Tuesday, October 5, 2010

Perjalanan Hati Menuju Ilahi..

Alhamdulillah again and again...

Tahun ini, kami bertujuh akan menjadi tetamu Allah. Alhamdulillah ya Rabb..

Bersama suami , ibu ayah, miriah dan suami, dan juga cik Ja (hubby's aunt).. insyaAllah akan menuju ke Baitullah, RumahMu, pada minggu hadapan..

Terimakasih buat suamiku. Melaluinya Allah telah gerakkan hatiku untuk menunaikan haji di waktu muda.

Sebelum ini, tak pernah terlintas dihati untuk menunaikan haji di usia ini. Bahkan tak pernah terasa haji itu, tuntutannya sama seperti tuntutan solat, puasa dan zakat....sebaik saja mampu, maka segerakanlah!

Andai mampu menabung untuk rumah, untuk kereta, mampu berbelanja sakan di shoppingmall setiap bulan... maka jangan lupa pula untuk menabung untuk pergi haji. RUKUN Islam yang ke 5. Andai ditarik nyawa sebelum menunaikannya, sedangkan anda mampu, maka besarlah dosanya..
sabda Rasulullah saw: " Barangsiapa yang mempunyai bekalan yang cukup untuk membiayai perjalanan dan kenderaan menunaikan Haji di Baitullah, tetapi dia tidak mahu melakukannya, andai dia mati, maka matinya samada mati sebagai seorang Yahudi ataupun mati sebagai seorang Nasrani" (rasulullah menegaskan perintah ini dengan membacakan firman Allah swt yang bermaksud: 'Menunaikan Haji ke Baitullah adalah satu kewajipan atas mereka yang mampu'..) - Hadis Riwayat Tarmizi
Tuhan, permudahkanlah urusan kami, perkukuhkanlah ilmu2 ku.. lancarkanlah perjalanan haji kami, peliharalah hati2 kami agar dengan ibadah ini, pulangnya nanti, akan kami kembali bak kain putih...
Anas bin malik meriwayatkan bahawa Rasululullahsaw bersabda:" Solat yang didirikan oleh seseorang di rumahnya hanya mendapat satu pahala solat. Solat yang didirikan di masjid tempatan (ditempatnya) mendapat 25 pahala solat. Solat yang didirikan di masjid jami' (tempat orang lebih ramai berjemaah) mendapat 500 pahala solat. Solat yang didirikan di Masjidil Aqsa mendapat 50000 pahala solat. Solat yang didirikan di masjidku (Masjid Nabawi) mendapat 50000 pahala solat dan solat yang didirikan di Masjidil Haram (mekah) mendapat 100000 pahala solat"
Oh, Allah, kurniakanlah kami haji mabrur..
Abu hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda" Sesiapa sahaja yang berhaji dan tidak melakukan perbuatan kotor dan kefasikan, maka ia telah kembali dari haji seperti seorang bayi yang baru dilahirkan ibunya" - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Damia' at 3
























(telekong pertama damia'- ubahsuai tudung ummi)


alhamdulillah..

At 3 years old, she can recognize numbers, counting 1-10 in malay, english and arabic (new lesson)! able to count and write the numbers, and miserably counting 11-40...

learn fast on playing games on computer ( even I don't encourage her..)

learn sifat2 Allah..

learn to recite alfatihah

juga sudah pandai tanya kenapa itu? kenapa ini?....



(telekong kedua damia- telekong raya)

Sunday, July 25, 2010

Damia' at new skool (Back dated lagik)

















(2nd day Damia' at new school)











(lukisan 'orang ' damia' at age 3)













best fren..




Semenjak Damia' masuk 3 tahun, saya plan untuk hantar dia ke taska Islam. Lagipun nampak dia dah semakin cerdik, pandai memerhati tingkah laku orang.

nursery dulu bagus, tapi kurang penerapan Islam.

Jadi, plannya.. tukar damia' ke tempat baru.

Tempat district macam k.krai ni (k.krai kira ok lagi) ..memang susah sket nak cari taska-tadika islamic seperti yang saya mahu - i.e:- cikgu2 yang mempunyai pendedahan terhadap pendidikan awal kanak2 (akidah dan akhlak, juga pendedahan kepada kisah2 nabi seiring dengan pembelajaran akademik) - cikgu2 yang berjaya menjadi rolemodel yang bagus untuk budak2, - cikgu/pengasuh yang selamat (pandai jaga budak, dan jaga keselamatan budak) -kawasan taska/tadika yang selamat, -jadual waktu dan pengisian yang bersesuaian dengan umur kanak2.., dan yang ajar quran.. juga surrounding yang ceria dan lapang, bagus untuk brain development..

Yang kebanyakan tempat yang orang tempatan kata bagus, biasanya tak amik yang umur 3 tahun , dan kelas sampai kul 12 je... susah pulak saya nak keluar pegi ambik anak, lepas tu pegi hantar nursery lain pulak..

Alhamdulillah, setelah survey2 beberapa taska/tadika, jumpa lah satu taska bersekali dgn nursery ni..

2 hari saya cuti untuk teman damia'.. walaupun tak begitu perfect, tapi melihatkan objektif penubuhan taska tu yang islamikk dan begitu menarik hati, saya tawakkal kpd Allah (selepas istikharah).... moga2 pilihan ini yang terbaik untuk pendidikan awal Damia'.

Sekarang dah masuk 4 bulan damia' di sekolah baru. Alhamdulillah.. banyak juga ajaran2 positif. Cuma pengaruh rakan sebaya jugak dah mula timbul... perkataan2 yang tak enak didengar yang dapat dari kawan2...haish..

