Thursday, June 16, 2011

Pumpkin Pie (Pai labu)




Doh:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
6 sudu besar butter- suhu bilik
6 sudu besar vegetable shortening
6-8 sudu besar air ais

1- campurkan tepung+ garam+ gula
2- Kemudian masukkan butter+ shortening+ air ais
3- Gaul sampai jadi doh. Tak perlu uli atau terlebih gaul.
4- Bungkus dengan plastik dan masukkan ke dalam fridge selam 20 minit



Filling/inti:
500g labu- di potong dengan kulit, rebus hingga lembut. Kemudian peel off the skin. Masukkan isi labu dalam satu bekas
1 cawan susu
2 biji telur
1/2 cawan madu
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk halia
1/2 nutmeg* (saya x bubuh pun)


1- Preheat oven 200oC
2- lecek isi labu tadi.
3- kemudian masukkan susu+ telur+madu+ serbuk rempah dan tepung (sedikit demi sedikit). Kacau biar sebati
4- Bakar kulit pastry 7 min dalam 200 oC
5-kemudian cuahkan pumpkin fillig tadi ke atas pastry yang separuh masak. sprinkle with nutmeg
6- Bakar lagi 15-20 minit, 180 oC




Ini hasil kerja Damia' (4 tahun) yang sangat rajin menolong (aka menyibuk) uminya memasak.
Saya tak larang, sebab nak galakkan dia jadi seorang perempuan yang rajin masuk dapur...hehe


Monday, June 6, 2011

A good Summary of HO life

Found a good summary of HO life- for our junior HO-to-be (especially to my dearest nana..~!)

Huhu.. jangan takut.. just bear it. Dont feel that u'r alone. Allah's with u.

Hmm... sistem perlu di ubah. Tapi bila? Siapa nak ubah?

Blog: HO- A reflection

Friday, June 3, 2011

Damia' ke klinik Gigi


Sejak setahun lepas, Damia' pernah mengadu sakit gigi geraham, especially bila makan manis2..gula2. Dan dia suka sangat gigit /kunyah gula2 tu. Bila time sakit tu, menangis la dia. terus saya suruh dia kumur2 dan gosok gigi. baru sakit tu lega sikit.

Gigi Damia' di bahagian depan rosak/ber-karies sejak dia umur setahun lebih. tapi bukan disebabkan makan gula2. Air manis pun tidak. Masa umur dia setahun, saya masih jaga supaya tak ambil gula2 atau aiskrim kecuali hanya sesekali. Tapi, bila tengokkan giginya yang tetap juga rosak (mungkin disebabkan tabiatnya yang suka tidur sambil botol susu di mulut), saya biarkan aje dia makan gula2 dan aiskrim (tapi dengan kadar sederhana saja).. biarkan je la, lagipun memang gigi dia dah rosak pun hehe (betul ke gini caranya?). Lagipun kesian pulak, zaman kanak2 ni la nak makan aiskrim dan gula2. Cuma makanan ringan je saya tak benarkan. Strictly prohibited.

Dah lama saya merancang nak bawa dia jumpa dentist, tapi asyik tak jadi, sebabnya sakit tu kadang2 je datang.. lagipun saya terpikir macam mana nak pujuk dia pergi dentist tanpa kena paksa atau menangis. Memang kalau ikutkan, seelok2nya bawa anak2 check gigi 6 bulan sekali. Lagipun klinik gigi hanya di bangunan yang sama tempat saya kerja je.

Sehingga lah sebulan yang lepas, kebetulan masa tu 2 orang ayah sedaranya datang nak buat braces di klinik gigi tempat saya. Bersama2 hubby, Damia pergi temankan diorang. Mungkin seronok agak nya dapat masuk tempat Umi dia kerja (memang dah selalu sangat dia ajak masuk tempat saya kerja), sejak pada tu, dia asyik ajak nak pergi check gigi dan nak cabut gigi macam ayah Su dia. Hari2 dia sebut hinggakan saya pun berjanji untuk bawa dia check gigi.

