Wednesday, May 8, 2013

Monday, April 29, 2013

21.04.2013. Bismillahirrahmanirrahim.

Sesiapa pun tak dapat menyangka jalan kehidupan ini.
Sama ada lurus, atau bengkang bengkok.
Sama ada pengakhirannya di jalan yang benar, atau sebaliknya.

Sesiapa pun tak dapat menjangka..
pilihan yang di buat itu
walau berat, adakah tepat?

Mudah2an diri ini kembali kepada Nya
dalam keadaan Husnul Khatimah..
izinkan daku ya Allah..
dan suamiku,
dan ibu bapaku,
dan ibubapa suamiku,
dan anak2 ku,
dan ahli keluarga kami
dan seluruh ummat Islam.


21.04.2013. Suatu kisah baru.
Mudah2an ini yang terbaik
buat kami di dunia mahupun Akhirat.
Mudah2an inilah pengganti yang dijanjikan
Amin. Amin.



Monday, April 15, 2013

9.4.2012 - 9.4.2013

Happy 1st Bithday Muhammad.
.
.
.
.
.
.

Hajat umi tak kesampaian untuk melihat Muhammad menjadi seorang hafiz.
.
.
.
.
.
Ya Allah, ketemukan kami dengan dua Muhammad di Syurga nanti.....Muhammad Rasulullah dan Muhammad anak kami.

Amin Amin.....
.
.
.
.
.
.
Ya Allah.. bantu kami untuk ke Syurga...jauhi kami dari azab Neraka ya Allah..

Amin amin..

Saturday, February 16, 2013

Rindu itu seperti apa?

Konon2 nak mulakan hari baru..
Konon2 dah tak rasa pedih di hati.

Tapi, bila ke tempat kerja, dan berjumpa semula dengan semua yang pernah bertemu dan merawat Muhammad... daripada staff nurse, fisioterapi, kepada doktor...arrgh. Bagaikan flash back yang bertalu2.

Ya Allah. Sungguhlah, rindu itu datang tanpa dijemput. Rindu itu menggamit, menggigit2 sanubari. Terasa ketika itu juga ingin memeluknya.Hanya bantal kepunyaan Muhammad menjadi pelepas rindu. Bau Muhammad masih ada. Terasa seperti memeluk dan menciumnya yang sebenar.

Sungguh, hanya yang pernah merasai saja yang tahu.

Saya suka bloghopping ke Mawarnafastari blog- sebab dia merasai apa yang dirasa, walau dia kehilangan suami, dan saya kehilangan anak. Sememangnya dia lebih tabah. Ketabahannya menguatkan saya.

Muhammad, umi sangat2 rindu kamu.

Satukan kami Ya Allah...Satukan kami di Sana..



Weekend yang sayu.

Monday, February 11, 2013

Exclusively pumping.

Perginya Muhammad meninggalkan 3 deep freezer yang penuh dengan EBM (susu perahan).

Apa yang nak di buat dengannya?

Muhammad sudah ada 3 adik beradik susuan merangkap sepupu2 nya - Aisyah 'Alimy, Naufal dan Raudhatul Aish. Tapi penggunaannya setakat ini tak selaju mana.

Kalau di rezekikan, mungkin anak angkat merangkap anak susuan pula yang dicari. Kalau boleh yang seusia dengan Muhammad atau lebih kecil dan tiada ibubapa lagi.

Muhammad ke Syurga


Umi kepada Damia': Tak payah sedih lah Kakak (memujuk kakak, walau diri sendiri menangis- tak tunjuk depannya), Muhammad dah masuk Syurga. Tak payah pakai tiub dah. Seronok, ada coklat banyak, aiskrim. Malaikat semua duk main dengan Muhammad.

Damia': Betul ke Muhammad tak payah pakai tiub dan wayar kat Syurga? Yeayy!! (dengan seronoknya)

** Sejak itu, memang tak pernah nampak Kakak nangis lagi. Tapi masih tetap mencium gambar adiknya.

-------------------------------------------------------------------------------

Tiada apa yang perlu disedihkan, Marhamah...

Hanya perlu persiapkan diri dengan amalan2 Syurga..

Ya Allah, satukan keluarga kami di Sana.

Tiada yang lebih benar kecuali janji Mu dan rasulMu Ya Allah..

Setahun Bagaikan Mimpi..

Hari ni bermula episod baru.

Tiada lagi kepedihan di hati tatkala menatap wajah Muhammad pada gambarnya, Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Pagi nanti akan mula bekerja semula, setelah setahun menjadi surirumah sepenuh masa. Di tempat baru. Tempat yang di apply sebelum ini dengan tujuan untuk luangkan lebih masa bersama Muhammad.


Allahumma yassir.

** Kalau tak ada gambar kenangan bersama Muhammad, mungkin aku percaya yang ianya hanya sebuah mimpi...