Wednesday, February 29, 2012

Damia' dan Cita-Cita Nya..


Babak Satu

Saya pada ketika itu sedang mengemas2kan baju2 Damia' sewaktu masih baby untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ketika itu Damia' sudah berusia 4 tahun dan sudah 2 kali kehilangan adiknya. Saya fikir, kalau dia dah ada adik nanti, saya akan belikan pakaian yang lain untuk adiknya..

Damia': Umi buat apa tu?

Umi: Tengah kemas baju Damia' masa baby dulu.. Nak bagi kat orang..

Damia': Tapi Damia' nak simpan untuk baby Damia!

Umi: Tak pe la, nanti kita beli yang lain

Damia': Tak boleh, tu untuk adik..... waaaa!!!

* Tapi saya beri jugak diam2, bila dia dah tak peduli dah hal baju2 tu...

Babak Dua

Sewaktu membeli belah di kedai peralatan bayi  sebagai hadiah untuk kawan yang baru melahirkan anak. (Masa tu saya belum mengandung lagi selepas keguguran pada tahun lepas)

Damia': Umi, beli yang ni! (warna pink) Comel, untuk baby

Umi: Tapi baby ni baby boy...

Damia': Beli untuk baby Damia' (adik Damia')...

Umi: Hmm...* terdiam

Babak Tiga

Selepas menonton cerita kartun UpinIpin pasal cita2...

Umi: Damia', nanti besar nanti Damia' nak jadi apa?

Damia': Nak jadi Kakak! *dengan confident dan kuatnya

Umi: Tapi, tu bukan cita2.... Cita2 ni macam nak jadi cikgu ke, polis ke.. doktor macam umi ke... Damia' tak nak jadi doktor macam umi ke?

Damia': Tak nak! Damia' nak jadi kakak!

Umi: Jadi cikgu nak? Damia' kan suka main cikgu2... (Dia suka mengajuk gaya cikgunya, dan saya lah yang jadi anak murid, belajar ABC, 123 dan alif ba ta dengan dia..hehe)

Damia': Tak nak! Damia' nak jadi kakak! * dengan nada marah2..

Umi: oklah.. oklah... jadi kakak..


*Oh Damia'...sayang sungguh kamu kepada adik ya. Umi pun bercita-cita begitu juga... mudah2an kamu dapat menjadi seorang kakak..



   
                                     

Monday, December 12, 2011

Berita gembira adakah berakhir dengan kegembiraan?

Saya sekarang tengah menghabis kan cuti selama 2 minggu, setelah di beri mc juga selama 2 minggu. Perancangannya untuk ambil cuti tanpa gaji selama 5 bulan. Kenapa tak sampai term? sebabnya, hanya 150 hari je yang saya layak..huhu (setahun keje layak untuk 30 hari unpaid leave)

Ceritanya bermula 3 weeks ago. Masa tu saya ke kuantan bersama hubby n Damia'. Sungguh seronok sebab lama dah tak gi jalan2. Pegi rumah Aisyah yang baru dapat baby n Acik yang baru kawin (owh acik...Selamat pengantin Baru...haih, tak berkesempatan nak masuk entry pasal Acik n Anik kawen). Balik2, esok nya terus onkol. Tak de la stress sangat, sebab saya suka kat Labour room tu (dengan syarat tak de kes2 obstetric emergency la ..huu..), tapi malam tu memang pukul 2 pagi baru dapat rebah belakang kejap, since masuk keje dari pagi. Pastu macam biasa, pagi2 lagi kul 5 pagi dah bangun buat round and masukkan prostine. Tak cerita lagi setiap setengah jam kena kacau ngan houseman, inform problem2 patient. anyhow, compared to housemen's job, m.o lagi relaks la, tapi penat mentally. Sekarang ni lepas h.o dapat flexihours, mungkin lah H.o keje relaks kot... ntahla.

