Monday, August 10, 2009

Ramadhan al Kareem!


Ramadhan count down... 10 days!

Semoga dengan sinar ramadhan ini.... akan memberikan kita hidayah, membersihkan dosa2 lalu...

moga Ramadhan ini akan menghilangkan H1N1 amiinn..

H1N1 lagik...

High-risk groups include children who are below five years; senior citizens 65 years and above; children and youths under 19 who have been taking aspirin on a long-term basis; pregnant women; those who suffer from asthma, chronic lung disease, organ failure, cardiovascular, liver and blood system diseases; diabetics; obese people; and those with a low immunity.


Death increase to 32 today.

Damia' demam hari ni.

Ya Allah... selamatkan kami staff2 kesihatan ni, keluarga kami daripada berjangkit, amin...
selamatkan semua umat islam amin.

Damia has completed her sentence

Since 2-3 weeks ago, I noticed that my daughter able to complete her sentence, in a row. So cute!


Before: Nanti ulu!
Now: Nanti dulu, Damia nak buat rumah ni ( ngan Lego dia).

Before: Umah amia!
Now: Dah sampai umah amia dah..

Sekarang tgh kumpul banyak vocab2 baru... so, i have to be extra careful on saying things, anddoing things in front of her!

hmm.. tak de pulak video dia. Bila nak amek gambar je, tak mau cakap plak dia..

Monday, August 3, 2009

Bahaya H1N1..


Bismillah.

Semenjak minggu lepas, banyak Ipt2, kem2 PLKN, sekolah2 di tutup disebabkan ada pelajar yang disyaki kena virus influenza H1N1= Swine Flu= Selesema Babi.

Semenjak minggu lepas jugak la KKB saya semakin laris dengan kunjungan2 kehormat dari pesakit2 yang rasa dia dah kena H1N1... pelajar2 IPt yang iPt dia ditutup, mak bapak pelajar2 IpT yang IpT nya ditutup, pelatih2 pLKN yang kem nya ditutup....

Yang lebih merunsingkan bila baca news hari ni- 8 kematian disahkan positive H1N1. Tapi menurut berita tu, secara keseluruhannya, kematian tu melibatkan kanak2, atau orang dewasa yang mempunyai penyakit2 kronik sampingan (underlying disease)- macam cardiac disease, Diabetic, renal disease- yang menurunkan imunisasi mereka.

Risau jugak kalau terlepas pandang kes2 yang menjadi isu macam ni. Semoga Allah pelihara dari kelalaian yang membinasakan, amin.


Antara panduan untuk pelajar2 yang dikuarantin kat umah tu:


Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki dijangkiti penyakit ini?

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema:
  1. * Anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan berada di tempat kerja, sekolah atau tempat sesak
  2. * Berehat dan meminum banyak air
  3. * Tutup mulut dan hidung bila batuk dan selesema dan, jika menggunakan tisu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah. Bersihkan tangan segera dengan sabun dan air atau bersihkan dengan bahan cuci berasaskan alkohol
  4. * Jika anda tidak mempunyai tisu ketika batuk atau bersin, tutup mulut dan hidung dengan dengan lengan dan siku anda
  5. * Gunakan mask bagi mengelakkan titisan cecair tersebar kepada orang lain di sekeliling anda. Pastikan anda memakai mask dengan cara yang betul
  6. * Maklumkan keluarga dan rakan mengenai masalah kesihatan yang anda alami dan elakkan berhubung rapat dengan orang lain
  7. * Seboleh-bolehnya, hubungi pihak kesihatan sebelum ke kemudahan kesihatan bagi membincangkan samada pemeriksaan kesihatan diperlukan
  8. * Jika perlu mendapatkan rawatan lanjut ataupun gejala bertambah teruk seperti demam dan batuk/sakit tekak yang berterusan hendaklah segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan


Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini terutamanya semasa demam

Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.



Bagaimana anda boleh mengurangkan penularan jangkitan ini?

