Wednesday, February 29, 2012

Damia' dan Cita-Cita Nya..


Babak Satu

Saya pada ketika itu sedang mengemas2kan baju2 Damia' sewaktu masih baby untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ketika itu Damia' sudah berusia 4 tahun dan sudah 2 kali kehilangan adiknya. Saya fikir, kalau dia dah ada adik nanti, saya akan belikan pakaian yang lain untuk adiknya..

Damia': Umi buat apa tu?

Umi: Tengah kemas baju Damia' masa baby dulu.. Nak bagi kat orang..

Damia': Tapi Damia' nak simpan untuk baby Damia!

Umi: Tak pe la, nanti kita beli yang lain

Damia': Tak boleh, tu untuk adik..... waaaa!!!

* Tapi saya beri jugak diam2, bila dia dah tak peduli dah hal baju2 tu...

Babak Dua

Sewaktu membeli belah di kedai peralatan bayi  sebagai hadiah untuk kawan yang baru melahirkan anak. (Masa tu saya belum mengandung lagi selepas keguguran pada tahun lepas)

Damia': Umi, beli yang ni! (warna pink) Comel, untuk baby

Umi: Tapi baby ni baby boy...

Damia': Beli untuk baby Damia' (adik Damia')...

Umi: Hmm...* terdiam

Babak Tiga

Selepas menonton cerita kartun UpinIpin pasal cita2...

Umi: Damia', nanti besar nanti Damia' nak jadi apa?

Damia': Nak jadi Kakak! *dengan confident dan kuatnya

Umi: Tapi, tu bukan cita2.... Cita2 ni macam nak jadi cikgu ke, polis ke.. doktor macam umi ke... Damia' tak nak jadi doktor macam umi ke?

Damia': Tak nak! Damia' nak jadi kakak!

Umi: Jadi cikgu nak? Damia' kan suka main cikgu2... (Dia suka mengajuk gaya cikgunya, dan saya lah yang jadi anak murid, belajar ABC, 123 dan alif ba ta dengan dia..hehe)

Damia': Tak nak! Damia' nak jadi kakak! * dengan nada marah2..

Umi: oklah.. oklah... jadi kakak..


*Oh Damia'...sayang sungguh kamu kepada adik ya. Umi pun bercita-cita begitu juga... mudah2an kamu dapat menjadi seorang kakak..