakar kerja kat hospital je.. banyak pilihan lain kalau tak minat keje kat hospital ni. Boleh sambung jadi pensyarah preclinical, atau sambung pathology, keje kat makmal. Boleh jugak sambung radiology keje kat Xray department, atau kalau nak jadi pengarah hospital, boleh ambik public health. Kalau nak jadi doktor pakar, tapi tak nak oncall, boleh ambik FMS- Family Medicine Specialist.. Hmm... macam2 ada... kalau tak nak sambung apa2, tapi nak jadi doktor dan tak mahu oncall, boleh la jadi m.o tua kat Klinik kesihatan ni... hehe.
All the best! Tugas kalian sekarang.... biar lulus exam tu dulu. Yang lain panjatkan doa pada Ilahi agar diberi kekuatan mengharungi kehidupan yang mencabar ini.. cheewah.
Antara tips untuk sentiasa berjaya: jangan lupa amalkan solat dhuha. InsyaAllah tak gabra masa exam praktical. Solat malam jangan tinggal. Lagi satu- kena kenal pasti waktu mana yang paling berkesan untuk adik2 menelaah. Setiap orang berbeza waktu dia. Ada yang berkesan study waktu sebelum subuh, ada pulak lepas subuh. Ada yang mudah serap ilmu waktu pagi, ada jugak yang lepas maghrib paling mudah dia lekat ilmu tu. So... tepuk dada tanya diri.
Ketahui keupayaan diri. Jangan ikut apa yang orang lain buat, tapi buat apa yang diri mampu.

Friday, June 19, 2009
Once Upon a Time I was a houseman (untuk adik2 medik)
Orang kata, masa lepas grad dan menunggu untuk start posting housemen adalah saat paling bahagia... macam mimpi menjadi nyata. Tapi bila dah start jadi housemen, kenapa ramai yang nak quit dari jadi doktor pulak?
Teringat masa student dulu.. Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Dari kecik lagi cita2 takde yang lain dah... tahu pandai sebut nak jadi doktor je.Yang lain tak terpikir pun. Ntah la apa yang best sgt jadi doktor ni.... tapi masa tu memang hanya ingat nak jadi pakar sakit puan hanya kerana Allah je. Nak bantu orang Islam, especially muslimat.
Tak pernah terlintas untuk menyerah pun walaupun study penat, takde life macam student lain... saya juga tahu dan dah dapat gambaran yang keje doktor ni sangat sibuk. Hanya kerana Allah, yakin Allah pasti permudahkan urusan lain.
Tapi rupa2nya tahu dengan mengalaminya adalah suatu yang berbeza. Especially menjadi doktor dan juga seorang isteri, lebih2 lagi bila dah jadi seorang ibu..... adalah perkara yang berbeza. Pandangan terhadap kerjaya pun berbeza selepas kawin dgn sebelum kawin. Dah mula pandai pikir nak quit.
Memanglah niat tu tetap kerana Allah.. tapi jaga anak2, mendidik anak dan menjaga keperluan suami dan anak juga kerana Allah kan? Saya tak kisah keje penat pun.. tapi tolonglah jangan kacau lepas office hours. Bila orang lain dah balik keje, kita masih lagi kat hospital.. kena oncall lagik... teringat baby yang menangis kat rumah, tak dapat nak bagi full breastfeeding. Bila oncall, nak express breastmilk pun tak sempat. Kita jaga anak orang kat hospital, tapi anak sendiri kat rumah terbiar. Itu yang tak boleh nak terima tu bila tak berapa lama ari tu ekoran timb menteri buat onar kat HKL pastu orang suka2 hati nak komplen kata doktor pemalas, curi tulang la.(ala..yang pasal timb menteri yang gi masuk bilik doctor kat A&E HKL- nampak 2 orang doktor tak tgk kes, sebaliknya tgh baca surat khabar dan buat keje sendiri- which turn out to be the doctors were actually had already finished their shift and preparing to go home).
