Tuesday, May 15, 2012

Day 38

Muhammad dah 1.1kg!! Alhamdulillahh... mudah2an Allah panjangkan umurnya, dan sihat tubuh badan dan akal fikirannya.

Masih on ventilator, masih ada masalah PPHN dan chronic lung disease.. tapi menurut paediatrician tu, kalau tengok keadaan dia, nampak imroving. Harap2 tak lama lagi dapat extubate, insyaAllah.

Sekarang Damia' pulak yang bermasalah. Mungkin selalu kena tinggal (Sebab saya ke hospital), sering terabai dan tak banyak habiskan masa bersama dia, nampak moody dan terlebih sensitif aje. Kesian Damia'.

Sampaikan exam hari ni pun tak cakap. Rupa2nya dalam beg dia, cikgu dia dah bagi jadual periksa utk dia. Sejak dalam pantang ni, sibuk dengan berurut/bertungku dan berulang alik ke hospital, tak sempat nak check beg dia..

Iqra'/muqaddam pun tak sempat nak ajar. Maafkan umi Damia'..

Nanti dah habis pantang ni, boleh tumpu lebih sikit kat dia. Nampak gayanya susah sikit nak pergi hospital dengan lebih kerap

Sunday, May 6, 2012

FOBIA hari ke 14

Today Muhammad is 1 month old. His name was taken after Muhammad Rasulullah, a simple but strong name. May he is also a strong willed, kuat semangat untuk hidup, dan untuk Islam...sepertimana kuatnya semangat Rasulullah, berjuang untuk Islam.

Suatu ketika dahulu... kisah hari ke 14

I lived a miserable day the first 2 weeks.

Masih fobia dengan kehilangan Aisyah Humairah pada hari ke 14. Kehilangan Zainab nungkin tak sefobia kehilangan Aisyah, sebab kehilangan Zainab dah dijangka. Beberapa jam selepas kelahiran zainab, paediatrician dah bagi poor prognosis sebab ada huge bleeding dekat brain dia- intraventricular hemorrhage.

Tapi Aisyah, lepas few days intubated, she did well, extubated, and was send to SCN. Suatu hari, pada hari ke 14, visit dia di SCN pada siang hari .. memang nampak spO2 (oxygen level) turun naik, tapi based on m.o incharge, it was still within normal range bagi baby premature. Malamnya, dapat panggilan. 2 x. Pertama, kata baby tak stabil...oxygen desaturate. Yang kedua, kata baby kritikal. Bila sampai di NICU, ramai tengah resus...lepas berapa ketika, the doctors discuss whether to let go or continue CPR, but, there's no respond. My husband chose to let go in peace. Sempat pegang, riba dan dukung dia for the first and the last. Cause of death was sepsis.

That's why I'm so miserable. Dont want to talk about my baby Muhammad... dont want to expect too much, but dont want to lose hope either. For they said, if mother is strong, so is the baby. Thank you so much for my husband.. taking leave for another week..




Bila specialist kata nak jumpa dan discuss pasal Muhammad, the first thing came in my mind.. did she want to break the bad news? Poor prognosis? Tapi rupanya tidak... mujurlah.She did tell few complications that he may have... PDA, renal failure, lung hypoplasia.... tapi cara dia explain tu macam santai, so tak rasa serius sangat. Boleh reversible lagi. Dan aku berdoa agar complications tu reversible, dan assumption yang specialist buat tu semua salah. The paediatrician said, take it one day at a time... and there we are, one day at a time. And Muhammad also get through all the problems one day at a time

Minggu pertama, Muhammad did well. Jaundice teruk dan left foot ada laceration, alhamdulillah, tak melarat. Healed well. Jaundice pun bertahan...kejap double phototherapy, kejap single phototherapy, kejap double photo with reflection (extra power..) tapi alhamdulillah, tak kena Exchanged Transfusion.