Niat mula2 nya nak bawa dia periksa saja,sambil2 nak familiarkan dia dengan proses pemeriksaan gigi (bukannya suatu yang best pun). Supaya bila dah tumbuh gigi kekal nanti, senang nak pujuk dia pegi cabut/tampal gigi.

Pukul 3.30 petang hari tu, saya inform rakan sekerja untuk keluar kejap amik anak kat nursery bila nampak klinik sedikit lengang. Seronok bukan main Damia' bila kata nak pegi tempat saya kerja, dan nak pegi check gigi dia. Senyum2 aje naik kerusi tempat pemeriksaan tu. Seronok pulak bila kerusi tu boleh bergerak, ditinggikan. 4 batang gigi geraham berlubang di kesan. Suggestion: kena tampal semua.

Saya: eh, kecik2 dah kena tampal ke? tak payah tunggu gigi kekal? - info yang baru diketahui ni.
SN Dental: Ye la, untuk elakkan karies jangkit ke gigi lain
saya: oo ye ke... ok nanti saya bawak dia hari lain la. Hari ni nak intro je dulu. Kang terkejut pulak dia kalau terus buat hari ni hehe..

Saya sedikit sangsi adakah prosedure dia sakit macam orang dewasa punya?

Dan kami pun pulang. Sebelum tu sempat la Damia' lepak2 kat bilik saya setengah jam dengan happy nya (sebab dah lama dia mintak nak duduk tempat saya keje), sempat jugak teman saya
serve sorang pesakit.

Seminggu lepas tu saya bawak Damia' lagi. Masih lagi senyum2 dan happy. Tapi time nak tampal tu, dia agak kaget sebab banyak alat keluar masuk mulut dia (lupa plak amek gambar). Ada sucker, tooth scraper, cermin mulut (mouth mirrors), filling instrument untuk tampalan dan banyak lagi, saya pun tak tahu namanya. Tapi alhamdulillah, damia' tak nangis.

Cuma nampak macam nak muntah bila bahan tampalan di masukkan ke dalam mulut dia (rasa pahit2 kot). Untuk hilangkan rasa pahit tu, saya suruh Damia' kumur2 kat sink di tepi kerusi tu. Kepada ibu2, jangan risau. Prosedure ni tak menyakitkan, sebab tak guna alat macam orang dewasa punya yang menyakitkan dan rasa macam kena gerudi je tu.

Last sekali sebelum balik, floride gel (untuk rawatan florida) di sapu pada gigi depannya untuk elakkan karies yang ada semakin melarat.

Kami pun pulang dengan senang hati.

Di sini saya ingin galakkan ibu bapa bawa anak masing2 untuk rawatan pemeriksaan awal, dan dapatkan nasihat penjagaan gigi sejak dari kecil. Jangan tunggu sampai gigi rosak dan nak kena cabut baru la bawak anak. Sapa la yang tak fobia dengan dentist kalau macam tu? - seperti majoriti masyarakat malaysia yang takut dengan dentist.

Boleh klik di sini untuk bacaan kanak2 (english)

1 Rejab 1431

Hari ini 1 Rajab.. Masya Allah, cepatnya masa berlalu. Alangkah lalainya aku.

"Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rajab dan Syaaban. Dan sampaikanlah kami (panjangkanlah umur kami) hingga bertemu Ramadhan" amin.

"Allahumma barik lana fi Rajab, wa Sya'ban wa ballighna Ramadhan"



Mari kita mula hidupkan ruh ramadhan..

Thursday, June 2, 2011

Our 5th Wedding anniversay and Damia's 4th

Alhamdulillah 'ala kulli hal..

We are here.
Up and down together.
Love and hatred.
But we are still here .
Always together.
And our love strengthen.
Day by day

Alhamdulillah.
to the Almighty.
because of HIm,
we met.
Because of Him,
we Love.
And forever Love.
and forever for HIm.


maybe,
there's still longing thought
maybe,
there's still a sorrow thought
but thankful is always to Allah
for giving me
A great companion,
a blissful family.