Tuesday, June 8, 2010

DAmia' dan Telinga yang Gatal.




















Anak saya Damia' sejak umur dua tahun dulu, suka genyeh2, garu telinga. Kadang2 macam nak masukkan satu jari tu ke dalam telinga je gayanya. Perbuatan dia tu merisaukan Tok wannya.
Ummi ayah dia rasa macam tak bahaya..hehe... mungkin allergy rhinitis je.

Sampai satu ketika, ear wax dia berbau sangat busuk. Damia' sendiri pun perasan... setiap kali dia korek2 / garu2 telinga nya, mesti dia bau.... huhuhu.






















Satu malam, sebab geram dengan bau dia tu, saya pun amik la cotton bud, korek punya korek, memang tersangat banyak ear wax tu. Tak sedar, tiba2 keluar darah dari lubang telinga tu. Panik sekejap, nasib baik stopped spontaneously. Mungkin trauma external ear je. Tapi takut juga kalau terluka gegendang telinga...

Esoknya, saya bawak dia jumpa FMS saya untuk buat otoscopy telinga (maklum la, alat tu tak de kat umah..) Rupa2 nya hard ear wax je.

Lepas titikkan olive oil sekerap mungkin, sekarang ni dah tak berapa gatal dah telinga dia.






































Moral of the story: tak payah rajin2 nak korek telinga anak. Ia mungkin menyebabkan kecederaan dalaman. Tahi telinga tu biasanya akan keluar sendiri. Jika tahi telinga tu sedikit keras, cuma titikkan minyak zaitun (olive oil ) sekerap mungkin..

Friday, June 4, 2010

The 30 th of May and 1st of June..

Baru2 ni kami menyambut hari lahir ke 3 tahun Damia' dan our 4th wedding Anniversary... Alhamdulillah. ( takde la celebration ape pun.. beli kek untuk Damia' je.)






















Hepi nye dia dapat kek..! =)





























































Hadiah basikal yang diberi 2-3 minggu awal...hehe. Kire hadiah berday la tu.



















Moga hari2 kami dilimpahi cahaya iman dan tauhid.....moga cinta kami berkekalan hingga ke Syurga, amin.

Tuesday, May 18, 2010

Kaya2 jugak, Akhirat jangan lupa..

>> Dan apa saja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasaannya; sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti??

Maka apakah sama orang yang Kami janjikan kepadanya suatu janji yang baik (Syurga) lalu dia memperolehnya, dengan orang yang Kami berikan kepadanya kesenangan hidup duniawi;* kemudian pada hari Kiamat dia termasuk orang2 yang diseret (ke dalam Neraka)?
<<

* iaitu orang yang diberi kenikmatan hidup duniawi, tetapi tidak dipergunakannyauntuk mencari kebahagiaanhidup di Akhirat. kerana itu dia di Akhirat diseret ke dalam neraka.

(alQasas 60-61)

Sunday, May 16, 2010

Menjadi suami itu perlu Ilmu...

Ilmu agama jangan di pandang mudah!

Sebenarnya, sebelum kawin, sama ada dia tu lelaki (yang nak jadi suami), atau pun perempuan (yang nak jadi isteri) dua2 pun perlukan ilmu. Especially ilmu rumahtangga, ilmu untuk jadi suami/isteri yang baik. Tahu akan hak2 suami yang patut seorang isteri berikan atau hak2 isteri untuk suami berikan (bukan lah hanya tahu hak2 untuk dituntut, tapi untuk memberi...), lagi2 ilmu untuk mendidik anak- bukan lah hanya mengharapkan kelas fardhu ain atau ustazah2 di sekolah untuk mengajar ilmu agama kepada anak2, darah daging sendiri.

Kebanyakan mak bapak sekarang macam gitu la, sebab tu anak2 ramai yang bermasalah sosial. Sakit jiwa dan raga saya bila ramai remaja belasan tahun datang ke klinik untuk bukak kad mengandung. Bila diteliti2, ropa2 nya anak sebelum kawin. Na'uzubillahimin zalik! Mintak dijauhkan Allah dari keturunan kami, adik beradik kami, saudara mara kami Ya Allah.. Selamatkan kami semua dari perkara mungkar, maksiat lebih2 lagi zina. Jadikanlah kami dan katurunan kami dari kalangan yang solat dan beramal soleh, amin!

Setiap kali berhadapan dengan pesakit saya yang merupakan ibu2 mengandung, baby2 baru lahir, saya doa dalam hati, biarlah yang lahir nanti akan membesar jadi anak yang soleh/ah. Mintak di jauhkan daripada bertambahnya manusia2 yang rosak akhlak, dijauhkan dari menjadi penzina, pembunuh..


Ilmu tambahan untuk suami


Nasihat saya untuk adik2 lelaki yang baru nak kawen, untuk menjadi seorang suami yang bagus, perlu lebih ilmu. Bukankah suami ketua keluarga?? Ilmu tambahan yang wajib dia belajar ialah ilmu kesihatan dan fiqh wanita. Senang isteri dia nak tanya... pasal istihadhah ke, pasal haid, pasal darah nifas...etc. Jangan sampai dua2 pun sama2 tak tahu.... sama2 jahil, maka berlaku lah dosa2 yang tak sepatutnya berlaku akibat kejahilan sang suami mahupun sang isteri.. Jangan lah sampai tak tahu darah nifas itu maksimum 60 hari. Dan seumpamanya.

Pendek kata, tuntut lah ilmu agama sampai bila2... lagi kan yang dah tahu pun boleh lupa. Inikan pula yang tak tahu...