Houseman bukanlah tempat untuk tunjuk kebolehan manage patient. Walau bijak mana pun masa student, dpat deans list ke, bila jadi housemen, kamu tidak dibenarkan buat keputusan sendiri. Semua kena bagitau m.o- dia yang akan decide nak manage macam mana. Salah satu sebabnya, haouseman tak ada insurans, tak disahkan jawatan lagik. Lagi pun banyak benda lagi yang houseman tak tahu... yang masa student tak diajar. Tak semua benda diajar oleh lecturer masa student dulu. Sebabnya, medical is a broad profession. Bila keje baru terbukak minda tu.
Housemen cuma perantara m.o dan specialist dgn patient - mereka tu yang sebenarnya manage patient. Dalam kata yang tak best sket... housemen cuma kuli je. Paling awal datang, paling lambat balik. Tukang amik blood sample- susah tak susah pon, kena dapatkan blood tu (kena pikirkan cara biar dapat, mintak tolong member2 ke.. jangan pulak bila tak dapat, buat tak tahu je biar m.o dapat tahu sndiri yang blood tak amik lagik), isi borang2, buat procedure- chest tube, peritoneal dialysis, needle biopsy, ABG, CBD, berlari ke radiology department ambik appointment URGENT CTscan, URGENT ultrasound- (pastu kena marah pulak bila tak dapat urgent). Tapi walaupun seorang kuli, housemen yang bagus bukanlah seorang robot. Housemen yang bagus ialah kuli yang berfikir dan berotak cerdas lagi bergerak cergas.
Bila m.o order pagi, maksudnya kerja yang diorder tu mestilah disiapkan sebelum tengahari. Bukanlah nak tunggu m.o round esok pulak dan tanya "kenapa tak dapat lagi?" dan cycle itu berulang dari hari ke hari sehingga menjadi bahan umpatan m.o-m.o yang sangat lah kuat umpatannya itu... dan kadang2 umpatan itu sampai jugak ke telinga specialist. Kalau bernasib malang, kena la si housemen tu di extendkan lagi masa dia di posting tu. Yang mana normal nya, satu posting tu adalah 4 bulan duration dia. Tapi bila dah kena extend tu biasanya tambah lagi 1-4 bulan bergantung pada specialist dan head department.
lagi faktor yang menyebabkan seorang housemen tu menjadi umpatan dan dipanjangkan atau extended di satu2 posting ialah bila housemen tu buat keje2 yang merbahayakan pesakit... contohnya tak alert keputusan makmal pesakit (yang mana housemen yang cekap akan trace dan identify abnormality result tu pastu inform la kpd m.o- tapi housemen yang robot hanya akan trace result dan tunggu m.o tengok utk identify abnormality tu.... dan biasanya m.o datang agak lambat disebabkan banyak keje2 lain lagik), pastu lagi macam tak alert condition pesakit yang nazak macam hypoglycaemic attack (glucometer rendah sangat boleh menyebabkan pesakit tak sedar diri)... lagi contoh, pandai2 buat keputusan sendiri tanpa inform m.o. Konon2 nak jadi hero, tapi turn out to be disasterous. (**IMPORTANT TO REMEMBER: Jangan cuba nak jadi hero bila anda seorang housemen! Sila dapatkan orang yang lebih senior- call aje!)
Kesalahan mandatory seorang housemen ialah kesalahan disiplin. Bengang sungguh m.o dan specialist bila patient collapse, tetapi housemen tak tahu kat mana. Missing in action! heh... adik2 student mesti tak percaya ada ke doktor ponteng keje? heheh... ingat doktor ni malaikat ke? ada nafsu dan sifat malas jugak. Yang mana sejak daripada student lagik suka buat masalah, bila dah jadik doktor pulak, doktor yang bermasalah. Tak kira la masa student dia repeat year berapa kali, tapi masa housemen, yang paling bertanggungjawab itu yang terbaik.
Masa housemen saya dulu cuma setahun je... tapi sekarang dah 2 tahun.. lama sket la masa sengsara tu haha.