Hmm... esoknya, macam biasa, postcall, round dengan specialist kul 8,  dah nak habis round tu (nasib baik hanya ada 16 cubicle je... ) terasa hot blood came from below, dan memang sah PV bleeding!. Perasaan aku tak leh nak cakap.. terasa hampir putus harapan. Memang dah jangka, setiap kali pregnant akan threaten abortion cuma tunggu masa saja. Aku pun tak paham. masa pregnantkan Damia' yang sulung tu lagi penat, h.o O&G masa tu tapi alhamdulillah tak de masalah. Tapi pregnancy selepas dia, semua nya ada threatened abortion. Dan yang last sekali, lagi lah, silent abortion.Yang itu memang amat2 mengganggu emosi aku. Baru lah aku faham perasaan patient yang IUD (intrauterine death- anak mati dalam kandungan) terpaksa menanggung anak yang sudah tiada lagi merupakan satu penderaan emosi yang amat. Perasaan kacau bilau dan aku mudah nak marah2.

Ok, sambung citer, alhamdulillah masa tu dapat member2 yang understanding, dan masa tu ramai m.o. Dapatlah aku free-kan diri dari onkol. cuma yang tak bestnya, masa scan, tak nampak fetal heart, tapi specialist kata, probably early pregnancy.

Sepanjang dapat mc tu, selepas bincang2 dengan my parents dan my hubby, baiklah aku amik unpaid leave, specialist mungkin tak de cakap apa2, tapi, ini mungkin ikhtiar. Selepas semua investigation normal, dan  bagi specialist unlikely utk kata cervical incompetence. Doa dan solat hajat tak tinggal... terima kasih kepada ayahanda yang setiap pagi dan petang ajak aku berdoa dan bezikir bersama2 dengan tujuan menguatkan kandungan, moga2, dengan berkat doa ini kandungan ini dapat mencapai usia term sebelum keluar. Moga2, jantungnya masih berdenyut, mintak dijauhkan dari keguguran, mohon dijauhkan dari leaking awal (PPROM) atau keluar pramatang macam sebelum ini. Amin2 ya Rabb.

Dan semalam hari untuk repeat scan... ada perasaan takut dan berdebar, takut akan berlaku silent abortion lagi seperti sebelum ini. Kalau diikutkan bleeding hanya sekali, besar kemungkinan tak de apa2. Tapi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian keatas pesakit2 lain, memang benar, semuanya atas kehendak Allah. Kadang2, ada pesakit yang tak pernah bleeding langsung, tapi bila scan, jantung anak dah tak de. Ada pulak yang PV bleeding sampai sebulan, tapi jantung anak masih berdenyut kuat. Maha suci Allah, tiada yang Allah jadikan melainkan dengan kehendakNya. Maka aku berserah.... kalau Allah nak berikan aku zuriat lagi, maka adalah rezekinya. dan kepada Allah aku bertawakkal dan berserah. Moga2 aku tergolong dalam golongan orang2 yang redha dengan ketetapannya. Tapi aku berdoa tak putus2 agar janin ini baik2 saja... agar diberi nyawa dan di panjangkan usia hingga cukup bulan.


Dan semalam, bersama suami yang mc sebab demam (tq dear!), dan Damia', pergi jumpa Dr Sukri. Bagaikan ingin bersorak bila nampak fetal heart berdenyut2... syukur Ya Rabb. Damia' pun seronok sungguh dapat tengok fetal echo (fetal echo je pun..hehe) dalam scan 3 D tu... cakap banyak tak berenti dalm bilik specialist tu! hee... tak sabar dia nak dapat adik. Siap sayang pipi umi lagi sebab terlalu gembiranya dia. Ya Allah, mudah2an kandungan ini berakhir dengan kegembiraan...amin2...

Friday, November 25, 2011

Akukah m.o O&g ??

Alhamdulillah... pejam celik pejam celik, dah 3 bulan aku bergelar m.o O&G...huhuhu... dari perasaan 'seriau' nak onkol kali pertama, hingga sekarang, berasa sedikit konfiden... dan berasa seronok setiap kali datang bekerja.. =) walaupun ada satu kes maternal death, tapi, masih lagi rasa ok...heh..