After 1 week, Muhammad developed lung infections. And in the chest xray, there was features of chronic lung disease... due to underdeveloped lungs. Dengar perkataan infection, risau tak habis2. Takut2 sepsis lagi. Alhamdulillah, infections controlled with antibiotics.

Dah lepas 14 hari, kami dah boleh tersenyum sedikit. Tapi masih ada masalah. Muhammad masih ventilated.

PDA closed, renal pun improving now. Sekarang sPO2 fluctuate, oxygen level turun naik. Treat as GERD (reflux disease).. lungs pulak masih ada PPHN dan chronic lung disease. Tak dapat off ventilator. My specialist nak bagi dexamethasone, tapi nak tunggu weight naik lagi. Mudah2an lepas bagi dexa, lungs Muhammad kuat sikit dan jadi lebih elok.

After 2nd week, kaki kiri pulak bermasalah. Swollen, redden, 4th and 5th toes bluish. Mungkin kena vessels masa needle prick, mungkin juga macam assumption paediatrician tu, infection emboli. Aku dah fikir macam2... macam mana kalau gangrene, kena amputate? Risau lagi. Doa tak putus. Alhamdulillah after few days, bengkak tu surut, and less bluish, less reddish.
                                   

                                   
Alhamdulillah. hari ni hari ke 30. Walaupun tak dapat menarik nafas lega lagi, bersyukur sangat berat Muhammad dah naik 1.1kg, feeding dah naik 10cc, dan Muhammad masih ada bersama kami 30 hari. Kadang2 nampak aktif, kadang2 banyak tidur dan merisaukan kami.

Minta maaf umi abah, siblings, relatives and friends,  I feel difficult to tell about Muhammad current conditions... unless he is fully healthy, then it is easy. Aku mahu cerita yang baik2 saja tentang Muhammad... kerana aku mahu endingnya baik. Mudah2an.

THE AMAZING OF BREAST MILK


Hari ke2 kelahiran, aku room in di husm. Nasib baik ada my hubby yang proaktif.. bookingkan bilik di husm. 3 hari saja di sana. 4x sehari pegi tengok baby. Kesian Damia' terabai sekejap. My hubby pun nomad sana sini.. tak cukup rehat juga. Thank you dear, for being there for me.

Niat di hati untuk beri full breast feeding. Kalau ikutkan, memang tak de langsung breastmilk yang keluar. Selama 3 hari di bilik ibu tu, memang keje aku, kalau tak gi tengok baby, aku akan EBM.. manual aje. Hari first tak buat EBM lagi

Hari ke2 kelahiran hanya dapat 1ml. Aku buat 4-7jam sekali aje. Rasa frustrated jugak. Makan kurma yang dibeli time aku pregnant ari tu.. makan dan makan. Minum susu. Tengah hari tu dah start feeding baby. My hubby kata tak pe, sebab biasa start dengan 1ml je tiap kali.

Malam aku tak dapat tidur. Mungkin sebab panas... jiran sebelah katil pulak tak mahu bukak kipas atau aircond sebab takut anak dia sejuk. Dah la sekarang musim panas...berpeluh2.  Aku pun paham,  orang lain ada baby kat sebelah..mostly sebab jaundice, maka baby tak berbaju. Aku sorang je anak kat NICU. Mungkin juga tak dapat tidur sebab teringat kat baby... macam tak percaya! I have my baby..! Yang disangka takkan survive...

Hari ketiga, sebab tak dapat tidur, jadi pukul 5 lagi bangun mandi2 dan EBM. Bertambah 2ml each session. Alhamdulillah. Paediatrician kata penting bagi susu ibu awal, untuk stimulate peristalsis (pergerakan usus) dan lekatkan lapisan lipid pada dinding usus dan paru2. Sangat suka husm sebab sangat breast feeding friendly. Dalam bilik room in, ada peti sejuk deep freezer untuk simpan susu. Baby pun ada sebelah katil, boleh breastfeeding bila2 masa. Dekat NICU pulak, sambil2 tengok anak, boleh guna breast pump medela yang  berat tu (tak tahu la apa nama jenis  tu).

