Monday, December 21, 2009

Banjir dan Raya Haji 2009



Beberapa minggu sebelum aidiladha baru2 ni, umah mertua saya di landa banjir.. bukan sekali, tapi 3! Penat lah cuci rumah.

Banjir terakhir dan terdalam surut beberapa hari sebelum Raya Haji. Memang penat lah penduduk kampung tu. Dek kerana penat kemas rumah, ayah mertua saya yang biasa nya buat ibadat korban pada hari raya pertama, menunda program ke hari raya ke dua. Lagi pun ramai sedara yang balik dari KL sampai lambat sebab jalan jem.... ramai yang terpaksa solat sunat aidiladha dlm perjalanan!

Oleh kerana itu tahun ni dapat la saya berhari raya pertama kat umah umi ayah saya! =)









Friday, December 18, 2009

haliza , mid and idza kawen







Bismillah.

Lama dah tak update blog ni. Hehe... cam malas sket semenjak dua menjak ni.

Gambar banyak yang diperam dalam komputer je..





Ni masa kenduri kat KL... mid and idzawanis my uia prens kawen. Seronok betul masa tu sebab dapat jumpa kawan2 lama.

Masing2 dah ada anak... at least sorang. Setakat ni Dianah Hadi je ada 3.. Ameen tgh waiting the 3rd one. Yang single still ada jugak.. Seronok tengok anak masing2 yang dah besar..


my hubby yang tak seronok.... sebab kena tunggu lama..hehe




Ni pulak kenduri Haliza my cousin kat Machang. masa tu baru cuti sekolah. Punye lah jam jalan. Perjalanan dari KB-Machang yang pada masa2 normal nya hanya 30 minit perjalanan, jadik 2 jam time tu. Penat sungguh.

Bertolak kul 2, sampai kul 5... pengantin pun dah sallin baju.... tak sempat nak amik gambar..huhu. Gambar kat atas tu gambar majlis tunang sebenarnya.