Saturday, February 16, 2013

Rindu itu seperti apa?

Konon2 nak mulakan hari baru..
Konon2 dah tak rasa pedih di hati.

Tapi, bila ke tempat kerja, dan berjumpa semula dengan semua yang pernah bertemu dan merawat Muhammad... daripada staff nurse, fisioterapi, kepada doktor...arrgh. Bagaikan flash back yang bertalu2.

Ya Allah. Sungguhlah, rindu itu datang tanpa dijemput. Rindu itu menggamit, menggigit2 sanubari. Terasa ketika itu juga ingin memeluknya.Hanya bantal kepunyaan Muhammad menjadi pelepas rindu. Bau Muhammad masih ada. Terasa seperti memeluk dan menciumnya yang sebenar.

Sungguh, hanya yang pernah merasai saja yang tahu.

Saya suka bloghopping ke Mawarnafastari blog- sebab dia merasai apa yang dirasa, walau dia kehilangan suami, dan saya kehilangan anak. Sememangnya dia lebih tabah. Ketabahannya menguatkan saya.

Muhammad, umi sangat2 rindu kamu.

Satukan kami Ya Allah...Satukan kami di Sana..



Weekend yang sayu.

Monday, February 11, 2013

Exclusively pumping.

Perginya Muhammad meninggalkan 3 deep freezer yang penuh dengan EBM (susu perahan).

Apa yang nak di buat dengannya?

Muhammad sudah ada 3 adik beradik susuan merangkap sepupu2 nya - Aisyah 'Alimy, Naufal dan Raudhatul Aish. Tapi penggunaannya setakat ini tak selaju mana.

Kalau di rezekikan, mungkin anak angkat merangkap anak susuan pula yang dicari. Kalau boleh yang seusia dengan Muhammad atau lebih kecil dan tiada ibubapa lagi.

Muhammad ke Syurga


Umi kepada Damia': Tak payah sedih lah Kakak (memujuk kakak, walau diri sendiri menangis- tak tunjuk depannya), Muhammad dah masuk Syurga. Tak payah pakai tiub dah. Seronok, ada coklat banyak, aiskrim. Malaikat semua duk main dengan Muhammad.

Damia': Betul ke Muhammad tak payah pakai tiub dan wayar kat Syurga? Yeayy!! (dengan seronoknya)

** Sejak itu, memang tak pernah nampak Kakak nangis lagi. Tapi masih tetap mencium gambar adiknya.

-------------------------------------------------------------------------------

Tiada apa yang perlu disedihkan, Marhamah...

Hanya perlu persiapkan diri dengan amalan2 Syurga..

Ya Allah, satukan keluarga kami di Sana.

Tiada yang lebih benar kecuali janji Mu dan rasulMu Ya Allah..

Setahun Bagaikan Mimpi..

Hari ni bermula episod baru.

Tiada lagi kepedihan di hati tatkala menatap wajah Muhammad pada gambarnya, Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Pagi nanti akan mula bekerja semula, setelah setahun menjadi surirumah sepenuh masa. Di tempat baru. Tempat yang di apply sebelum ini dengan tujuan untuk luangkan lebih masa bersama Muhammad.


Allahumma yassir.

** Kalau tak ada gambar kenangan bersama Muhammad, mungkin aku percaya yang ianya hanya sebuah mimpi...




Monday, February 4, 2013

Terima Kasih teman2.. kata2 mu menguatkan ku

Ucapan Terima Kasih.

Jutaan terima kasih diucapkan buat sahabat2 lama, rakan2 sekerja, saudara mara, adik2, kakak2, abang2 atas ucapan takziah dan kata2 semangat melalui mesej, whatsapp, sms atau apa sahaja. Minta maaf sangat2 mungkin ada yang tak di balas..dalam situasi sedemikian, tak berdaya untuk membalasnya. Harap teman2 memahami.

Buat teman2 yang tak tahu cerita sebenar, tapi terus mendoakan kami, terima kasih di ucapkan.

Muhammad ialah anak keempat kami, dan yang ketiga meninggal dunia. Kesemuanya yang meninggal dilahirkan pramatang, namun tidak pula pakar2 ketahui punca pramatang tersebut. Muhammad dilahirkan pada usia kandungan 6 bulan= 25 minggu. Lahirnya tanpa dirancang, penuh keajaiban. Hidupnya tak disangka2. Hanya dengan izin Allah. Air ketuban hampir kering (AFI nearly 0) sejak usia kandungan hampir 5 bulan=19minggu. Mengikut jangkaan scan ketika mahu melahirkan, beliau hanyalah seberat 500g , sehinggakan doktor yang menyambutnya pun seakan2 tidak mahu menyelamatkannya. Namun, setelah di timbang, berat sebenar mashaAllah lebih daripada itu, dan dia diselamatkan. Dengan berat 780g, dia dirawat di hospital selama 5 bulan. Dengan bermacam2 masalah. Pakar yang merawat kata, dia antara bayi yang paling sukar untuk dirawat. Selama 5 bulan jugalah kami berulang alik melihatnya di NICU. Membekalkan nya EBM yang tak putus2. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri.

Muhammad satu2 nya anak pramatang kami yang berjaya di bawa pulang dan dipelihara hingga 9 bulan. Gembira kami tak terhingga, walau memerlukan bantuan oksigen dirumah 24 jam kerana penyakit Paru2 kronik dan menyusu melalui tiub. Selepas di benarkan pulang, Muhammad mendapat jangkitan kuman paru2. 2 kali dimasukkan ke wad, setiap kali berada lebih kurang 2 minggu. Beliau meninggal juga kerana jangkitan kuman paru2. Perginya secara tiba2. Juga tak disangka2. Hanya kerana kehendak Allah atas sebab musabab yang Allah sahaja yang tahu.