Malam nya, aku dapat panggilan dari NICU...yang tepatnya, dari my collegue yang amik master paeds dan oncall pada malam tu. Macam nak tercabut jantung bila dapat panggilan tu. Aku memang fobia dapat panggilan dari NICU, sebab akan terbayang balik masa Aisyah Humaira' dan Zainab Humaira' dulu...bila dapat panggilan, maksudnya, bad news. Baby in critical state. Masa Aisyah hari tu, lagi la... lepas dapat panggilan, dan aku tiba di hospital, baby dah nazak, dan passed away tak berapa lama lepas tu. Sebab tu, sangat2 takut dapat panggilan NICu. Nak masuk tengok kat NICU pun sama... aku akan intai dulu, kalau2 ramai doktor atau nurse berkumpul kat katil dia. Itu maksudnya baby in critical state..dan aku amat fobia. Alhamdulillah, setiap kali aku intai, tak de yang berkerumun di incubator Muhammad.

Ah.. malam tu dapat panggilan. My friend kata, anak aku jaundice (kuning) level SB tinggi sangat, mendekati level exchange transfusion (tukar darah). Nak mintak signature aku. Macam2 dalam kepala aku pikir..Ya Allah selamatkan anak aku. Doa tak putus2... kepada umi dan abah juga, aku hantar sms untuk doa dan solat hajat. Alhamdulillah, pukul 1 pagi, repeat SB dia nampak decreasing trend... syukur ya Allah.

Breastmilk yang aku beri tu juga sangat2 membantu Muhammad untuk kurangkan jaundice dia. Alhamdulillah, hari ke hari, production bertambah.. Tapi selepas berapa lama...rasa malas dan demotivated...rasa penat, sakit belakang. production pun makin kurang. Atas nasihat mereka2 yang expert in breastfeeding, kena buat EBM 2 jam sekali sebab baby tak dapat directfeeding ( sama banyak dengan feeding kat NICU, 2 hourly)... jadi after 1 week, lepas survey2 online breastpump, I bought medela fs.. and it really helpful, walaupun mahal sket...



Syukur, Muhammad tolerate breastfeeding well. Lepas 1 week, berat naik from 780g to 930 g. Then after another week turun 900g, but after 3rd week pickup again 990g. Alhamdulillah now, he is 1 month old and weighed 1.1kg

iS IT A MIRACLE OR ANOTHER SAME STORY??

UNEXPECTED BIRTH, UNEXPECTED WEIGHT, UNEXPECTEDLY TO SURVIVE..

2 April 2012 @ 24 wk ++

OnG appt. Still bleeding and ? leaking (because it's blood stain..red in colour, but the more I drink, I think the more it come out). Still oligo, AFI (amniotic fluid level) almost none. No other way, said the doctor..just drink a lot of fluid. I had drank a LOT... almost 4 litre per day. Ye.. saya sukat.

Umi and abah juga tak jemu2 berdoa, amikkan air solat hajat...

9 April 7.00 am @ 25 week ++ POG

Macam biasa, pagi2, kalut dengan Damia' nak pergi sekolah, hubby nak pergi kerja.
Terasa ada contraction kat lower abdomen, tapi cuba untuk abaikan. Sebabnya, asyik ada irregular contraction aje since 17-18 week. Biasa ada 2-3 kali, then settled. Tapi kali ni macam banyak kali je. Isk... rasa tak sedap hati. Tak dapat nak goodbye Damia' macam biasa bila dia nak ke sekolah... aku cepat2 masuk ke bilik, lie down and tried to count the contraction duration.