Masa housemen ialah masa belajar banyak benda... yang akan digunakan sepanjang perjalanan kehidupan seorang doktor. Masa ni lah nak belajar communication skill- nak pujuk patient yang tak mahu amputate kaki, nak belajar ubat2an yang tak pernah dengar sebelum ni, nak belajar buat procedure2 asas tapi penting (macam chest tube- hanya ada kat medical atau surgical je. Bila dah lepas posting tu tak buat dah. Jadi kena belajar betul2 la bila dapat peluang tu. Peritonel dialysis hanya kat medical je. Sambut baby, assist caeserian section- hanya kat OnG je..hehe). Penting untuk tahu procedure2 dan komplikasi2nya supaya senang nak bagitahu patient. Nak masuk Operation theatre, tugas housemen jugak yang kena explain dan amik tandatangan pesakit. Jangan sampai pesakit tak tahu apa pun yang nak dibuat kat dia, tetiba suruh sign je.
Banyakkan tugas housemen ni?
Patut la masa student dulu lecturer selalu kata, kalau nak quit, quit je sekarang... jangan tunggu bila jadi doktor baru nak menyesal dan quit. Macam sesia je la 6 tahun jadi medical student tu.
So... what about you?
For me, kalau niat hanya kerana Allah, pasti Allah permudahkan segala urusan. Nak lepas housemen je... bila dah naik m.o kurang sikit beban kerja dia. Cuma penat dari segi lain pulak.. penat pikir dan tanggungjawab pulak.Tapi kalau kerana duit atau glemer, baik quit je. Duit tak de banyak pun. Baik buat bussines apa2, lagi banyak masuk duit. Kalau bab glemer... heh.. ingat
patient tu nak berterima kasih ke bila balik? Bila sihat bukan nak berterima kasih, siap komplen lagik sebab servis lambat...

Wajah2 ceria lepas grad 4 tahun lepas

Saturday, June 6, 2009
Cuti Sekolah= Kenduri Kawen
Tahniah buat pengantin baru... Aifaa n Sufian Ardi, Salazahrin n Nazihah, Haliza n Mokhzani,Udin ngan pasangan dia.
Siang tadik pegi kenduri kawin Aifaa kat Pasir Mas... memang banyak sungguh kenduri kawen yang lain di sepanjang jalan tu. Boleh kata setiap lorong tu ada bunga manggar.
Heh... memang cuti sekolah = kenduri kawen kan?
Apapun tahniah di ucapkan. Semoga Allah berkati rumahtangga kalian dan dikurniakan anak yang soleh.
Bukan setakat kawin dan hidup bersama saja, dah abis cerita.. banyak tanggungjawab yang menanti di depan. Juga memerlukan pengorbanan, dan beberapa perubahan untuk penyesuaian dan adaptation.
Kepada sang suami, moga dapat membimbing rumahtangga menjadi Baitul muslim. Jangan menambah anak2 yang rosak akhlaknya ke dalam masyarakat yang dah sedia rosak ini, tapi tambah lah pejuang2 agama Islam untuk mendaulatkan Islam di bumi ini. Tak kurang penting, suami kena sediakan duit yang cukup.. walau warak mana pun, walau cinta setinggi mana pun, kalau takde fulus, boleh goyang la masjid yang baru di bina tu. Nak bayar duit kereta lagi, duit sewa rumah lagi, duit air, api, nak bagi mak ayah duit lagi, duit saku adik2 (kalau yang sulung tu), kalau ada rezeki, dapat anak pulak 9 bulan dari sekarang- kena pikir duit susu, lampin, pengasuh/nursery,pastu takkan tak bagi apa2 kat isteri? Walau isteri keja besar sekalipun, gaji lebih tinggi daripada suami pun, adalah menjadi tanggungjawab sang suami beri nafkah kepada si isteri, baru isteri respect pada suami. Itu baru nafkah- tak kira lagi isteri mintak nak beli baju baru, gelang baru... wohoho... jangan ingat aku cinta kamu, kamu cinta aku aje dah boleh bahagia ke anak cucu ye adik2..
Kepada sang Isteri.. lengkapkanlah kekurangan sang suami. Tambahkan ilmu agama, bantu si suami untuk membentuk baitul muslim. Bukan nya peningkan kepala suami nak sediakan rumah baru, perabot baru, kereta baru.. . Jaga hidung, mata dan perut suami. Paling penting jaga hati suami. Bila si isteri dah jadi milik si suami, syurga bukan lagi di bawak tapak kaki ibu, tapi dah berada di bawah tapak kaki suami....
