Alhamdulillah... pejam celik pejam celik, dah 3 bulan aku bergelar m.o O&G...huhuhu... dari perasaan 'seriau' nak onkol kali pertama, hingga sekarang, berasa sedikit konfiden... dan berasa seronok setiap kali datang bekerja.. =) walaupun ada satu kes maternal death, tapi, masih lagi rasa ok...heh..
Ah, namun, sungguhlah,tekanan dan kesuntukan masa dalam membuat keputusan membuatkan seseorang manusia itu lebih agresif, lebih garang, dan kurang sabar...hohoho... dan setiap kali aku marah2 houseman, rasa bersalah amat ... adakah aku telah menjadi manusia sombong? Mungkin ada benarnya, pangkat dan darjat di dunia ini mampu merubah peribadi manusia...Ya Allah, peliharalah diriku dari perasaan ujub dan bangga diri. Tiadalah yang paling hebat kecuali diri MU... dan ilmu yang ada pada diri ini hanyalah sedikit cuma, bagaikan setitis air dari lautanMu yang luas.
Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik kepada ku dalam
membuat pilihan ... dan aku memohon bantuan hidayah dan petunjuk agar
segala keputusan yang aku pilih adalah kerana Mu semata... bukan kerana
mahukan hormat dan status gelaran manusia... amin Ya Rabb...
Baru je terbit perasaan konfiden dan nak improvekan skill O&G aku dpt tahu yang aku Upt +ve. Alhamdulillah. Tapi agak risau utk bergerak aktif esp waktu onkol.. my hubby suruh pohon untuk dikecualikan daripada onkol atas sebab 'bad obstetric history' dengan head department. Tapi agak sukar rasanya, lagi2 kalau tak de apa2 masalah sekarang, i.e pv bleeding ke. Dan aku pulak bukan lah sejenis orang yang mesra alam lagi berani, juga bukan lah seorang yng pandai ambik perhatian bos, nak membodek2 bos supaya dapat dikecualikan daripada onkol utk 2-3 bulan..haihhh....susah tu..
Semenjak keje hospital dan kembali ke alam oncall ni, jarang sikit dapat luangkan masa tulis blog... maklum lah, kalau tak onkol, balik dah nak gelap, layan Damia' jap, bersih2 badan, solat, lepas isya' terus je rasa ngantuk...maklumlah nak keje kuat esok nya...hehh... lagi pun hubby pun tak de di sisi..huhu.. Kalau post call lagi lah, asal lying down je, terus lelap. Kesian betul anak perempuanku yang sorang tu...nasib baik lah ada Tok Wan dan Moktok nya yang rela melayan makan minum Damia...sedih betul. Weekend pulak, lagi bagus guna masa tu untuk layan anak dan suami yang jarang2 dapat jumpa....=(
Semenjak selalu kena tinggal ni, Damia' pun dah pandai sombong dengan ummi dia... nak mandi pun dengan Tok Wan, makan dengan Tok Wan , baca buku pun tak nak dengan ummi dia dah...kadang2, nak ajak pegi kedai pun tak nak, sebab tak mahu tinggalkan Tok Wan dia....sayu betul hati. Tapi nasib baik lah Tok Wannya, bukan bibik indon ...kan kan? Aku pun memang sangat2 berterima kasih pada umiku sebab banyak tolong mengasuh dan mendidik anak aku, memang semenjak masuk hospital dan oncall ni, nak ajar qiraati pun tak sempat, penat. Kadang2 ada masa, tapi Damia' yang tak nak ikut...haihh.. maklumla, dah berapa lama aku tak jadi ustazah dia.
Tapi alhamdulillah, dia banyak belajar dengan TokWan dia... buku Peter and Jane set 1 yang aku order online tu pun dah habis baca, alhamdulillah.. mungkin Tok wan lebih rajin dari ummi dia kot? hehe... ,Mula2 rasa ralat jugak sebab dah 3 bulan tak pegi tadika (maklumlah, dah akhir2 tahun ni, susah sikit orang nak ambik), tapi tak sangka, dia pandai baca berkat belajar dengan Tok Wannya...Alhamdulillah.
Benarlah, Syurga di bawah tapak kaki ibu.... terima Kasih Umi..! sayang umi selalu.. (haihh...walaupun umo dah 30 dan ada anak, masih terasa seperti anak kecik umiku lagi...).
Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, dan sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku sehingga aku dewasa, dan mengasihi anakku pula... amin, amin Ya Rabb...
Friday, November 25, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)