Masa tu mild je.. one in 10-15 minutes. Cuba ikhtiar dengan minum dan sapu segala air hajat, doa yang ambik dengan ustaz2 sebelum tu. (Dah hospital tak dapat buat apa, ikhtiar lah kot lain plak....usaha sehabis daya). Sampai kul 8, tak berenti lagi contraction tu. Niat dalam hati, cuba kira lagi, kalau persistent sampai kul 9, nak pegi labour room. Walaupun harapan untuk baby aku diselamatkan sangat tipis (25week, dengan estimated delivery last week hanya 500g (dalam 1 week, paling2 naik 100g je), memang biasanya tak akan buat apa2... maksudnya, tak akan tocolyse contraction ( lebih2 lagi ada leaking), dan baby pun biasanya tak letak under ventilator. 500gram tu cukup2 untuk kata birth (kelahiran) bukan abortion (keguguran). Tak de sapa akan berusaha untuk selamatkan dia). Hati aku sangat takut... akan jadi seperti yang dahulu kah??

Dalam hati tak putus2 berdoa.. Ya Allah, janganlah Engkau keluarkan anak dalam kandungan ini lagi sebelum cukup sempurna sifatnya, cukup beratnya.. jangan keluarkan dia lagi hari ni ya Allah..

Kul 8 lebih tu my youngest sister Ajun masuk bilik, cerita pasal novel terbaru Fatimah Syarha... sempat lagi berdiskusi nak beli novel. Tapi, rasa contraction makin kuat. Ya Allah..  aku khabarkan kat ajun, then ajun pergi sampaikan kat umi. Umi datang dengan muka risau. Datang sapu2 abdomen aku dengan air solat hajat, mudah2an berenti contraction. Hampir kul 10, contraction masih begitu jugak. Aku ajak umi pergi hospital, labour room. Kalau dah berterusan begini, takut2 bersalin kat rumah... apa2 hal, kat sana ada paediatrician. Walaupun terpikir nak cuba bersalin kat tempat yang ada better neonatal support, tapi, disebabkan antenatally under my specialist follow up (senang nak cerita), dan dah tak sempat nak pegi mana2 tempat yang jauh, maka pergi la jugak kat hospital yang sama.

10.45am, govt hospital

Umi hantarkan. My hubby tengah buat morning ward round. Ramainya orang... ish. Resah gelisah.. contraction makin kuat, tapi rasa macam tak makin kerap. YaAllah.. I need my hubby around, tapi kebetulan masa tu takde m.o lain, terpaksalah dia habiskan round sorang2. Prayed for him to come ASAP. (Alhamdulillah masa ni dia dah transfer ke KB..baru 1 month)

Kul 11.15am aku mintak staffnurse inject dexa dulu..takut2 bersalin cepat. Masa tu labour room sangat hectic..

Later on my collegue datang. Os open 3cm. Scan done, still breeach as before, estimated birth weight 580g (as expected). Pastu my collegue mengkhabarkan berita yang tak  best didengar.. takde ventilator di area KB dan HKT! Aku rasa separuh harapanku musnah... air mata mengalir sendiri. Ya Allah, jangan keluarkan lagi anakku hari ni. Aku sms kat umi yang sedang berada diluar Labour room, dan juga kepada my hubby.. I said, memang kalau keluar jugak, xkan survive... dengan estimated weight hanya 580g, lagi pulak takde ventilator. Tambah2 breech..high risk untuk dapat intraventricular hemorrhage (pendarahan dalan otak). Umi kata, umi akan doakan supaya baby tak keluar lagi. Tapi, aku rasa macam tipis je harapan tu..sebab makin lama duk atas examination bed tu, makin sakit.

Lebih kurang kul 12, I was pushed into a room. Alhamdulillah, tak lama lepas tu my hubby datang.I can't bear to experience another premature birth alone.

Contraction makin kuat, rasanya masa tu dah 2 in 10 minute. Ya Allah. Lepas dapat injection IM Nubain, alhamdulillah tahan sikit rasa sakit tu. Ingatkan contraction akan resolved.. Tapi bila staff nurse time the contraction, it was already incresed to 3 in 10 minutes.