Kalau nak sambung panjang lagik.. baca sendiri lah dalam buku rumahtangga muslim. Kena baca buku jugak ke nak kawen? eh, mestilah..... ingat ilmu datang gitu je ke?

NurseRy Damia'
Alhamdulillah dah masuk 2 minghgu Damia' kat nursery (walaupun asyik takde je sebab ummi dia asyik kursus kat KB je minggu ni. Jadi Damia' bawak skali, tinggal umah Tokwan dia).
So far so good. Memang lah tiap2 pagi nak hantar tu nangis dulu masa nak kena tinggal tu. Tapi biasa masa nak ambik petang tu okey je.. hepi je nampak.
Pernah jugak buat lawatan mengejut tengah2 hari tu.. okey je, duk main2 ngan kanak2 lain. Yang confident sket nak tinggal tu sebab tak ramai lagi budak2 nursery tu. Ada lah dalam 10 orang. Pengasuh 4 orang (termasuk 2 orang tokeh- adik beradik). Kira okey la kan?Lagipun pusat nursery tu guna rumah kampung yang sangat besar dan ada 3 bilik. Satu bilik guna jadi tempat belajar ABC, kaler2.. satu bilik lagik guna jadi bilik mandi. Yang lagik satu konon2 nak buat bilik kuarantin (tapi tengok dah tukar jadik pejabat nampaknye).
Cuma tak berapa sedap nye bila owner dia ada cakap tak serupa bikin sket. Masa mula2 survey nursery tu, memang dah nampak kanak2 lelaki ramai dpd pompuan. Pompuan dlm 3 orang je, termasuk sorang baby anak tokeh tu. Pastu tanya la mandi asing2 ke sorang2? Dia jawab sorang2 la mana bleh ramai2, nanti masuk air dalam telinga. Pahtu bab makan plak kata nak upah orang masak suku, tak campur jadi pengasuh. Alih2, masa hantar Damia first day ari tu saya tunggu la jugak kan.. amek cuti satu hari tunggu sampai tengahari. Tengok2 mandi ramai2 jugak... pastu pengasuh yang sama jadi tukang masak tu.
Bukan apa, takut kalau budak ramai nanti kalau pengasuh tu yang jadi tukang masak takut tak sempat tengok budak2 tu. Tapi disebabkan budak2 yang ada pun sepuluh orang ... kira maafkan je lah. Cuma saya pesan jangan mandi campur la laki pompuan. Ye la budak2 pun.. ada yang dah umur 5 tahun,mungkin dah mumayyiz dah tu. Zaman sekarang kan banyak exposure.. internet, buku. Jadi kena lebih berhati2 sket. Kanak2 mungkin dah matang terlebih awal.

Friday, June 5, 2009
BerCakaplah apa yang jelas sahaja...
iNI ditujukan kepada sapa2 yang suka sangat forward sms/ email tentang benda2 yang tidak diketahui kesahihannya. Ini menyebabkan kekeliruan ummat Islam.. dan hidup dalam was2 berpanjangan.
KOMEN DR MAMOT TERHADAP POSTING TENTANG LEMAK BABI dalam coklat bar.
Saya terpanggil untuk menghubungi puan melalui e-mel ini apabila penolong pembantu tadbir di pejabat kami menunjukkan satu artikel daripada majalah puan (KOSMO) baru-baru ini bertajuk "Coklat enak import didakwa ada lemak babi".
Dengan melihat sepintas lalu kepada tajuk, sudah cukup untuk menggetarkan jiwa sesaorang Muslim kerana istilah "babi" itu sendiri begitu sensitif dan besar implikasinya kepada iman dan akidah mereka.
Untuk pengetahuan puan, saya telah mula bertugas di MARDI di PP Teknologi Makanan pada April 1975 sebelum bertukar tugas di Lembaga Koko Malaysia pada Januari 1990; dan sekarang di UKM sejak November 1993. Saya telah lama menjalankan penyelidikan berhubung dengan koko (fermentasi) dan coklat (pembangunan produk). Oleh itu, sedikit sebanyak tentang coklat saya tahu juga. Saya mendapat PhD dalam bidang Food Biochemistry daripada Univ. Leeds, UK (1980). Di UKM saya pernah/sedang mengajar subjek Food Chemistry, Food Chemistry Laboratory, Advanced Food Analysis, Oleochemistry, Soaps and Detergents, dan Cosmetic and Personal Care Product Chemistry. Bukanlah tujuan saya untuk membangga diri, tetapi sekadar sedikit bukti tentang bidang saya yang tak seberapa.