Pemergian Muhammad adalah yang paling tenang dapat saya terima antara ketiga2nya. Aneh, kerana Muhammad yang paling lama saya jaga. Saya cuti selama setahun sejak dari awal kandungan untuk menjaganya. Alhamdulillah, Allah membantu saya untuk redha pada pemergiannya. Terima kasih kepada suami Ahmad Iqbal Nordin kerana membenarkan saya cuti tanpa gaji, dan menanggung semua hutang piutang saya selama itu dan membuat saya bahagia, membantu saya untuk menjaga Muhammad di kala saya keletihan. Walaupun mungkin ada kekurangan, tapi secara keseluruhannya saya berpuas hati menjaga nya selama ini. Berat terakhir Muhammad 5.4kg. Sangat comel, tembam dan panjang.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan khas buat ibu dan ayah, umi Wanrohaya Wan Ghani dan abah Raja Abdul Aziz yang tekun mendoakan untuk cucunda mereka, sejak belum mengandung lagi, hingga lah kepada kandungan yang bermasalah, seterusnya kelahiran pramatang yang membuatkan saya terpaksa mengabaikan sedikit kakak sulung Muhammad. tak putus2 kami dan mereka mendoakan, namun, perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Mungkin doa itu akan dimakbulkan pada waktu2 mendatang?

Mengajak teman2 berfikir... jika Allah menghendaki, tiada siapa mampu menghalangnya. Jika Allah tak mengizinkan, tiada siapa yang mampu mengadakannya.

(Hari ke 9 pemergian Muhammad)

Rindu Muhammad

Tika sepi mula bertandang
Wajah anak itu mula terbayang
Duduknya,tidurnya..
Laparnya,senyumnya,mainnya.
Pada katilnya, pada botolnya,
pada mainannya, pada bajunya,pada besen mandiannya.

Ahh.. pedihnya hati ini
Melihatkan ibu-ibu bahagia bersama anak2 kecil mereka.

Tika hati ini mula ingin bertanya
Mengapa?mengapa? Kenapa dan kenapa?

Tika hati mula berkira2
Mencari salah siapa..
Mengandai2 kan dengan kata2
''kalaulah aku..'' dan ''kalaulah dia..''

Aduhai..itu lebih menyakitkan

Oh Allah.. sungguh.
Dengan mengingati Mu hati-hati menjadi tenang.
Dengan redha pada ketentuanMu
Itu lebih mendamaikan

Ya Allah, ingatkan diri ini selalu
Jikalau Engkau menghendaki,
Maka tiada siapa dapat menghalanginya.


(Baru balik menenangkan diri di Cameron Highland bersama hubby dan Damia', Umi Nik dan family dan Umi Long dan Alimy)
4 Januari 2013
Hari ke 7 pemergian Muhammad

Rutin 3 am

Terbangun dengan sendirinya pada waktu ini. 3 am. Waktu lazim utk menyusukan Muhammad melalui Ryles' tube.

Hmm.. nak buat apa ye? Muhammad nak umi solat malam ya..

Kata Damia' ptg tadi:''umi, Damia' dah tak nangis dah kalau tengok gambar Muhammad. 3 hari je Damia' nangis.''

Alhamdulillah. Alhamdulillah Allahuakbar.

Ps.: Memohon padaNya untuk terus mengingati Muhammad tanpa sakitnya rindu itu.


Hari ke 4 pemergian Muhammad
31 Januari 2012
3:00 am

Hari ke Dua

Hari ke2 berlalu. Rindu itu amat-amat menyakitkan. Hanya janji Allah penyejuk hati kami.

Ya Allah.. satukan keluarga kami di Sana.

Kakak Muhammad sgt kuat, curi2 tgk video dan gambar Muhammad senyap2 dan menangis diam2. Selebihnya hanyalah kanak2 yg ceria. Terima kasih Allah, Kau kuatkan kami dengan kehadirannya.


30 Januari 2012
12:00 midnight

Tanggal 28 Januari 2013

Anak itu telah pergi..
Tapi umi bahagia sekali selama kamu dipinjamkan.
Walau pergerakan umi terbatas
Dan ubatan dan susumu berjadual
Namun itulah kebahagiaan.
Dan tak jemu2 umi siapkan susumu, agar tidak kering di dada.

Muhammad,umi rindu untuk peluk dan ciummu. Rindu akan baumu. Rindu untuk memandikan,dan menyiapkan susumu serta ubatanmu.

Muhammad, ayah rindu untuk mendengar senyum tawamu. Untuk mengagahmu menghilangkan penat seharian.

Muhammad,kakakmu juga rindu untuk bermain dengan kamu. Untuk bergurau senda seperti selalu. Untuk berbaring2 di sebelahmu.

Muhammad,kami semua merinduimu.

Tapi,damailah dikau di Sana. Tanpa jerih payah untuk mengisi dahagamu. Kering di bibirmu. Tanpa sukarnya untuk menyedut udara,kurniaan Ilahi. Bebas lah dikau meniarap merangkak dan berlari semahumu.

Muhammad,kami akan bersabar. Kerana hanya yang bersabar dapat berjumpamu kembali di sana.

Oh Allah,kuatkan hati2 kesayangan Muhammad ini.

(Muhammad meninggal dunia pada 28 Januari 2013 kerana Bronchopneumonia dan incidental Aspiration Pneumonia. Dibawa ke hospital pada jam 2.30 am setelah noted cyanosed. Tanpa disangka2, Muhammad intubated oleh paeds team. Apirated milk. Then bradycardia.CPR done 2x at casualty. Transferred to PICU. bradycardia again, with spO2 low on ventilation. CPR done 3x at PICU. Muhammad passed away 12.45 noon. Innalillahi wainna ilaihi raji'un)