Aku tengah terpikir2, macam mana nak solat zohor ni. Masa tu dah pukul 1 lebih, rasanya macam dah masuk Zohor. Ingat nak turun solat kat bilik staff, tapi disebabkan contraction dah 3 in 10, staff nurse nasihatkan jangan turun katil. Lagipun, I didnt think I could walk at the moment.Walaupun contraction tu rasa kurang sikit, tapi kat lower abdomen dan perineum tu berterusan rasa sakit dan kebas. So my hubby mintak besen dgn air untuk amik wudhu' dan bersihkan diri. Tapi, bila aku try nak duduk, Ya Allah, sakitnya kat perineum tu. Rasa macam dia punya presenting part dah ada kat situ agaknya, tapi tak de pulak rasa nak push... agaknya sebab kecik sangat kot. Tak boleh nak duduk 90 degree upright langsung.

Bila aku baring balik, barulah rasa nak push. Dan bila check VE, memang sah fully. M.O yang attend siap kata, memang takkan buat apa2 kalau baby keluar 580g. Aku pasrah aje. So, dengan sekali push saja, alhamdulillah baby keluar pukul 1.45 ptg.. Dan it's a boy. Apgar score paeds tulis, 5 7. Tak nangis. Yang menangis hanyalah aku. Air mata laju saja.. dalam hati memang terdetik... anak aku memang tak de harapan. Ya Allah, aku dah tak larat dengan ujian ini (astaghfirullah..).

Alhamdulillah. placenta kali ni, tak seperti yg lepas2, mudah saja keluar. Selang beberapa minit, my hubby pergi tengok baby, and he came back with good news... ALHAmdulillah! Lepas timbang, baby weight's 800gram!! and intubated! syukur yaAllah... Dia kurniakan pula ventilator untuk anak kami kat husm. I was sooo happy I didn't even feel tired after giving birth as before (ataukah sebab banyak makan kurma pagi tadi?). Langsung tak rasa nak tido. Even sampai ke malam pun dalam wad, susah nak tido, dan sangat awal aku bangun.

Kul 7.30 malam baru dapat masuk wad. Damia dah menunggu dengan happynya bersama ajun dan abah. Umi dah penat tunggu aku lepas bersalin tadi. Terima kasih umi... kasih umi tak terbalas. Damia' sangat  seronok tengok aku.. siap keluarkan bekal yang abah bawak untuk makan bersama... (oh, anak ummi dah besar. Teringat masa lahirkan Aisyah dan Zainab, dia masih kecik dan tak secerdik ni).. Sekarang dia dah pandai tanya adik dia. Mintak tidur di hospital jugak sebab nak tengok adik...

Esoknya, specialist yang follow up aku buat round kat wad tu dan terkejut tengok aku dah bersalin. Jadi, dia bagi aku balik awal ..yey! Kul 11.30 my hubby datang ambik. Nak balik tgk baby kat husm pulak..





Friday, April 6, 2012

Waiting for ra miracle from Allah

Currently, 24 weeks plus POG.

Still PV bleeding, and suspiciously leaking. Maybe small leak, because there was no fluid gushing. But, the effect is oligohydromnios. And it is severe. latest index was 1.7.

And all investigations were normal. The autoimmune screening, MOGTT, low vaginal swab.

And i'm blank..even my OB.

Don't know what to do, don't know what to hope..

Just waiting for your miracle Ya Allah.. dont let my baby develop lung hypoplasia...

Umi menghayati gerakan2 dan tendangan kamu, anakku,..mudah2an tidak semakin lemah

Ya Allah, kuatkan hati ini...

yang semakin penat...

Dan wajah gembira dan mengharap kakakmu setiap kali menggosok perut umi bagai meruntun2 hati..