  1. * Social distancing iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain serta meminimumkan majlis perjumpaan
  2. * Adab batuk yang baik (cough etiquette)
  3. * Kebersihan tangan dengan mencuci cara betul dan lebih kerap
  4. * Pengudaraan dalam rumah yang baik
  5. * Kes-kes yang berkomplikasi atau yang berisiko tinggi perlu dirawat di hospital. Pendekatan ini akan memastikan impak negatif penularan pandemik dapat diminimakan
  6. * Mereka yang bergejala ringan, serta tiada masalah kesihatan, digalakkan berehat di rumah dan hanya perlu ke klinik atau hospital apabila gejala menjadi lebih berat.
  7. * Kehadiran banyak kes bergejala ringan ke klinik boleh membebankan keupayaan klinik untuk merawat kes-kes yang berisiko yang sebenarnya perlu diberi perhatian utama
  8. * Mereka yang bergejala perlu memakai mask termasuk mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit asthma, obesiti, ibu mengandung, diabetes, dan penyakit kronik paru-paru
  9. * Majikan dan institusi perlu memantau kehadiran pekerja mereka termasuk mereka yang tidak hadir bertugas kerana sakit
  10. * Kejadian kes bersimptom influenza perlu dilaporkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat



Anak saya belajar di salah sebuah institusi/ sekolah yang mempunyai kejadian influenza A(H1N1), apakah yang perlu saya lakukan?

Sekiranya institusi/sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, anak tuan hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut

Jika anak tuan mempunyai gejala selesema (influenza-like-illness) yang ringan, beliau perlu sentiasa mengamalkan langkah pencegahan di rumah di samping memantau kesihatan diri menggunakan Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah. Sekiranya gejala berterusan dan bertambah teruk, anak tuan perlu mendapatkan rawatan doktor.

Sekiranya institusi/sekolah anak tuan tidak ditutup, beliau dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut



Adakah sekolah yang ditutup perlu dibasmi kuman sebelum dibuka semula?

Tidak. Pada umumnya sekolah akan ditutup dalam tempoh seminggu. Perlu diketahui bahawa virus H1N1 ini hanya dapat bertahan di persekitaran dalam tempoh 48 jam.




Apakah yang dimaksudkan dengan penutupan sekolah?

Apabila sesebuah sekolah harian ditutup kerana jangkitan influenza A(H1N1), ia bermakna semua kakitangan termasuk guru dan lain-lain kakitangan sokongan serta pelajar dikehendaki untuk berada di rumah.

Ia bertujuan bagi mencegah penularan jangkitan dan seterusnya memastikan individu yang mengalami gejala-gejala influenza-like-illness untuk berehat di rumah sehingga pulih supaya orang lain tidak terdedah kepada jangkitan Influenza A(H1N1) ini.



Kalau seseorang pesakit positif H1N1 dan telah sembuh, adakah beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa?

Ya, beliau boleh hadir ke tempat kerja seperti biasa. Secara umumnya seseorang pesakit yang telah mendapat rawatan lengkap, tidak akan menjangkiti orang lain.


Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

  1. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

  2. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

  3. Kanak-kanak dan remaja (<>
  4. Wanita mengandung

  5. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

  6. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

  7. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

Patient Home Assessment Tool

The following patient home assessment tool designed to detect moderate or severe influenza can be used to guide the patient on the need to seek professional medical attention.

Patients with ILI are advised to seek medical care should they develop any of the symptoms and signs listed as below:

1

Respiratory Difficulties: Shortness of breath, rapid breathing or Purple or blue discoloration of lips

2

Coughing out blood or blood streaked sputum

3

Persistent chest pains

4

Persistent diarrhea and / or vomiting

5

Fever persisting beyond 3 days or recurring after 3 days

6

Abnormal behaviour , confusion, less responsive , convulsion

7

Dizziness when standing and/or reduced urine production



Setakat ni semua rawatan untuk H1N1 kuarantin di rumah je- kecuali yang moderate-severe symptoms:

** Clinical assessment tool for moderate to severe influenza:

Patients with ILI and any of the following parameters should be considered for admission to the of nearest designated hospital

Respiratory impairment: any of the following

  • Tachypnoea, respiratory rate > 24/min
  • Inability to complete sentence in one breath
  • Use of accessory muscles of respiration, supraclavicular recession
  • Oxygen saturation <>
  • Decreased effort tolerance since onset of ILI
  • Respiratory exhaustion
  • Chest pains

Evidence of clinical dehydration or clinical shock

  • Systolic BP <>
  • Capillary refill time > 2 seconds, reduced skin turgor

Altered Conscious level (esp. in extremes of age)

  • New confusion, striking agitation or seizures

Other clinical concerns:

  • Rapidly progressive (esp. high fever > 3 days) or serious atypical illness
  • Severe & persistent vomiting




sumber: moh.gov.my