Begini puan. Niat puan untuk memaklumkan perkara kemungkinan lemak babi terdapat di dalam ingredien coklat import adalah sesuatu yang patut dipuji kerana perihatinnya puan terhadap umat Islam di Malaysia. Namun perlulah ditegaskan disini, maklumat hendaklah benar dan sahih, agar ia tidak menimbulkan "fitnah" kepada ummah. Ditakuti pahala yang cari, dosa pula yang mendatang, nahu-zubill-Allah. Natijahnya adalah seperti berikut :
LEMAK (dalam istilah kimia makanan, ia adalah triacylglycerol atau TAG yang berkeadaan pepejal pada suhu bilik) BUKAN emulsifier. Emulsifier atau pengemulsi dalam istilah Bahasa Melayunya, adalah sebatian amphophilic : ada kedua-dua sifat hydrophilic (suka air) dan lipophilic (suka lemak). Denagn itu kehadirannya membolehkan minyak dan air bercampur membentuk emulsi. Lemak neutral adalah lipophilic, justeru ia tak boleh menjadi pengemulsi. Ingat pepatah Melayu - minyak dan air tak boleh bercampur!
Emulsifier BUKAN pewarna (colouring), juga BUKAN penambah prisa (flavourings)
Dalam kod Food Ingredients, E-100 = curcumin, iaitu pigmen kuning yang terdapat di dalam rizom kunyit; manakala E-904 = shellac, adalah agen pengilat (glazing agent) diperoleh daripada resin (damar) yang dikeluarkan oleh sejenis serangga lac bug betina. Maka dakwaan puan yang menyatakan kedua-duanya emulsifier adalah salah!
Sepengetahuan saya, emulsifier yang lazim digunakan didalam pembuatan produk coklat ialah lecithin (phosphatidyl choline) iaitu sejenis phospholipid (tergolong dalam polar lipid) yang banyak terdapat secara semula jadi di membran sel, organ dalaman terutamanya hati dan kuning telur. Di dalam tumbuhan, ia terdapat dalam bentuk gum, justeru dihasilkan secara komersil daripada proses degumming minyak soya. Maka sumber komersil lecithin ialah lecithin soya.
Berdasarkan fakta di atas, puan bolah dianggap telah melakukan satu kesilapan, lantaran menggunakan fakta saintifik yang sama sekali salah. Sekiranya ia timbul akibat daripada kejahilan puan, ia boleh dimaafkan, tetapi puan tetap bersalah kerana melakukan sesuatu tanpa berilmu. Memang lemak dan minyak (triacylglycerol yang berkeadaan cecair pada suhu bilik) boleh ditukar kepada bahan pengemulsi dalam bentuk :
monoacylglycerol (MAG) dan diacylglycerol (DAG)
sugar esters (produk tindak balas antara gula dengan asid lemak)
Memandangkan sumber TAG (lemak/minyak) yang murah adalah daripada tumbuhan, adalah tidak bijak pengusaha di Barat menggunakan lemak/minyak daripada sumber haiwan, apatah lagi lemak babi yang tentunya akan menjejaskan penjualan produk mereka di negara Islam.
Akhir kata, nasihat saya ialah kita hendaklahbercakap sesuatu berlandaskan FAKTA dan bukannya PERASANGKA kerana kita perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang kita katakan, lebih-lebih lagi ia melibatkan bilangan orang yang ramai. Sekiranya tidak tahu, maka bertanyalah kepada mereka yang tahu, ini adalah gesaan daripada hadith Rasulul-Allah s.a.w.
Sekian. Wassalam.
21 April 2009.
Assoc. Prof. Dr. Mamot Bin Said
Food Science Programme
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
UKM.
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah al-Isra: ayat 36)
“Mereka hanya mengikut sangkaan, sedang kan sesungguhnya sangkaan itu tidak berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (Surah al-Najm: ayat 28)

Subscribe to:
Posts (Atom)