Ya Allah, show me a miracle...


Wednesday, March 21, 2012

Kusut seperti benang..

Dikala hati ini..
dan fikiran ini..
terasa berat..
kusut..

ku melabuhkan sujudku kepadaMu..
mengharap..
dan berserah..

Tuhan,
leraikanlah kekusutan ini..
mengapa..
kurasakan terlalu berat..
dugaan ini
padahal ku tahu..
masih ada yang diduga
dengan ujian yang lebih lagi..

Tuhan,
berikan aku cahaya..
pengharapan..
kekuatan..
ketabahan..
kebahagiaan..
ketenangan..

Tuhan,
leraikan kekusutan ini..
ringankan fikiranku..
dan dadaku..

Tuhan,
seakan hampir aku
berputus asa..
dan buntu...
kuterus bermohon dan ..
selamanya memohon..

jadikan aku semakin kuat..
semakin dekat..
kepadaMu..
jangan pula jadikan aku lemah..
dan menjauh..
daripadaMu..

Tuhan,
berikan aku semangat,
dan keyakinan..
untuk terus memohon..
dan memohon..
kerana kutahu..
Engkaulah sumber cahaya itu...

Kerana kutahu..
Tidaklah Engkau jadikan sesuatu itu..
sia-sia..
dan tidak pula sesuatu apa pun
mampu menghalang apa yang
Engkau takdirkan..

Cuma Tuhan,
kuatkan keyakinan ini..
dan semangat ini
agar aku
tidak berputus asa
dari rahmat Mu..


Tuesday, March 6, 2012

Moga dapat ku beri saat berharga untuk anakku

"Anak2 tak selamanya kecil. Kalau Allah beri mereka umur yang panjang, sebelum habis kekuatan kita utk berjalan dengan tegak dan berbicara dengan suara lantang, anak2 kita yang kelmarin merengek meminta perhatian kita itu sekarang mungkin sudah sibuk memenuhi jadual kegiatannya yang sangat padat.
Anak2 yang kelmarin menangis kerana kita tidak mahu mendampingi mereka untuk membacakan cerita,hari ini mungkin kita yang harus belajar menahan diri kerana sangat ingin mendengar cerita mereka dari lidah mereka sendiri"
 " Terimalah yang sedikit daripada anak, maka setiap anak akan menjadi istimewa di mata kita. Kelebihannya yang sedikit akan nampak berharga, sehingga kita bersemangat utk menyebut2nya, memupuk dan mengembangkannyaAnak2 kita boleh jadi tidak sehebat anak2 rakan kita. 
Akan tetapi, jika kehebatan yang kecil itu kita pupuk, dan kita terima dengan hangat, maka akan berubah menjadi kekuatan yang dahsyat. 
Maafkanlah kesulitan yang dihasilkannya, maka dada kita akan terasa lebih lapang menghadapi mereka. Kita lebih mampu menerima mereka apa adanya"
 "Banyak ibubapa yang berhasil mendidik anaknya bukan kerana kepandaiannya mendidik anak, tetapi kerana doa2 mereka yang tulus. Banyak orang tua yang caranya mendidik salah jika dilihat dari sudut pandangan psikologi, tetapi anak2nya tumbuh menjadi penyejuk mata yang membawa kebaikan disebabkan amat besarnya pengharapan orang tuanya. Diantara mereka ada yang selalu membasahi penghujung malam dengan airmata untuk merintih kepada Allah SWT.
Kadang2 seperti tidak berkait langsung, tetapi amal bergantung kepada niatnya. Seorang ibu menyedekahkan hartanya kerana mengharap redha Allah dan penjagaan iman ke atas anak2nya, lalu Allah tegakkan dinding dihati anak sehingga tak terjangkau oleh kerosakan yang ada disekitarnya"
((Petikan dari Saat Berharga Untuk Anak Kita karangan Muhd Fauzil Adhim))