Maybe,
I don't have my baby.
Maybe,
I'm just a plain lady.
But I'm still thankful,
Alhamdulillah.
for a great guy He gave me.
for a great parents He gave me
and the sweet siblings He gave me,

And I'm thankful.
Alhamdulillah.
I'm happy enough.

Monday, March 28, 2011

It's all Over now.

Alhamdulillah. After about a month been diagnosed to have silent miscarriage, its now changed to complete miscarriage.

And only Allah knew what I'd felt for the past one month. Carrying an unformed baby in my womb really tortured me. Dont know how to describe it. I was almost explode. Everything was so irritating...at home, at work. Espescially when I had to work on pregnant lady. Allah knew how was it... I did envy, but I tried my best to feel Redha. I felt so sorry for my hubby. Alhamdulillah, so far my hubby is very understanding man,I am very lucky to have him.

Friday, March 25, 2011

BPA dalam botol bayi

Baru2 ni heboh seketika perihal BPA (Bisphenol A) yang terkandung dalam botol bayi, yang boleh memudaratkan kesihatan.

Berikut serba sedikit maklumat untuk makluman semua:

Apa itu Bisphenol A?

Bisphenol A ialah sejenis bahan kimia yang membentuk plastik polycarbonate iaitu plastik keras yang di gunakan dalam produk2 seperti botol bayi, bekas2 air, bekas2 makanan, permainan, lapisan plastik di dalam tin makanan, dalam sesetengah penampal gigi dan bahan2 bukan alatan makanan.

Kekurangan ikatan kimia BPA ini ialah ianya tidal stabil. Setelah produk diguna beberapa lama, ikatan kimia ini akan terlerai, maka BPA akan larut ke bahan sekitarnya- yang menjadi tumpuan di sini, apabila ianya larut ke dalam makanan atau minuman, malah ke dalam susu bayi.

Apabila bekas plastik polycarbonate didedahkan dengan air panas, BPA akan larut keluar 55 kali lebih cepat daripada keadaan normal.


Apakah bahayanya BPA?

Antaranya (melalui eksperimen yang dijalankan keatas binatang):
1. Risiko untuk mendapat kanser payudara terutama kpd perempuan yang terdedah kepada BPA sejak kanak2.

2. Bahaya kepada bayi yang dikandung apabila ibu2 mengandung terdedah kepada BPA memandangkan pada ketika ini perkembangan otak dan anggota badan masih dalam proses pembentukan. Menyebabkan keguguran, kanser, dan kecacatan termasuk Down Syndrom

3. Membantut perkembangan testis dan mengurangkan bilangan sperma (apabila didedahkan kepada BPA sejak daripada awal usia)

4. Menggalakkan Obesiti- melalui pembentukan sel2 lemak,

5. Menyebabkan Diabetes- melalui proses insulin resistan

6. penyakit jantung dan mengurangkan sensitiviti kepada kemoterapi bagi pesakit kanser

7. Kesan sampingan sementara- ketidakselesaan pada kulit dan mata.


Bagaimana untuk mengesan BPA dalam botol bayi/ bekas makanan@minuman?

Botol plastik yang mengandungi BPA polycarbonate akan ditandai dengan kod recycle nombor 7
(sila cari di tapak botol. Kebanyakannya botol plastik adalah dari polycarbonate BPA)


Bagaimana untuk elakkan BPA?

1. Silalah gunakan bekas makanan/minuman besi tahan karat.

2. Kalau nak jugak guna plastik, sila cari label 'BPA-free' atau cari label kod recycle bernombor 1 atau 2 atau 4 untuk polyethylene (#1,#2,#4 recycling symbols), atau kod recycle nombor 5 untuk polypropylene (#5 recycling symbol).

3. Elakkan makanan dalam tin.


Sumber asal: Scientific American, The Dangers of BPA, Chemical Encyclopedia- BPA