Ah, namun, sungguhlah,tekanan dan kesuntukan masa dalam membuat keputusan membuatkan seseorang manusia itu lebih agresif, lebih garang, dan kurang sabar...hohoho... dan setiap kali aku marah2 houseman, rasa bersalah amat ... adakah aku telah menjadi manusia sombong?  Mungkin ada benarnya, pangkat dan darjat di dunia ini mampu merubah peribadi manusia...Ya Allah, peliharalah diriku dari perasaan ujub dan bangga diri. Tiadalah yang paling hebat kecuali diri MU... dan ilmu yang ada pada diri ini hanyalah sedikit cuma, bagaikan setitis air dari lautanMu yang luas.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik kepada ku dalam membuat pilihan ... dan aku memohon bantuan hidayah dan petunjuk agar segala keputusan yang aku pilih adalah kerana Mu semata... bukan kerana mahukan hormat dan  status gelaran manusia... amin Ya Rabb...

Baru je terbit perasaan konfiden dan nak improvekan skill O&G aku dpt tahu yang aku Upt +ve. Alhamdulillah. Tapi agak risau utk bergerak aktif esp waktu onkol.. my hubby suruh pohon untuk dikecualikan daripada onkol atas sebab 'bad obstetric history' dengan head department. Tapi agak sukar rasanya, lagi2 kalau tak de apa2 masalah sekarang, i.e pv bleeding ke. Dan aku pulak bukan lah sejenis orang yang mesra alam lagi berani, juga bukan lah seorang yng pandai ambik perhatian bos, nak membodek2 bos supaya dapat dikecualikan daripada onkol utk 2-3 bulan..haihhh....susah tu..

Semenjak keje hospital dan kembali ke alam oncall ni, jarang sikit dapat luangkan masa tulis blog... maklum lah, kalau tak onkol, balik dah nak gelap, layan Damia' jap, bersih2 badan, solat, lepas isya' terus je rasa ngantuk...maklumlah nak keje kuat esok nya...hehh... lagi pun hubby pun tak de di sisi..huhu..  Kalau post call lagi lah, asal lying down je, terus lelap. Kesian betul anak perempuanku yang sorang tu...nasib baik lah ada Tok Wan dan Moktok nya yang rela melayan makan minum Damia...sedih betul. Weekend pulak, lagi bagus guna masa tu untuk layan anak dan suami yang jarang2 dapat jumpa....=(

Semenjak selalu kena tinggal ni, Damia' pun dah pandai sombong dengan ummi dia... nak mandi pun dengan Tok Wan, makan dengan Tok Wan , baca buku pun tak nak dengan ummi dia dah...kadang2, nak ajak pegi kedai pun tak nak, sebab tak mahu tinggalkan Tok Wan dia....sayu betul hati. Tapi nasib baik lah Tok Wannya, bukan bibik indon ...kan kan? Aku pun memang sangat2 berterima kasih pada umiku sebab banyak tolong mengasuh dan mendidik anak aku, memang semenjak masuk hospital dan oncall ni, nak ajar qiraati pun tak sempat, penat. Kadang2 ada masa, tapi Damia' yang tak nak ikut...haihh.. maklumla, dah berapa lama aku tak jadi ustazah dia.

Tapi alhamdulillah, dia banyak belajar dengan TokWan dia... buku Peter and Jane set 1 yang aku order online tu pun dah habis baca, alhamdulillah.. mungkin Tok wan lebih rajin dari ummi dia kot? hehe... ,Mula2 rasa ralat jugak sebab dah 3 bulan tak pegi tadika (maklumlah, dah akhir2 tahun ni, susah sikit orang nak ambik), tapi tak sangka, dia pandai baca berkat belajar dengan Tok Wannya...Alhamdulillah.

Benarlah, Syurga di bawah tapak kaki ibu.... terima Kasih Umi..! sayang umi selalu.. (haihh...walaupun umo dah 30 dan ada anak, masih terasa seperti anak kecik umiku lagi...).

Ya Allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku, dan sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihiku sewaktu kecilku sehingga aku dewasa, dan mengasihi anakku pula... amin, amin Ya Rabb...


Friday, September 9, 2011

Selamat Tinggal kuala Krai..

