Tahun ini, kami bertujuh akan menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah ya Rabb..
Bersama suami , ibu ayah, miriah dan suami, dan juga cik Ja (hubby's aunt).. insyaAllah akan menuju ke Baitullah, RumahMu, pada minggu hadapan..
Terimakasih buat suamiku. Melaluinya Allah telah gerakkan hatiku untuk menunaikan haji di waktu muda.
Sebelum ini, tak pernah terlintas dihati untuk menunaikan haji di usia ini. Bahkan tak pernah terasa haji itu, tuntutannya sama seperti tuntutan solat, puasa dan zakat....sebaik saja mampu, maka segerakanlah!
Andai mampu menabung untuk rumah, untuk kereta, mampu berbelanja sakan di shoppingmall setiap bulan... maka jangan lupa pula untuk menabung untuk pergi haji. RUKUN Islam yang ke 5. Andai ditarik nyawa sebelum menunaikannya, sedangkan anda mampu, maka besarlah dosanya..
sabda Rasulullah saw: " Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang cukup untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan Haji di Baitullah, tetapi dia tidak mahu melakukannya, andai dia mati, maka matinya samada mati sebagai seorang Yahudi ataupun mati sebagai seorang Nasrani" (rasulullah menegaskan perintah ini dengan membacakan firman Allah swt yang bermaksud: 'Menunaikan Haji ke Baitullah adalah satu kewajipan atas mereka yang mampu'..) - Hadis Riwayat Tarmizi
Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasululullahsaw bersabda:" Solat yang didirikan oleh seseorang di rumahnya hanya mendapat satu pahala solat. Solat yang didirikan di masjid tempatan (ditempatnya) mendapat 25 pahala solat. Solat yang didirikan di masjid jami' (tempat orang lebih ramai berjemaah) mendapat 500 pahala solat. Solat yang didirikan di Masjidil Aqsa mendapat 50000 pahala solat. Solat yang didirikan di masjidku (Masjid Nabawi) mendapat 50000 pahala solat dan solat yang didirikan di Masjidil Haram (mekah) mendapat 100000 pahala solat"Oh, Allah, kurniakanlah kami haji mabrur..
Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda" Sesiapa sahaja yang berhaji dan tidak melakukan perbuatan kotor dan kefasikan, maka ia telah kembali dari haji seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ibunya" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim