Sunday, July 25, 2010

Damia' at new skool (Back dated lagik)

















(2nd day Damia' at new school)











(lukisan 'orang ' damia' at age 3)













best fren..




Semenjak Damia' masuk 3 tahun, saya plan untuk hantar dia ke taska Islam. Lagipun nampak dia dah semakin cerdik, pandai memerhati tingkah laku orang.

nursery dulu bagus, tapi kurang penerapan Islam.

Jadi, plannya.. tukar damia' ke tempat baru.

Tempat district macam k.krai ni (k.krai kira ok lagi) ..memang susah sket nak cari taska-tadika islamic seperti yang saya mahu - i.e:- cikgu2 yang mempunyai pendedahan terhadap pendidikan awal kanak2 (akidah dan akhlak, juga pendedahan kepada kisah2 nabi seiring dengan pembelajaran akademik) - cikgu2 yang berjaya menjadi rolemodel yang bagus untuk budak2, - cikgu/pengasuh yang selamat (pandai jaga budak, dan jaga keselamatan budak) -kawasan taska/tadika yang selamat, -jadual waktu dan pengisian yang bersesuaian dengan umur kanak2.., dan yang ajar quran.. juga surrounding yang ceria dan lapang, bagus untuk brain development..

Yang kebanyakan tempat yang orang tempatan kata bagus, biasanya tak amik yang umur 3 tahun , dan kelas sampai kul 12 je... susah pulak saya nak keluar pegi ambik anak, lepas tu pegi hantar nursery lain pulak..

Alhamdulillah, setelah survey2 beberapa taska/tadika, jumpa lah satu taska bersekali dgn nursery ni..

2 hari saya cuti untuk teman damia'.. walaupun tak begitu perfect, tapi melihatkan objektif penubuhan taska tu yang islamikk dan begitu menarik hati, saya tawakkal kpd Allah (selepas istikharah).... moga2 pilihan ini yang terbaik untuk pendidikan awal Damia'.

Sekarang dah masuk 4 bulan damia' di sekolah baru. Alhamdulillah.. banyak juga ajaran2 positif. Cuma pengaruh rakan sebaya jugak dah mula timbul... perkataan2 yang tak enak didengar yang dapat dari kawan2...haish..