Dah transfer. Cuba apply ophthal, tapi tak dapat, penuh katanya..huhu... dan disuruh masuk ke dept yang kurang m.o.... cuba teka dapat mana????

O&G!!!! is it a fate??

 Disebabkan itu adalah cita2 ku di zaman student2 dulu, maka saya tak push mintak eye. Nak try la kunun2 boleh jatuh hati. Tapi, baru sehari di labour room, jiwaku sesak...

Saya rindu..
untuk balik tengahari, berehat2 di rumah, sambil masukkan kain dalam mesin basuh..

Saya rindu..
untuk ajar Damia' iqra di waktu malam dan temankan Damia' buat activity book nya..

Saya rindu..
Untuk balik sharp pukul 5 dan bergegas masuk dapur..

Saya rindu..
bersantai2 di hujung minggu bersama damia' dan suami

Saya rindu..
untuk berada dalam persekitaran, tanpa stress...

Istikharah dan terus istikharah.... adakah aku perlu keluar O&G dan push for eye?? (kalau dapat la..)
Adakah aku perlu stay dan cuba bercekal hati untuk mencapai cita2 lama? Seorang O&G specialist yang hebat??

Istikharah dan terus istikharah.

Ah, aku lupa nak dapatkan izin hubby, adakah dia benarkan aku adi o&G specialist??
Tanya punya tanya...Katanya... tak payah la, nanti tak jumpa pulak kita berdua ni...huhuhu.

Istikharah dan terus istikharah..

Kalau masuk O&G, paling2 minimum 3 bulan, tapi tak berapa expert kalau sedap2 pun maybe 6 bulan.. kalau nak masuk eye, perlu kekosongan post dulu. Kena ambik basic science dulu. (saya dah apply 2-3 bulan lepas dan bayar RM300, sebelum sedar yang bayarannya dah naik jadi RM500!! masa tu dah due date..so, tak ambik la basic science eye tahun ini) . May be itu adalah satu hikmah?

Istikharah dan terus istikharah

Hari ini, saya dah buat keputusan. Borang master di conteng2... pilihan: FMS. Dan hatiku tenang.
Akan di pos sebelum 30 september. Kalau dapat, that's the best for me... "tak akan kecewa kamu dengan istikharah".

Kalau tak dapat, kena pening kepala sekali lagi la jawab nya..heh..


" Ya Allah, aku bermohon petunjuk dari Mu. Bantu lah aku untuk membuat pilihan dengan ilmu2 Mu, dan  aku bermohon qudrat dari qudrat Mu. Ya Allah,aku bermohon daripada fadhilat Mu yang agung, Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa dan tidaklah aku mempunyai kekuasaan. Dan engkau lah maha Mengetahui, dan tidak lah aku mengetahui. Dan Engkau Maha Mengetahui hal2 yang ghaib.


Ya Allah, sekiranya engkau tahu perkara itu baik untukku agamaku, duniaku dan baik akibat perkara itu, berilah kekuatan dan permudahkanlah untuk ku. Dan sekiranya engkau tahu perkara itu buruk untukku agamaku, duniaku dan buruk akibat perkara itu, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya, dan gantilah yang lebih baik untukku"








Friday, August 26, 2011

10 Ramadhan terakhir yang Di nanti2

Bulan yang di nanti..bulan Ramadhan. Hari yang ditunggu2, lailatul Qadar.

Malangnya, semakin ke akhir Ramadhan, makin galak pulak persiapan Raya, lagu2 Raya, mercun pun makin banyak kedengaran... bagaimana dengan pencarian Lailatul Qadar kita?

Membaca kisah Imam Shafi'i dalam majalah Solusi bulan ni membuat saya rasa kagum dan cuba untuk mengikuti jejak beliau.... (walaupun tak tercapai, tapi at least semangat dan usaha ada kan?)

Rabi' bin Sulaiman bercerita:" AlSyafi'i (wafat 204H) mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali, sedagkan pada bulan lainnya 30 kali."

Begitu juga dengan ulama2 lain... Salam bin Abi Mu'ti berkata" Biasanya Qatadah (ulama' tabi'in di Basrah- wafat 118H) mengkhatamkan alQuran setiap 7 hari sekali. Apabila Ramadhan tiba, beliau mengkhatamkannya setiap 3 hari sekali dan pada 10 hari terakhir, beliau menghkhatamkannya setiap hari sekali." hebat kan?

Ulama2 dahulu mengutamakan ibadat membaca Quran dan Qiyamullail sewaktu Ramadhan.

Al Hafiz Ibn Rajab al Hanbali berkata dalam kitab lata'if al Ma'arif " Seorang mukmin menghadapi 2 jihad pada bulan ramadhan - Jihad puasa pada siang hari dan jihad Qiam (solat dan membaca Quran ) pada malam nya. Sesiapa yang melakukan kedua2 nya dengan baik, ia akan menerima ganjarannya tanpa hisab"

Ada lagi, kisah seorang ulama salaf dari Iraq, Sufyan ibn sai'd al Thawri yang alim dalam bidang hadith, fiqah dan juga zuhud. Majlis ilmu nya dihadiri oleh ribuan manusia. Tetapi apabila datangnya Ramadhan, beliau meninggalkan semua aktiviti ilmiah dan dakwahnya. Murid beliau bernama Abdul Razzaq al San'ani berkata: " Setiap kali tiba bulan Ramadhan, al Thawri meninggalkan semua ibadah hanya untuk membaca Quran"

Maka, bagaimana dengan KITA di akhir Ramadhan ini? adakah sedang sibuk menguli kuih raya, membelek baju raya sampaikan terlupa untuk membaca Quran??

Kalau tak 10 x khatam, sekali pun cukuplah... ayuh! Tawaran hebat berbaki 3 hari lagi tinggal...
Sementara stok masih ada!!!

(Jangan mengharap pada tahun depan... sedangkan kita pun tak pasti masih hidup lagi kah kita pada waktu itu.)


Daripada Abu Hurairah, Sabda Rasulullah SAW:" Rugilah seseorang yang memasuki bulan Ramadhan namun bulan ini berlalu sementara (dosa-dosanya) masih belum diampuni" (HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

Salam Lailatul Qadr.
26 Ramadhan 1432



pS.... Tinggal 1 juzu' lagi, tapi dah angkat 'bendera merah'... sob sob sangat sedih. Harap2 malam Lailatul Qadar kena pada malam2 yang lepas huhuhu...

Tuesday, August 16, 2011

transfer

Alhamdulillah. Dah dapat transfer.... back to the hospital! Oh Allah, am i doing the right thing??

Eye Vs ENT VS FMS????

Still undecided......

Ya Allah, bantulah aku membuat pilihan yang tepat untuk agama ku dan duniaku..


Dolu2 time med student, sangat berkobar2 untuk menjadi Ong specialist, berazam untuk memperbanyakkan doktor muslimah.. tapi, bila dah dapat anak, dah ada family ni, i tend to choose yang lebih flexible, dan tak de onkol. (ampuni aku ya Allah. Aku hamba yang lemah..). Boleh spend time more with family, observe my kids growing, prepare meals, buat aktiviti yang saya suka, bercuti bila2 yang saya nak....and the list goes on.

Fms?? entahla, for me, saya lebih suka specialized in something yang memang kita tahu betul in and out. Kalau macam fms ni, macam limited skill aje. Lagi satu, saya memang tak reti nak jadi bos..huhuhu...tak reti la nak handle human. Dan banyak pulak Quality2 yang nak dicapai .. yang perlukan kerjasama semua staff (yang sangat sukar nak dapat). Rasa berdosa pulak kalau stay, tapi malas nak peduli semua QA tu. (saya memang tak berminat terhadap statistik2 ni!!) Tapi, keje dia memang best, sharp at 5, dah boleh balik. Weekend boleh balik kampung. Bulan puasa, boleh solat terawikh penuh, Cuti raya, tak yah pening2 kepala berebut nak amik cuti.. hurrmm.. (sayang pulak nak tinggal)

Starting bulan september ni khabar2 nya semua h.o di semua hospital dapat keje shift. Anehnya ada juga yang tak suka... Betullah ada pro dan cons. Tapi kan masa kita h.o dolu2 kan rasa cam nak mati keje. Selalu wish keje shift macam nurses, atau pun pengarah bagi off after onkol, so boleh rehat, tido. Tak de la lepas onkol kena round ward, ambik darah, clerk patient dengan kepala yang berat dan terhuyung hayang.

Kalau yang tak suka tu sebab tak dapat learn to the maximum, okey la jugak. Tapi, kelakar la pulak bila yang tak suka tu sebab tak dapat duit onkol...hahahah...is it a joke? baik le habis shift tu pergi buat lokum, dapat jugak at least 30-40 per hour, daripada onkol yang di bayar hanya Rm 1.00 per hour (RM 100 per night) tapi penatnya berganda2.

Dah melencong jalan lain pulak.

Anyhow, start lepas raya ni, insyaAllah, saya akan bertukar... good bye kuala kraii..! hehe.. my hubby still tak tukar lagi, so i'll came back here and there...

Dan lepas raya ni baru dapat pilih masuk dept mana ikut kekosongan... arrghh... give me as sign ya Allah..




Friday, August 5, 2011

Penatnya menjadi seorang Ibu..

Baru ada sorang anak, dah terasa penat huhu..

Few weeks ago, kami ada pergi ke sebuah pesta buku di Shah Alam. Sedang shopping buku2 bagus untuk bacaan Damia, entah macam mana, terperangkap dengan taktik ejen Grolier, terpaksa la dengar salesman dia membebel lebih kurang 20 minit.

Mula2 macam tak nak beli, tapi setelah di ayat oleh salesman tu, terbeli jugak la...huhuhu.. Tapi tak menyesal pun. Buku2 tu memang bagus, siap dengan CD lagi. Cuma agak mahal sikit.. tak pelah, pelaburan kan?

Biasala, salesman, tanya soalan2 cepumas. Tapi saya memang terkesan dengan soalan dia:"How many hours a day you spend time with your child?" Setelah di kira2, sehari saya spend time dengan damia' cuma 5 jam (maksimum).

Balik keje, memasak, basuh kain etc aka kerja2 rumah. Mungkin hanya tinggal 2-3 jam yang betul2 spend with her. Kesian nye damia'... itu baru sorang anak. Nak kena spend time dengan ayah Damia' lagi..hehe. Setakat ni saya sedang berusaha mengkonsistenkan diri ajar Iqra' setiap hari. Oh, alangkah susah rupa2nya untuk persistent dan consistent ajar anak. Saya amat kagum dengan ibu2 yang mendidik sendiri anak dirumah sehingga menjadi hafiz.. (boleh klik di didikquran.com )

Ahh... amat kagum dengan ibu mertuaku yang mempunyai 10 anak.. dan kagum juga dengan ummiku yang mendidik ku sewaktu kecil ( ummi pernah cerita macam mana dulu dia guna flash card setiap hari untuk ajar saya membaca, hinggakan saya boleh bersekolah pada umur 6 tahun.)

Oh.. back to the story. Jadi, sekarang saya sedang buat timetable untuk ajar Damia' setiap hari menggunakan buku2 Grolier tu lah. Dah mahal tu, kena la guna seoptimum mungkin kan? Ya Allah, bantulah aku untuk konsisten. Perancangannya start selepas raya. Sebab bulan Ramadhan ni busy dengan program ihya' Ramadhan ..

Oh ya... Selamat Berpuasa dan beribadat untuk seluruh ummat Islam! moga2 bertambah ketaqwaan kita.

Ya Allah, jadikanlah Ramadhan pada tahun in bagi aku dan keluargaku lebih baik daripada yang sebelumnya, amin...!!

6 Ramadhan 1432




**Teringat suasana di Mekah tatkala berterawikh di Stadium semalam anjuran kerajaan negeri. Saya berasa rindu... ( belum berkesempatan nak key in cerita di Mekah. Dah nak dekat setahun dah ni)